Xandra-59

32.2K 2.3K 406
                                    

Ayyan memandang tajam ke arah Luthfia. Berani betul perempuan ni bawa Noah ke dalam rumah kan Noah dah tahu apa yang dia dah buat terhadapnya.

"Kau memang sengaja kan nak malukan aku?!" tegang sahaja nada suara Ayyan. Bukan setakat nada suara malahan wajahnya juga ikut tegang apalagi rahangnya yang bergerak-gerak dari tadi.

Luthfia mengekalkan raut wajahnya. Tenang Fia. Tenang.

"Kau malu ke?" soal Luthfia dan kedengaran nada itu seperti menyindir suaminya.

Ayyan apalagi tambah membara marahnya. Dia membuka langkah menuju ke arah Luthfia.

"Kau sepatutnya jaga maruah aku bodoh!" ditunjal kuat dahi Luthfia bila badannya berdiri tepat di hadapan Luthfia.

Luthfia gelak dengan kuat. Lucu pula bila Ayyan masih nak jaga maruahnya.

"Apa ni sayang? Benda betul kenapa aku perlu jaga maruah kau?" ujar Luthfia yang masih ditemani sisa ketawanya. Senak perutnya nak layan kebodohan Ayyan.

Ayyan mencengkam leher baju isterinya. Hilang terus tawa Luthfia.

"Kau memang tak serik dengan aku Fia! Kuat juga badan kau ni kan sampai kau masih ada keberanian nak melawan aku."

"Kenapa aku perlu berdiam diri? Aku tak bodohlah Ayyan nak biarkan kaki dera macam kau ni terus tindas aku!" ada senyuman sinis tersungging dibibirnya.

Pang!!

Kuat bunyi tamparan memenuhi bilik tersebut. Berpinar kepala Luthfia disebabkan tamparan tersebut.

"Alang-alang kau dah tunjukkan kekuatan kau, aku tak payah lah nak berlembut lagi dengan kau, kan?" pipi Luthfia dicengkam dengan kuat sehingga muka pucat Luthfia naik merah.

Luthfia menolak tangan yang mencengkam di pipinya. Sakit tahu tak.

"Apa yang kau marahkan sangat ni Ayyan? Mummy dengan kembar ku tu belum mati lagi, relaks lah." Ditepuk lembut dada suaminya.

"Kau memang tak ada rasa bersalah ke dengan aku Fia? Kau khianat aku Fia!" baru kali ini Luthfia mendengar nada suara Ayyan yang tak kasar. Kalau Luthfia mengaku salah dan minta maaf dengannya dia akan maafkan isterinya.

Luthfia tersenyum sinis.

"Aku buat benda betul. Buat apa aku nak minta maaf dekat kau? Yang sepatutnya tunduk melutut cium kaki aku mummy dengan abang kembar kau! Diorang penyebab satu-satunya adik aku mati! Kenapa korang tak pulangkan je Viera dengan keluarganya? Aku boleh jaga dia Ayyan!" keras suara Luthfia kedengaran.

"Kau tak payah nak balas dendam Fia. Mummy dengan Haider dah terima balasan diorang. Sejak Viera pergi tinggalkan kami, mummy dengan Haider tak pernah hidup tenang. Hidup diaorang dipenuhi dengan serba salah apalagi Haider. Kembar aku gila Fia. Tak cukup ke semua tu?" suara Ayyan makin lama makin sebak.

Air mata yang turun ke pipinya dihapus dengan kasar.

"Aku macam orang bodoh Fia. Menangis dihadapan perempuan yang dah buat hidup aku hancur!" Ayyan mengundukan langkahnya setapak ke belakang. Jelas wajahnya kecewa sahaja.

"Ceraikan aku Ayyan!" pinta Luthfia dengan tatapan dingin dan kosong.

Ayyan menganggukkan kepalanya. "Well, I will, but not right now."

Teruskan hubungan ini bukanlah satu keputusan yang bijak. Masing-masing juga sudah tawar hati dan kecewa hanya disebabkan dendam.

Ayyan mengukir senyuman hambar. Sakitnya hatinya bila perkataan cerai keluar dari bibir Luthfia. Isterinya memang nekad nak berpisah. Okey, kalau itu yang Luthfia nak dia akan tunaikan.

HAYYAN LUTHFI Where stories live. Discover now