Xandra-73

16.6K 1K 95
                                    

Hairan betul Luthfia kenapa Jebat bagi dia lokasi di sini. Hotel? Kata Jebat, Ayyan check in di hotel ni kerna hotel ini bersebelahan sahaja dengan tempat kerjanya. Sejujurnya alasan yang diberikan Jebat tak masuk akal sangat.

"Dia nak perangkap aku ke?" bebelnya sendiri. Walaupun dia membebel tetapi langkahnya laju sahaja menuju ke bilik suaminya.

Kunci yang diberikan dipandang sekilas. 501. Itu bilik suaminya tetapi yang menghairankan kenapa ada perempuan yang berdiri di luar.

Luthfia laju sahaja melangkah.

"Hei! You buat apa dekat sini?" laju sahaja Luthfia berdiri dihadapan pintu bilik Ayyan.

"I nak hantar ubat Tuan Ayyan. Jebat suruh," Luthfia gigit bibir bawahnya menunjukkan yang dia geram dengan Jebat. Bodoh punya Jebat!

"Tak payah! Ayyan, biar I yang urus." Plastik yang berada di tangan wanita itu dirampas dengan kasar.

"You ni siapa? Kenapa kurang ajar sangat?" marah Yara. Paling pantang lah bila dia berhadapan dengan orang yang tak ada adab.

"You tak tahu malu ke? Ke sengaja nak masuk bilik ni supaya you ditangkap berdua-duaan dengan Ayyan?"

Yara kelihatan gelabah sedikit. Dia tak ada niat pun nak buat begitu. Dia hanya jalankan arahan Jebat sahaja.

"You jangan nak tuduh suka hati eh! I datang dengan niat yang baik! You tu yang siapa?" balas Yara tak puas hati.

"Yakin nak tahu I ni siapa?" soal Luthfia dengan muka sombongnya.

Yara hanya diam menahan geram. Siapa pula perempuan cantik ni?

"Sini, I tunjukkan siapa I." Pintu bilik Ayyan dibuka menggunakan kad yang diberi tadi. Terkejut Yara dengan tindakan wanita tersebut.

"You tak malu ke ceroboh masuk bilik lelaki?" tuduh Yara dari belakang. Luthfia buat bodoh sahaja.

Ayyan yang terganggu dengan suara-suara asing membuka matanya. Silau matanya bila sinaran cahaya masuk ke dalam bilik. Siapa yang berani buka langsir hotel ni? Dia dah lena tidur ada pula yang menganggu.

Yara yang melihat Ayyan sedikit tak keruan. Dengan rambutnya yang serabai tak menampakkan pun kecacatan Ayyan.

Luthfia duduk di tepi suaminya. Tangannya terus sahaja naik di atas dahi Ayyan. Panas! Macam Haura pula. Ayyan yang masih mamai hanya membiarkan tangan wanita itu menyentuh dahinya.

"Dah makan ubat ke?" soal Luthfia.

Yara melihat sahaja tingkah Luthfia yang tak kekok melayan Ayyan.

Ayyan menggelengkan kepalanya bersama dengan mata yang semakin kuyu. Kepalanya disandarkan di bahu Luthfia membuatkan Luthfia kejung satu badan.

"Mummy, Ayyan tidur dulu. Kepala Ayyan sakit." Dia fikir wanita yang berada di hadapannya adalah Tengku Faiza.

Tanpa sedar tangan Luthfia naik membelai rambut suaminya. Arghhhh! Tak pernah dia rasa gemuruh seperti ini.

Yara yang panas melihat keadaan mereka pergi dengan hati yang tak tenang. Dia bukan main susah pikat Ayyan, wanita ini senang sahaja nak dapat Ayyan. Luthfia langsung tak perasan dengan pemergiaan Yara. Dia dalam dunianya sendiri.

Luthfia membaringkan semula badan Ayyan. Selimut ditarik sehingga ke dada suaminya menutupi tubuh Ayyan.

Wajah tenang Ayyan dipandang dengan pandangan rindu. Dua tahun dia menanggung rasa rindunya terhadap Ayyan. Dia lihat juga macam mana kejatuhan Ayyan. Dia lihat semuanya tanpa pengetahun Noah, Bianca dan Jebat.

HAYYAN LUTHFI Where stories live. Discover now