Xandra-60

41.6K 2.5K 759
                                    

Luthfia termenung sendiri dengan mata yang sudah membengkak. Sampai sahaja dia di hospital dia terus dirawat serta merta. Yang buat dia bengkak mata bila doktor mengesahkan dia keguguran.

Dia gugur. Anaknya sudah tiada.

Luthfia menekup mukanya tak nak esakannya kedengaran. Apa dia nak jawab dekat Ayyan nanti?

Kedengaran pintu bilik dibuka dari luar. Luthfia tak nak tengok siapa yang masuk ke dalam biliknya. Dia belum bersedia lagi nak hadap kemarahan Ayyan.

"Apa kau dah buat dekat anak aku bodoh?!" kedengaran nada suara Ayyan kuat memenuhi bilik tersebut.

Luthfia mendongak memandang wajah suaminya. Mukanya sudah lencun dengan air mata.

"Aku telefon kau Ayyan! Aku telefon minta tolong dengan kau, tapi apa kau balas? Kalau kau hantar aku pergi hospital, anak aku tak akan mati lah!"Luthfia ikut menjerit mengeluarkan rasa marah dan geramnya.

"Anak kau tak akan mati kalau kau peduli dengan aku Ayyan! Anak kau tak akan mati!" ujar Luthfia dengan esakannya.

Ayyan yang mendengar tangisan Luthtfia tumpas. Dadanya sakit mendengar tangisan Luthfia.

"Xandra..." panggil Ayyan. Luthfia memandang wajah Ayyan dengan pandangan lembut. Sekian lama Ayyan tak memanggilnya dengan nama tersebut.

"Anak kita dah tak ada abang," adu Luthfia bersama dengan tangisannya.

Ayyan mendekati isterinya. Badan Luthfia terus sahaja dipeluk memberi kekuatan kepada isterinya. Terasa belakangnya diusap membuatkan Luthfia membenamkan mukanya di dada Ayyan.

Ayyan meletakkan dagunya di kepala Luthfia. Pandangan matanya kosong.

"I minta maaf. Bukan I yang gugurkan anak ni. I jatuh tadi Ayyan." Luthfia menceritakan kronologi bagaimana dia boleh keguguran.

"Shhhh! Ada rezeki kita akan ada anak lagi Xandra." Balas Ayyan dengan datar.

Luthfia mereganggkan pelukan di tubuh Ayyan. Kepalanya mendongak ke atas mencari anak mata suaminya.

"Abang tak marah ke?" soalnya dengan takut-takut.

Ayyan tersenyum manis. Pipi yang sudah basah dengan air mata dibersihkan. Lembut sahaja sentuhannya.

"Yang penting kau tak apa-apa." Balas Ayyan dengan senyuman manis. Senyuman yang hanya dia tahu maknanya.

Luthfia merenung anak mata Ayyan dan juga senyuman suaminya. Takkanlah Ayyan boleh berubah drastik seperti ini?

"Kita masih boleh bahagia tanpa ada anak Xandra." Pipi Luthfia diusap dengan lembut membuatkan segala keraguan di hati Luthfia hilang begitu sahaja.

Luthfia tenang dengan perlakuan Ayyan. Sentuhan hangat ini adalah sentuhan yang sangat dirindu.

Luthfia menganggukkan kepalanya. Sekali lagi dia merehatkan kepalanya dalam pelukan Ayyan. Ayyan menyambut pelukan tersebut dengan sentuhan hangat. Senyuman yang tadinya menghiasi bibirnya hilang begitu sahaja dan diganti dengan senyuman sinis.

...

Tak henti senyuman Luthfia melakar di bibirnya. Noah yang melihat senyuman itu tak sedap hati ditambah lagi dengan layanan Ayyan yang sangat lain dibanding tempoh hari dia datang ke rumah mereka.

HAYYAN LUTHFI Where stories live. Discover now