BAB 13

10.2K 375 20
                                    

GENAP sebulan Aryan dan Raisya mendirikan rumahtangga. Pasangan itu hidup bahagia sahaja tetapi ada juga kadang-kala mereka bergaduh. Namun bukan bergaduh besar tetapi lebih kepada gaduh-gaduh manja. Semakin hari Raisya semakin mengenali sikap dan perangai suaminya itu. Begitu juga dengan Aryan, dia semakin mengenali sikap isterinya.

Malam itu Aryan dan Raisya menginap di rumah Dato Izhan dan Datin Mariana memandangkan wanita itu sudah rindu akan anak dan menantunya. Mujur Aryan tidak terlalu sibuk di pejabat, jadi dia boleh bermalam di rumah orang tuanya.

Selepas makan malam, keluarga besar itu berkumpul di ruang tamu. Mereka menonton television dan berborak. Ada juga Datin Mariana bertanya Raisya tentang business nya itu.

"Petang tadi mama tengok Sya berselera makan buah mangga. Sya cakap haritu Sya tak suka sangat makan mangga yang masam. Tadi selera mama tengok. Ada apa-apa ke"? Kata Datin Mariana berserta usikan di hujung ayat. Raisya yang faham hanya tersenyum nipis.

"Maksud mama? Aryan tak faham". Lelaki itu menayang wajah blur. Salah ke bini dia makan buah mangga tadi?

Datin Mariana tergelak kecil. "Maksud mama Raisya mengandung ke".

Membulat mata Aryan. Mengandung? Isterinya tengah mengandung ke? Takkan secepat ni? Mereka kahwin baru sebulan.

Raisya dipandang. Meminta penjelasan. Mana tahu wanita itu sengaja tidak memberitahunya kerana mahu buat surprise ke apa kan.

"Taklah mama. Sya tak pregnant pun. Mungkin sebab teringin nak makan tadi tu yang berselera lain macam". Balas Raisya bersama senyuman tipis. Datin Mariana mengangguk faham.

"Takpa takda rezeki lagi. Lagipun kamu berdua kan baru berkahwin. Enjoy dulu masa berdua". Ujar Datin Mariana bersama senyuman yang tidak lekang dari bibir. Tidak mahu membuat Raisya sedih.

"Sayang nampaknya kita kena usaha lebih sikit. Biar dapat twins terus". Bisik Aryan bersama riak wajah yang miang. Terbuntang mata Raisya. Membahang wajahnya ketika itu.

"Eii gatal"!

Tanpa mempedulikan Aryan, Raisya menatap skrin televisyen, menonton filem yang ditayangkan.

"Aku nak tuntut dekat rumah".

"Tuntut apa"? Soal Raisya, masih blur.

"Tuntut hak aku lah sayang". Bisik Aryan dengan suara yang menggoda.

Raisya memejam matanya rapat. Ya Allah, tak habis-habis lagi suaminya ini!

Jam 11 malam Raisya dan Aryan masuk ke dalam bilik. Telefon diletakkan di atas night stand sebelum membaringkan tubuh di atas katil. Selimut ditarik ke paras dada lalu dia memusingkan badan menghadap suaminya.

Aryan masih sibuk bermain dengan ipad. Raisya mencebik. "Awak jom tidur. Saya dah mengantuk la".

"Tidurlah dulu".

"Okay. Selamat malam suami saya yang sweet lagikan gatal". Gumam Raisya di hujung ayat. Takut suaminya itu dengar pula.

Cup!

Dahi licin wanita kesayangannya dikucup sekilas.

"Selamat malam sayang".

-----

Fail berwarna biru tua itu dihulurkan kepada Aryan. Lelaki itu menyambut fail tersebut tanpa sebarang riak. Sebulan dia menunggu akhirnya apa yang dia inginkan dapat juga. Tidak sabar dia mahu melihat isi di dalam fail tersebut.

Seorang pelayan datang ke meja mereka lalu meletakkan makanan dan minuman yang dipesan oleh Aryan dan dua orang kanannya itu, iaitu Ashraf dan Fakhrul. Mereka bertiga datang ke sini untuk membincangkan sesuatu perkara yang penting.

Namun entah dimana silapnya, pelayan perempuan tersebut secara tidak sengaja tertumpahkan ice latte ke atas baju kemeja Ashraf. Lelaki itu tersentak apabila kulit tangannya terasa sejuk. Lantas dia mengangkat kepala dan memandang pelayan perempuan tersebut dengan pandangan yang dingin.

"E-Encik s-saya minta maaf. S-saya betul-betul tak sengaja. Maafkan saya". Emylia membongkokkan tubuhnya sambil memohon maaf kepada lelaki itu. Melihat pandangan lelaki itu terhadapnya membuatkan dia rasa getar. Terlalu dingin. Pasti lelaki itu marah.

Manakala Aryan disitu hanya melihat pelayan perempuan tersebut. Dia seperti kenal dengan gadis itu. Wajahnya iras seperti sepupu kepada isterinya. Ya, dia pernah melihat Emylia ketika majlis akad nikah dan majlis sandingnya itu.

"Maafkan saya encik". Emylia menunduk. Tidak sanggup membalas pandangan pelanggannya itu.

Ashraf mendengus. Pantang betul jenis orang yang cuai ni. Habis kotor bajunya akibat ice latte itu tertumpah dan terkena bajunya.

"It's okay. Bawakan air yang baru". Kata Aryan. Emylia mengangguk lalu beredar dari situ.

Fakhrul tersengih kecil sebelum menyiku lengan Ashraf disebelahnya.

"Cantik juga pelayan tadi".

Fakhrul tersenyum kecil namun senyumannya mati apabila anak matanya bertembung dengan mata hitam milik Aryan.

"Maaf Tuan. So boleh kita teruskan"? Tanya Fakhrul. Dia membetulkan duduk.

"Okay---"

"Maaf ini air yang baru. Saya minta maaf atas kecuaian saya encik". Kehadiran Emylia menghentikan Aryan yang baru hendak bersuara. Gelas yang berisi iced latte itu diletakkan di atas meja lalu dia melangkah pergi meninggalkan ketiga-tiga lelaki itu. 

Aryan membuka fail tersebut lalu membaca isi kandungannya. Berkerut dahinya melihat nama lelaki itu. Fard? Siapa Fard? Rasanya dia tidak kenal lelaki itu dan Fard bukan musuhnya.

Namun ada sesuatu yang terlintas di fikirannya. Fard? Adakah Fardly? Lelaki yang merampas barang berharga milik keluarganya 5 tahun yang lalu.

Ya, dia sudah ingat. Lelaki bernama Fardly atau lebih mesra disapa Fard itu merupakan seorang yang kuat berdendam. Sesiapa yang mencari masalah dengannya pasti akan dicari ke lubang cacing.

Dan Aryan yakin Fard adalah lelaki yang pernah diberitahu oleh Roy sebelum dia mati tempoh hari.

"I think Tuan dah dapat semuanya kan? Jadi apa rancangan Tuan lepasni"? Soalan Fakhrul dibiarkan tidak berbalas. Hanya satu yang ada di fikirannya sekarang.

Raisya.

Dia risau akan keselamatan wanita itu. Risau jika Fard menjadikan Raisya sebagai target untuk menjatuhkannya.

"Aku nak kau pantau dia ni. Make sure jangan terlepas apa-apa pun pasal dia". Ujar Aryan dengan nada yang mendatar. Walaupun Fard tidak berada di Malaysia, tetapi dia harus mengetahui info tentang lelaki itu.

"Baik Tuan. Apa-apa aku update nanti".

---

relax gais cornflake dia tak datang lagi sebab masih terlalu awal huhu

abaikan typo

tbc..

[C] MRS ARYAN ISKANDARWhere stories live. Discover now