Xandra-12

27.5K 1.7K 191
                                    

Kedatanagnnya ke rumah ini langsung tak ada sambutan. Dia baru nak beramah mesra dengan Tengku Faiza sekalinya wanita berusia itu sudah tidur. Langsung tak ramah ya Tengku Faiza ni.

Luthfia mengikut sahaja langkah Ayyan dari belakang. Ayyan langsung tak kesian dengan dirinya. Bayangkan dari luar sampai nak naik bilik dia sendiri bawa luggagenya. Dahlah berat, sakit pinggangnya.

Ayyan berhenti tepat di hadapan pintu yang berwarna coklat. Luthfia yang berada di belakang turut menghentikan langkahnya dengan serta merta.

Ayyan sudah masuk namun tak untuk Luthfia. Dia berdiri sahaja di luar bilik suaminya.

"Yang kau tercegat dekat situ kenapa?" soalnya dengan datar.

Senyap.

"Ke kau nak tidur di stor? Kalau kau nak, sini aku hantar kau." Ayyan sudah berura-ura nak hantar Luthfia ke stor tetapi Luthfia pantas menghalang laluan suaminya.

"Kalau I tidur di stor, macam mana I nak goda suami I ni?" Ayyan yang melihat perubahan Luthfia sudah mengguling matanya.

"Itu je lah yang kau fikir! Dasar otak kotor!" dijentik dahi Luthfia sehingga kedengaran bunyi yang kuat disebabkan jentikan tersebut.

"Ayyan sakit!" rengeknya dengan tangan mengusap dahinya menghilangkan rasa sakit tersebut.

"Sakit?" soal Ayyan dan mendapat anggukan yang laju dari Luthfia.

"Bukan masalah aku." Dan selepas itu, dia terus berlalu menuju ke almarinya mencari tualanya.

Luthfia yang mendapat respon sedemikian tergamam sendiri. Dia boleh cakap macam tu. Geram betul dia dengan perangai Ayyan ni.

Dengan hentakan kaki yang kuat dia masuk ke bilik Ayyan. Ayyan yang mendengar hentakan tersebut buat bodoh sahaja. Dia sibuk mencari baju yang dia nak guna.

Ayyan mula mengatur langkah menuju ke bilik mandi tetapi kakinya terhenti dengan serta merta apabila idea nakal muncul dengan tiba-tiba.

Ayyan pusing badannya ke belakang. Melihat Luthfia yang masih sibuk dengan begnya membuatkan dia tersenyum nakal. Lidahnya ditolak ke dinding pipinya, tak sabar nak menyakat Luthfia.

Baju yang masih tersarung di badannya dibuka lalu dihumban kearah isterinya. Luthfia yang tadinya sibuk mengurus pakaiannya terkaku untuk beberapa saat.

"Apa ni!?" ujarnya dengan geram. Baju yang menutupi pandangannya ditarik dengan kasar. Matanya terus sahaja mencari kelibat suaminya.

"Apa you ni? Ingat elok lah buat macam tu?" geram betul dia dengan Ayyan ni. Cabar kesabarannya betul.

"Kenapa nak marah? Bukan ini ke yang kau nak?"

"A-apa maksud you?" Luthfia sudah kebingungan melihat wajah Ayyan yang sudah berubah miang.

Ayyan maju selangkah menghampiri di mana Luthfia sedang berdiri. Melihat langkah Ayyan membuatkan Luthfia mengundurkan kakinya ke belakang. Dahlah tak pakai baju, muka lagi muka gatal. Mampus!

"You jangan macam-macam Ayyan. You kata tadi you nak mandi, kan? Bilik mandi bukan disini."

Ayyan sembunyi senyum melihat reaksi Luthfia. Tadi dekat luar bukan main nak goda lah, nak buat dia jatuh cintalah, sekali disakat macam ni dah pucat.

"Jom mandi sekali." Tak bernafas Luthfia dengan ajakan tersebut.

"Kita kan dah jadi suami isteri, jadi apa salahnya mandi sekali. Lagipun bukan kau kata nak goda aku ke?" Ayyan masih lagi dengan lakonanya. Suka pula dia nak main dengan isterinya ni.

HAYYAN LUTHFI Where stories live. Discover now