BAB 3

14.5K 593 24
                                    

Tok!

Tok!

"Abang! Oi abang bangun"!

Pintu bilik diketuk beberapa kali. Aliya mencebik tatkala tiada sahutan. Dia memang pantang kalau orang panggil lepastu tak reti-reti nak bangun ni. Sekali lagi gadis muda itu mengetuk pintu bilik abangnya.

Tok!

Tok!

Tok!

Bunyi ketukan pintu yang bertalu-talu memaksa Aryan membuka kelopak matanya. Dia mendengus geram mendengar bunyi pintu yang diketuk tanpa henti. Ni mesti Aliya ni. Dengan malas lelaki itu melangkah turun dari katil dan membuka pintu bilik.

Klek!

Terpacak tubuh kecil Aliya di hadapannya. Aryan menyandar belakang badannya pada muka pintu sambil tangan disilang ke dada. Wajah adik perempuannya dipandang malas. Dia masih mengantuk kerana pulang lewat semalam.

"Hah nak apa"?

"Mama suruh turun breakfast. Kejap lagi papa dengan mama nak bincang pasal wedding abang tu. Dah pergi mandi sana". Tubuh tegap Aryan ditolak masuk ke dalam bilik lalu Aliya menarik tombol pintu untuk menutup pintu bilik.

Setelah selesai membersihkan diri dan bersiap, Aryan berlalu turun ke tingkat bawah. Kelihatan Dato Izhan dan Datin Mariana berada di ruang tamu rumah sambil menonton televisyen. Langkah diatur mendekati orang tuanya itu.

"Ha Aryan duduklah. Mama dengan papa nak bincang sikit pasal wedding kamu". Datin Mariana memberi ruang kepada Aryan duduk disebelahnya. Tanpa banyak soal lelaki itu melabuhkan punggung di atas sofa. Anak matanya memandang Dato Izhan dan Datin Mariana bersilih ganti.

"Aryan pasti ke nak kahwin minggu depan? Tak rasa cepat sangat. Lagipun sebelum ni kan kita dah setuju nak buat bulan depan".

Dato Izhan memulakan perbualan. Terkejut juga dia apabila Aryan memberitahu bahawa dia mahu mempercepatkan perkahwinannya. Dah tak sabar sangat nak kahwin ni agaknya.

"Ya Aryan pasti. Lagipun dah bagitahu parents Raisya. Diorang okay je". Balas Aryan. Dato Izhan mengangguk. Kalau pihak perempuan sudah setuju dia ikutkan sahaja.

Lagipun benda yang baik tak elok dilambatkan.

"Kalau macam tu petang ni kita pergi fitting baju kahwin. Kawan mama call katanya dah siap. Aryan ambil Raisya petang ni. Mama nak ikut sekali sebab dah lama tak jumpa bakal menantu". Datin Mariana tersenyum kecil. Rindu pula pada bakal menantunya itu. Lepasni ada kawan nak gosip selain Aliya anaknya.

"Hm yelah. Kejap lagi Aryan bagitahu Raisya".

-----

"Terima kasih mama belanja Raisya".

Ucap gadis berusia 24 tahun itu. Setelah pulang dari butik pengantin tadi, Datin Mariana mengajak Raisya dan Aryan ke mall. Mereka ikutkan sahaja memandangkan Datin Mariana memberitahu bahawa dia mahu membeli kasut dan juga handbag untuk dipakai semasa majlis kahwin Aryan dan Raisya nanti.

Namun wanita itu bukan membeli kasut dan handbag untuk dirinya sahaja malah untuk Raisya juga. Katanya sebagai hadiah kerana dia tidak pernah memberi apa-apa kepada gadis itu sebelum ini. Raisya menerima sahaja sebagai tanda menghargai.

"Sama-sama Sya. Kirim salam dekat ibu dengan ayah ya".

Raisya mengangguk seraya menyalam tangan wanita itu sebelum melangkah keluar daripada perut kereta.

Berkerut dahi gadis bertudung bawal itu tatkala melihat Aryan yang juga turut melangkah keluar dari kereta. Dia taknak balik ke?

"Awak kenapa turun"?

"Nak hantar kau sampai ke pintu rumah. Sweet kan aku"? Aryan tersenyum bangga. Raisya memutarkan bebola matanya ke atas. Datang sudah penyakit dia yang suka 'perasan' ni.

"Sweet sangat. Dah awak pergilah balik. Kesian mama tunggu sorang-sorang dekat kereta".

"No! Taknak". Aryan membantah.

"Suka hati awaklah". Raisya mengalah. Malas mahu bergaduh. Dia dan Aryan mula berjalan menuju ke pintu rumah.

"Oh ya sebelum aku lupa, kenapa haritu kau end call macam tu je"? Sampai sahaja di depan pintu, Aryan terus menyoal sambil membuat muka tidak puas hati.  Raisya kerut dahi. Tak faham.

End call apani?

"Saya tak faham. Bila pula---"

Aryan mendekatkan bibirnya di telinga Raisya. "Masa aku cakap 'I love you' malam tu".

Memerah terus wajah Raisya ketika itu. Ya Allah! Suara lembut Aryan membuatkan dia terasa hendak pengsan! Lagi-lagi teringatkan hal itu.

"Why hm"? Aryan menjungkitkan keningnya. Seronok dia menyakat Raisya.

"Er..er... s-saya.. dahlah bye"!

Bum!

Raisya masuk ke dalam rumah dan terus menutup pintu. Kepala digeleng perlahan sambil kedua tangannya menekup pipi.

"Hishh dia suka buat aku malu".

---

done chapter 3, maaf kalau kurang memuaskan dan saya rasa bab ni macam hambar sikit taktahu kenapa😭

abaikan typo :)

next chapter Aryan dan Raisya kahwin

tbc..

[C] MRS ARYAN ISKANDARWhere stories live. Discover now