Xandra-66

16.1K 902 80
                                    

Seminggu sudah berlalu, keberadaan Luthfia sampai saat ini masih belum dijumpa lagi. Pelbagai cara sudah Ayyan lakukan namun semuanya gagal. Duitnya juga habis beribu upah orang sana sini semata-mata nak mencari dimana isterinya berada saat ini.

Noah dan Bianca juga langsung mereka tak dapat hubungi. Pasangan suami isteri itu juga hilang tanpa khabar.

Buntu. Dia buntu saat ini.

Kepalanya sarat sangat dengan masalah yang menimpa dirinya. Belum lepas dari kehilangan isterinya saat ini Haider pula dalam keadaan kritikal. Entah dimana silapnya Leah baru sahaja khabarkan yang ada darah beku di kepala Haider.
Lain lagi keadaan Tengku Faiza yang sepertinya menunjukkan sesuatu yang buruk bakal terjadi.

"Apa aku nak buat ni Jebat? Dekat mana lagi aku nak cari Luthfia." Jebat sahaja harapannya untuk dia berjumpa semula dengan isterinya.

Jebat ikut bingung. Hebat betul Noah sembunyikan Luthfia sampai dia tak boleh jejak langsung keberadaan wanita itu. Ternyata ada yang lebih hebat darinya.

"Aku pun tak tahu nak cari dekat mana lagi. Maklumat Luthfia tak wujud dekat mana-mana pun. Dia seolah-olah tak wujud Ayyan."

"Aku nak pergi Itali. Aku yakin Fia dekat sana!" walaupun Jebat sudah cari Luthfia di Itali namun dia sendiri nekad nak pergi sana.

"Jangan terburu-buru sangat Ayyan. Haider dengan mummy kau tu tenat, bila-bila masa diorang boleh pergi tinggalkan kau." Jebat menentang sekeras-kerasnya idea Ayyan. Dari hari pertama lagi Ayyan nak berangkat ke Itali tetapi dia dan yang lain melarang lelaki ini untuk ke sana kerna mereka tak nak Ayyan terlepas menjaga kembar dan mummnya. Bukan mereka nak minta tetapi melihat keadaan Haider dan Tengku Faiza membuatkan mereka perlu berjaga-jaga.

"Aku perlukan Luthfia."

Jebat mengeluh.

"Aku tak tahulah apa yang tak kena dengan kau ni. Masa Fia ada sibuk nak ikut balas dendam, sekali bini dah hilang baru pula nak mencari."

"Kau cukup maafkan Fia Ayyan. Apa yang Fia buat tu betul. Kalau nak dibandingkan dengan apa yang korang buat dekat Viera tak setimpal dengan apa yang Fia bagi balik dekat korang." Masa yang dia tunggu akhirnya tiba juga. Saat untuk dia bebel kebodohan Ayyan.

Ayyan hanya termenung kosong.

"Kau sakit, Fia pun sakit. Dahlah sibuk nak cemburukan Fia. Kau tengok sekarang, apa kejadiannya." Hari yang dia tahu Ayyan sengaja buat-buat jatuh cinta dengan Viera, habis lelaki ini dia kerjakan. Memang dulu Ayyan pernah tersuka dengan Xaviera namun dia tahu batas mereka berdua. Layanan baiknya terhadap Xaviera tak ada makna pun.

"Aku ikhlas cintakan dia Jebat tapi dia sakitkan hati aku." Luah Ayyan.

"Korang dua ni sama-sama ego. Satu terlalu ikut sangat dengan dendamnya yang satu lagi terlalu bodoh tak pandai nak kawal rasa marah. Kena lah dua-dua merana." Bab membebel memang handalanya.

Ayyan terima sahaja bebelan Jebat. Apa yang dikatakan Jebat betul. Dia terlalu layan rasa marahnya sampai dia sanggup naik tangan dengan wanita yang dia cintai.

Ayyan meraup rambutnya dengan kasar. Kenapa dia rasa dirinya ni siap betul? Semua benda dia yang terpaksa hadap.

"Daddy kau apa cerita?"

Tambah serabut Ayyan bila daddynya jadi topik mereka.

"Aku bukan apa Ayyan, tapi aku cuma nak kau berhati-hati dengan mak tiri kau." Ujar Jebat dengan muka yang serius.

"Kenapa dengan makcik tua tu?" Jebat selalu ingatkan dia untuk sentiasa berhati-hati dengan Malia.

"Aku tak sedap hati betul dengan mak tiri kau tu. Dia polos tapi dalam kepolosannya tu ada sesuatu yang mencurigakan." Dari awal lagi dia lihat Malia seperti ada sesuatu yang pelik.

HAYYAN LUTHFI Where stories live. Discover now