BAB 5

13.9K 575 42
                                    

SELESAI sahaja majlis akad nikahnya tadi, Raisya berlalu masuk ke dalam bilik. Jam di dinding dipandang. Jarum hampir menunjukkan pukul 6.30 minit petang. Aryan masih berada di bawah, sedang berborak bersama dua orang rakannya. Raisya malas mahu berlama-lama di bawah memandangkan dia penat dan letih seharian ini. Maklumlah dari pukul 11 pagi sampai ke petang. Ini baru majlis nikah belum bersanding lagi.

Langkah diatur mendekati meja solek. Segala perhiasan dan jarum peniti yang melekat di shawl ditanggalkan. Shawl berwarna putih yang elok melilit di kepala turut ditanggal. Tidak lupa juga, segala make up dibuang menggunakan make up remover. Mujur jurusolek itu tidak menyolek mukanya terlalu tebal. Lagipun Raisya memang cantik dan tidak perlu untuk bersolek tebal.

"Baik aku mandi sebelum Aryan masuk bilik. Even dah halal aku masih malu".

Teringat akan hal itu, Raisya memutuskan untuk membersihkan diri terlebih dahulu. Dia masih belum bersedia untuk menunjukkan auratnya kepada lelaki itu walaupun mereka sudah halal.

"Alah Sya, kau nak malu buat apa? Dia tetap akan tengok juga nanti". Sempat dia membebel sebelum melangkah masuk ke dalam bilik mandi bersama sehelai blouse dan seluar di tangan. Pakaian dalam juga turut dibawa sekali.

Dalam masa 20 minit, Raisya sudah pun siap mandi dan berpakaian lengkap. Tuala yang menutupi rambutnya dibetulkan apabila terasa yang tuala tersebut seakan hendak terlucut. Sebaik sahaja melangkah keluar dari bilik mandi, kelihatan sekujur tubuh sedang berbaring di atas katil dengan mata yang terpejam.

Dup dap dup dap!

Raisya menyentuh dadanya. Jantungnya kini berdegup laju. Mungkin kerana selama ini tidak pernah ada lelaki lain yang masuk ke dalam biliknya melainkan ayah dan adiknya sahaja.

"Fuh, relax Sya. Suami kau tu". Kakinya berjalan mendekati katil. Anak mata Raisya merenung wajah Aryan.

Tidur pun handsome! Jerit Raisya di dalam hati.

Bahu lelaki itu dicuit perlahan. "Awak bangun. Dah nak malam ni".

"Aryan bangun". Lengan suaminya digoncang perlahan. Liat betul nak bangun.

Beberapa saat kemudian, Aryan membuka kelopak matanya. Perkara pertama yang menghiasi pandangannya ketika itu adalah Raisya. Dia bangun dari baringan dan menyandar belakang badan pada kepala katil.

"Erm.. awak pergilah mandi dulu. Dah nak malam ni".

"Argh! A-Aryan a-apa awak buat ni"? Tindakan drastik lelaki itu yang menarik dan memeluknya membuatkan Raisya terkejut. Jantungnya mula berdetak laju.

Dup dap dup dap!

"Hug my wife". Aryan melabuhkan dagu di bahu Raisya. Sesekali dia menghidu wangian yang terbit dari tubuh isterinya.

Wangi!

"Kau dah mandi"?

"D-dah. Baru je sudah mandi".

"Alah, baru nak mandi sekali". Terbuntang mata Raisya. M-mandi sekali?! A big no!

Err Aryan ni memang selamba je kan. Tak malu betul. Getus Raisya di dalam hati.

"A-Aryan lepas kejap. Saya nak keringkan rambut". Pintanya sambil cuba merungkai pelukan Aryan di pinggangnya.

"Okay tapi cium aku dulu".

"H-hah"? Raisya tercengang. Aryan tersenyum nakal sambil menjongket-jongketkan keningnya.

"Cepatlah".

"Tak--"

Cup!

Tanpa amaran pipi Raisya dicium sekilas. Tubuh wanita itu terkaku disitu. Aryan ketawa kecil sebelum mengambil tuala lalu dia memboloskan diri masuk ke dalam bilik mandi untuk membersihkan diri.

"Dia memang suka buat aku macam ni". Bebel Raisya.

Dia berdiri lalu mendekati meja solek. Punggung dilabuhkan di atas kerusi sebelum tangannya menggapai hair dryer yang ada di atas meja itu.

-----

Raisya dan beberapa saudara-mara perempuan yang lain membantu Puan Nurin mengemas dapur selepas makan malam. Pinggan, mangkuk dan gelas yang digunakan disusun di atas rak. Meja dilap rapi sebelum menyusun kerusi.

"Sya". Panggil Puan Nurin.

"Ya".

"Emy mana? Dia tak stay sini"? Soal Puan Nurin. Baru dia perasan yang anak saudaranya itu tidak ada di rumah.

"Emy dah balik tengah hari tadi. Ada kerja katanya. So dia tak boleh tidur sini. Esok malam baru dia datang majlis sanding Sya dengan Aryan". Berkerut dahi wanita tua itu mendengar penjelasan dari Raisya.

Kelmarin Emylia memberitahunya bahawa dia mengambil cuti selama tiga hari kerana mahu bermalam di rumahnya semasa Raisya berkahwin. Eh tup tup kata ada kerja pula.

Puan Nurin mengeluh pendek, tak lain tak bukan ini mesti ada kaitan dengan ayah tiri gadis itu. Sejak ibu Emylia iaitu adiknya meninggal dunia, anak saudaranya itu dikonkong oleh ayah tirinya. Dia tidak dibenarkan pulang lewat atau melepak bersama kawan-kawan. Kadang-kadang lelaki itu juga sering meminta duit gaji Emylia.

Dia tahu semua ini pun kerana anak saudaranya itu selalu meluahkan masalah kepadanya.

"Sya pergilah naik. Rehat".

Arah Puan Nurin. Kasihan pula melihat anaknya yang menolong dia mengemas dapur. Raisya sudah pasti penat dan perlukan rehat.

"Kejap lagilah. Sya nak tolong ibu dengan yang lain kemas dapur".

Segan dia mahu naik ke bilik. Lagi-lagi sekarang ada Aryan di biliknya. Dia bercadang mahu masuk ke dalam bilik agak lewat kerana mahu memastikan yang lelaki itu tidur terlebih dahulu.

"Sya, kamu tu dah ada suami. Aryan mesti tengah tunggu dalam bilik. Pergi naik. Kesian Aryan sorang-sorang". Mahu tak mahu Raisya terpaksa menurut arahan ibunya. Betul apa yang dikatakan itu, dia sudah ada suami. Tak baik pula biarkan Aryan keseorang di bilik.

"Okaylah. Sya naik dulu. Selamat malam".

Masuk sahaja ke dalam bilik, Raisya menanggalkan tudung sarungnya. Dia memakai tudung di dalam rumah memandangkan ada beberapa orang sepupu lelaki di rumahnya.

Renungan Aryan diabaikan. Suka betul tenung orang. Buat kita ni berdebar je.

Raisya memanjat ke atas katil dan mengambil tempat di sebelah kiri suaminya.

"Dah nak tidur ke"? Suara Aryan memecahkan kesunyian di antara mereka.

Raisya memandang suaminya. "Ya. Sya nak tidur. Mengantuk".

Selimut tebal ditarik hingga ke paras dada. Baru sahaja hendak melelapkan mata, Raisya merasakan ada sesuatu sedang melingkar di pinggangnya.

Siapa lagi kalau bukan tangan Aryan yang memeluknya erat. Kepala lelaki itu menyembam ke ceruk lehernya.

"Err a-awak--"

"Shhh.. nothing will happen. I just want to hug you".

Mendengarkan itu, Raisya menghembus nafas lega. Dia masih belum bersedia. Namun kalau lelaki itu mahukan dia harus memberinya kerana lelaki itu berhak ke atasnya. Kalau ditolak berdosa pula.

"Goodnight husband". Rambut keperangan Aryan diusap.

"Goodnight too my wife".

Raisya tersenyum. Malam itu dia tidur di dalam pelukan Aryan.

---

Ok setakat ini saja dulu. Hehe

jumpa di bab yg seterusnya

tbc..

[C] MRS ARYAN ISKANDARWhere stories live. Discover now