Xandra-48

24.8K 1.7K 287
                                    

Sementara menunggu kedatangan Ayyan membeli sarapan untuknya, dia menelefon Red untuk mengetahui keadaan Haikal.

"Budak tu macam mana?" soalnya terus apabila telefon mereka berdua bersambung.

"Entah! Macam nak mati je ni!" ujar Red sambil mata menjeling sekejap kearah Haikal yang sudah berpeluk tubuh di sudut bilik tersebut.

"Jangan bunuh dia dulu! Aku nak kau seksa dia perlahan-lahan. Biar dia terseksa sebelum dia hembuskan nafasnya untuk kali terakhir." Tenang sahaja wajah Luthfia memberi arahan. Simpati? Memang tak ada rasa simpatinya terhadap Haikal.

"Kau yakin ke ni? Budak ni baru sepuluh tahun Fia." Sebenarnya Red tak sampai hati nak buat apa yang disuruh Luthfia. Dia memang jahat tapi belum pernah lagi dia nak buat benda tak baik dengan budak-budak.

"Sejak bila kau ada rasa kesian ni? Selama ni kau bunuh orang kau tak pernah pun nak rasa serba salah!" tegang suara Luthfia di sebalik panggilan itu.

"Sebab diorang tu memang patut mati. Budak ni tak ada kaitan pun dengan dendam kau, yang kau nak sangat Haikal mati kenapa?"

"Ikut je lah apa yang aku surut! If you don't want your sister to suffer the same fate as Haikal, you better come along!"

Red menggenggam erat penumbuknya. Kenapa dia boleh terjebak dengan dendam Luthfia.

"You touch my sister, and I'll hurt Ayyan without thinking twice!" Red juga tak nak kalah dengan Luthfia. Dia tahu Ayyan sangat bermakna untuk Luthfia. Hanya wanita ini sahaja yang bodoh tak nak mengaku yang dia cintakan Ayyan.

"If you dare, go ahead and do it!" Ujarnya dengan nada yang sangat dingin.

"Tak guna kau Fia!" panggilan terus sahaja terputus. Red yang berada di sebalik panggilan sudah mengamuk. Hujung di perbalahan mereka, dia kalah dan Luthfia lah pemenangnya.

Luthfia juga dah panas dengan Red yang seakannya tak nak bersubahat dengannya. Tapi untung sahaja adik Red di bawah tawanannya. Senang lah dia nak boneka kan lelaki bodoh tu!

"Bodoh!!" geram betul dia dengan si merah ni.

"Keluarga Tengku Faiza?" Luthfia terus sahaja menoleh bila ada suara asing di belakangnya.

"Hmm...." rasa marahnya belum hilang dah ditambah pula dengan makhluk satu ni. Nak je dia lempang semua orang yang lalu lalang di hadapanya termasuklah doktor yang berdiri dihadapannya.

"Erghhh... Tengku Faiza perlu dibedah sekarang. Disebabkan pukulan bertubi-tubi yang dia kena semalam, usus dalamannya ada yang cedera." Beritahu doktor tersebut.

"Tak payahlah nak bedah! Dia dah nak mati tu!" tenang sahaja Luthfia berkata.

"Ha?" terkejut doktor tersebut. Nasib dia pakai pelitup muka kalau tak memang jelas dia terkejut dengan apa yang dikatakan.

"Apa You kata tadi? Tengku Faiza nak kena bedah ke?" Luthfia terus sahaja berpura-pura risau dengan keadaan Tengku Faiza apabila matanya perasan akan kelibat Ayyan.

Ayyan melajukan langkahnya bila melihat lelaki yang menggunakan kot putih berdiri dihadapan isterinya. Pasti mereka sedang bincang hal mummy.

"Kenapa dengan mummy?" tegang sahaja suara Ayyan kedengaran.

"Abang, mummy..." pelik doktor itu melihat perubahan wanita yang berdiri dihadapannya ni. Tadi bukan main kata lain, eh datang suaminya lain pula kejadiannya. Pelik-pelik betul manusia sekarang ni.

"Saya nak minta kebenaran dari waris Tengku Faiza untuk saya buat pembedahan. Usus Tengku Faiza ada masalah dan lepas kami periksa tadi pembedahan perlu dibuat dengan segera." Terang doktor tersebut sekali lagi.

HAYYAN LUTHFI Where stories live. Discover now