Xandra-61

27.7K 1.8K 302
                                    

Tiga bulan kemudian

Layanan Ayyan semakin hari semakin baik. Bahagia rasanya bila Ayyan sudah mula melayannya seperti dahulu.

Apa yang membuat Luthfia lebih terharu waktu dia berpantang lepas keguguran. Ayyan sangat menjaganya dari segi pemakanan, pakaian dan segalanya membuatkan Luthfia rasa sangat-sangat dihargai.

Mengingatkan layanan Ayyan membuatkan bibirnya tersenyum sendiri. Lagipun selepas sahaja dia keguguran Ayyan langung tak ada bangkitkan hal tentang dendamnya. Kata Ayyan dia tak nak tahu pun semua tu. Yang berlalu biarlah berlalu. Dia cuma nak hubungan mereka seperti dahulu sahaja.

Luthfia mengatur langkahnya ke wardrobe. Malam ni dia nak balas balik apa yang Ayyan dah buat dengannya. Dia nak bahagiakan Ayyan dan kali ini dia rela berikan seluruh hidupnya untuk Ayyan, suaminya.

Luthfia memandang wajahnya di cermin. Melihat baju yang dia gunakan membuatkan jantungnya semakin berdebar pula. Kalau dulu biasalah dia pakai baju seksi ni dihadapan Ayyan tapi malam ni lain pula perasaannya. Berdebar lain macam.

Sedang asyik dia menilik pakaiannya pintu bilik dibuka dari luar. Luthfia langsung tak perasan akan kepulangan suaminya.

Ayyan diam bersandar di belakang pintu. Nampaknya ada yang nak serah diri malam ni.

"Ehem..." sengaja Ayyan berdehem meminta perhatian Luthfia.

Mendengar deheman tersebut membuatkan tubuh Luthfia terus berpusing 360 darjah. Tangannya automatik naik menutup bahagian dadanya bila dia perasan mata Ayyan tak lari dari memandang tempat tersebut.

Kedengaran siulan nakal Ayyan memenuhi bilik mereka. Tambah berdebar jantung Luthfia dengan siulan tersebut.

"Lama dah tak nampak kau pakai baju ni. Selalunya baju besar dengan kain batik je." Ujar Ayyan seiring dengan langkah mendekati isterinya.

"Erkk..." kekok betul rasanya nak berduaan dengan Ayyan lagi-lagi bila Ayyan tersenyum miang. Dia salah dah pakai baju macam ni.

Tanpa sedar Ayyan sudah berdiri tepat dihadapannya. Laju sahaja Luthfia memandang ke arah lain. Untuk sesaat dia menyesal dah pakai baju tidur ni.

Ayyan meletakkan kedua-dua tangannya di sisi pinggang Luthfia membuatkan tubuhnya dibawah kepungan Ayyan.

"Kau dah sedia bagi aku pumpkin baru ke? Hmm?" minyak wangi yang digunakan oleh Luthfia sangat mengkhayalkannya. Satu yang dia suka dengan Luthfia adalah minyak wangi wanita ini.

Kerna ketagih dengan minyak wangi isterinya, Ayyan mencium hampir seluruh kawasan leher Luthfia.

Pejam mata Luthfia dengan sentuhan hangat Ayyan. Bukan pertama kali Ayyan menyentuhnya tetapi sudah nak dekat dua bulan setengah mereka tak bersama. Ditambah pula dengan hari-hari dimana Ayyan menderanya, nak sentuh pun dia kata jijik.

"A..abang..." menggeletar suara Luthfia memanggil Ayyan.

Ayyan tak peduli dengan panggilan tersebut. Siapa suruh Luthfia bagi peluang dengannya. Kali ni memang dia tak akan lepaskan Luthfia. Pembalasannya bermula semula.

Ayyan dengan sengaja melurutkan tali halus baju tidur yang digunakan Luthfia. Cepat-cepat Luthfia naikkan semula tali tersebut.

Berubah terus air muka Ayyan melihat tindakan Luthfia. Melihat pandangan Ayyan yang berubah dingin membuatkan Luthfia mengecilkan badannya.

"Tak apalah kalau kau belum sedia." Ayyan mengundurkan kakinya ke belakang. Sengaja dia menunjukkan yang dia merajuk dengan isterinya.

"Bukan itu maksud I," Luthfia menarik tangan Ayyan agar suaminya tak jauh darinya.

HAYYAN LUTHFI Where stories live. Discover now