Xandra-46

25.4K 1.9K 273
                                    

Kereta yang dipandu Ayyan membelok masuk ke perkarangan rumah yang sangat asing untuk Luthfia.

"Abang salah masuk rumah ke?" soal Luthfia dengan hairan.

Ayyan hanya tersenyum nipis sahaja. Dia tak pernah bawa Luthfia masuk ke rumahnya. Ini adalah kali pertama Luthfia jejakkan kaki ke rumah mereka sendiri.

Ayyan membuka tali pinggang kemudian badannya disengetkan sedikit. Belakang badannya menyentuh belakang pintu kereta.

"Kau kan nak privacy jadi aku bagi lah kau privacy yang kau idamkan." Sinis sahaja dia berkata. Sinis juga menyindir juga.

Luthfia tersenyum gembira. Ini dia makin sayang dekat Ayyan. Lepas ni dia dah boleh lancarkan rencananya. Jauhkan Tengku Faiza dan Haikal dari hidup Ayyan.

"Arghhh!! Abang!!" dihentak kuat kakinya menunjukkan betapa terujanya dia.

Ayyan mendekatkan dirinya kearah Luthfia dengan mengepung badan isterinya. Satu tangan diletakkan di cermin sebelah kiri dan satu tangan diletakkan di tepi tempat duduk Luthfia.

"Boleh lah aku tambah satu anak lagi." Ujar dengan mata melirik ke arah leher Luthfia. Puas dia bila dapat kerjakan isterinya.

Luthfia mengguling matanya. Tak habis-habis nak menggatal.

"Abang ni kenapa? Gatal je memanjang."

"Tapi kau suka, kan?" balas Ayyan dengan senyuman yang semakin menjadi-jadi.

Berdehem Luthfia bila mata Ayyan tak lepas dari memandang lehernya. Luthfia menarik bajunya menutup bahagian-bahagian yang terdedah.

"Kalau kau suka, aku berkali-kali ganda suka. Lagipun kau terlalu menarik Xandra sampai aku tak boleh nak jauh dari kau. Jadi, aku harap kau tak akan sesekali tinggalkan aku." Dicium pucuk hidung Luthfia dengan sekejap sebelum dia berlalu keluar dari kereta tersebut.

Luthfia garu kepala sahaja.

"Tapi maaf Ayyan, tak lama lagi aku akan tinggalkan kau. Pergi jauh dari hidup kau."

...

Terduduk Luthfia bila belakangnya terasa lenguh setelah seharian ini dia sibuk mengemas rumah mereka.

"Tu lah. Aku dah kata tak payah nak paksa diri tapi sibuk juga nak ikut aku mengemas." Bebel Ayyan.

"I happy tau dapat pindah, wajar lah kalau I ikut mengemas. Lagipun bukan selalu I dapat peluang macam ni." Balas Luthfia dengan matanya dipejam rapat.

"Peluang penatkan diri." Tergelak sinis Ayyan dengan balasan isterinya. Dahlah isterinya ni baru keluar hospital tapi aktifnya lain macam.

"Whatever!" malas dia nak layan suaminya. Dia dah penat, ditambah pula dengan Ayyan yang suka menyindir.

"Jangan tidur Xandra! Dah nak maghrib ni." Tegur Ayyan dengan nada suara yang sudah bertukar keras.

"I mengantuk abang. Sekejap je I tidur. Nanti azan abang kejutkan I, okey." Kepalanya terus sahaja direbahkan di atas paha suaminya. Apa pun yang terjadi dia nak tidur.

"Xandra..." Ayyan mengangkat kepala Luthfia memaksa isterinya tak tidur di waktu sebegini.

"Ayyan..." rengek Luthfia.

"Tak elok lah tidur!" diusap lembut kening isterinya yang sudah berkerut.

Luthfia membuka matanya yang sudah terasa berat. Walaupun berat dia gagahkan juga untuk mencelikkan matanya.

"Kau pergi mandi dulu, segarkan badan." Luthfia hanya memandang Ayyan dengan mata kuyunya.

"Aku bukan tak nak kau tidur tapi..."

HAYYAN LUTHFI Where stories live. Discover now