Xandra-24

29.1K 1.7K 300
                                    

Luthfia meraup rambutnya kebelakang apabila suara Haider menganggu tidurnya. Dari tadi memekak memanggil nama Viera.

"Ganggu betul lah kembar you ni." Katanya dengan nada yang geram.

"Kau tunggu sini, biar aku urus Haider." Ayyan turun dari katil dengan muka barai. Dia mengantuk sangat tetapi suara Haider membuatkan dia tak boleh nak lelapkan mata.

"Halau je lah dia dari rumah ni. Tengah malam begini memekak panggil orang dah mati." Ayyan mengusap kepala isterinya cuba untuk redakan rasa marah Luthfia.

"Jangan keluar bilik." Pesan Ayyan sebelum kakinya mula melangkah menuju ke pintu bilik.

Buka sahaja pintu, Haider cuba merempuh masuk bilik tetapi Ayyan pantas menghalang badan Haider.

"Gila ke nak masuk bilik aku!" ujarnya dengan nada geram bercampur dengan terkejut.

"Tepi lah! Aku nak jumpa bini aku!" badan Ayyan ditolak dengan kuat sehingga badannya tertolak ke tepi yang membuatkan laluan untuk masuk ke bilik Ayyan terbuka luas.

Tanpa sempat Ayyan nak halang Haider, tubuh kembarnya sudah hilang dipadangannya. Haider sudah masuk ke dalam bilik tidurnya.

Luthfia yang kebetulan baru keluar dari bilik mandi berkerut hairan. Kenapa suaminya ni seperti tercari-cari.

"You cari siapa?"

Haider terus menoleh ke belakang. Bibirnya membentuk senyuman paling lebar.

"Viera, kenapa tidur sini? Bilik kita bukan disini."
Sikit lagi tangannya nak menyentuh pergelangan tangan Luthfia tetapi ada tepisan yang dia rasa.

"Kau boleh tak jangan nak tunjuk gila dekat sini! Kan aku dah kata, ini Fia bukan Viera. Viera dah tak ada, tolonglah terima kenyataan tu." Penat dia nak ulang benda yang sama.

"Yang gila siapa? Itu Viera, tolonglah Ayyan. Kembalikan isteri aku." Haider juga tak kalah tegang berhadapan dengan Ayyan.

Luthfia yang berada di belakang Ayyan, menggulingkan matanya. Jijik betul dia dengan perangai Haider ni.

Ayyan mengetap giginya. Lama-lama layan Haider ni boleh buatkan dia tinggi darah.

"Kau nak sangat jumpa Viera, kan? Sini, aku bawa kau jumpa bini kau." Badan Haider ditolak keluar dari bilik tidurnya.

"Ayyan, you nak pergi mana?"

"Bawa lelaki bodoh ni, jumpa Viera." Tangan Luthfia ditarik untuk dia ikut sama berjumpa dengan Viera.

Luthfia yang berada di belakang Ayyan sudah telan liur. Nak jumpa Viera maksudnya Ayyan nak bawa dia pergi kuburan. Gila! Suaminya memang gila.

...

Sampai sahaja mereka di tanah perkuburan, Ayyan membawa Haider dan Luthfia menuju ke tempat Xaviera dikebumikan. Luthfia sekejap-sekejap memandang belakangnya, seram dengan persekitaran dimana dia sedang berada.

"Ayyan.." genggaman di hujung baju Ayyan semakin kuat dipegang. Kenapalah dia ikut Ayyan datang sini?

Ayyan tak hiraukan panggilan isterinya. Dia pun dah tak ada pilihan selain bawa Haider datang sini. Biar Haider sedar yang Viera memang dah tak ada.

"Nak sangat jumpa dengan Viera kan, ni aku bawa kau jumpa dengan dia." Tangan Haider ditarik dengan kasar sehingga langkah Haider menjadi tak teratur.

Setelah lama mereka melangkah, badan Haider ditolak apabila mereka sudah sampai di hadapan kuburan Xaviera. Terduduk Haider dengan tolakan Ayyan.

"Ini bini kau." Katanya dengan nada yang tertahan. Bukan niat nak buat Haider seperti ini tapi dia perlu sedarkan Haider.

Haider membaca nama yang terukir di batu nisan. Nama isterinya. Peristiwa dimana Xaviera tinggalkan dia mula bermain di kotak fikirannya.

HAYYAN LUTHFI Where stories live. Discover now