BAB 35

8.7K 290 72
                                    

BIBIR Raisya memuncung melihat makanan di atas meja. Memang betul-betul makanan orang pantang ni. Sayur dan ikan bakar saja. Anak matanya mengerling ke arah Aryan. Lelaki ini boleh pula makan makanan sedap-sedap. Sepatutnya Aryan kena makan macam dia juga barulah sweet! Sehati sejiwa gitu. Tiber haha. Bahu lelaki itu dicuit perlahan sambil mengerdip mata. Acah comel biar Aryan tergoda nanti.

Aryan mengangkat sebelah keningnya apabila Raisya mencuit bahunya.

"Kenapa sayang?"

"Raisya nak makan makanan abang boleh tak? Takda selera lah nak makan yang ni." Suara sengaja dibuat-buat sedih. Terliur dia tengok makanan lelaki itu.

"Tak boleh sayang. Awak kan tengah berpantang? Makan lauk yang ibu masak tu ya." Balas Aryan lembut sambil tersenyum kecil. Raisya mencebik. Ala takkan nak rasa sikit pun tak boleh?

Kedua tangannya dilipat naik ke dada. Bibirnya pula dimuncung ke depan. Kepala dipaling ke arah lain. Berkerut dahi Aryan melihat kelakuan isterinya itu sebelum dia tersenyum nipis. Merajuk ke?

"Sayang merajuk ke?"

"Taklah."

"Betul ke tak merajuk?"

"Hmm."

"Okay."

Tercengang Raisya mendengar jawapan lelaki itu. Okay je? Seriuslah dia taknak pujuk isteri dia yang comel ni?!

Pap!

Bahu Aryan ditampar kuat. Tersedak lelaki itu dibuatnya. Aryan pantas meneguk air lalu tangannya naik mengusap dada. Ya Allah kalau dia mati tak jadi janda muda ke Raisya?

"A-abang okay tak? Sorry tak sengaja." Raisya serba salah. Renungan tajam lelaki itu membuatkan dia rasa hendak menangis. Hiks!

"S-Sorry.."

Aryan menahan senyum. Dia nak tergelak melihat Raisya seakan hendak menangis. Isteri siapalah ni mudah menangis?

"Abang marah?"

"Taklah."

"Betul ni tak marah?"

"Hmm." Balas Aryan acuh tak acuh.

Kedengaran esakan halus terbit dari bibir wanita itu. Membulat mata Aryan melihat Raisya menangis. Dia tak marah pun kenapa nangis pula ni? Cemas lelaki itu dibuatnya. Aduh Aryan kau pujuk bini kau balik.

"Sayang, abang tak marah pun."

Tubuh Raisya dipusing supaya menghadap ke arahnya. Air mata wanita itu diseka lembut. Kepala Raisya yang menunduk didongak sedikit supaya memandangnya. Senyuman manis diukur buat isteri kesayangannya itu.

"Shh.. please don't cry. It hurts me." Aryan melabuhkan ciuman di dahi wanita itu. Esakan Raisya mula terhenti seakan terpujuk oleh pujukan lelaki itu.

"Abang tak marah Raisya kan?" Soalnya. Aryan menggeleng. Mana mungkin dia marah wanita yang bergelar isterinya itu.

"Tak sayang."

Raisya menarik senyuman nipis.

"Sayang makan ya? Biar cepat sihat. Lepas habis pantang sayang cakap je nak makan apa. Abang belanja." Terus bersinar anak mata milik Raisya. Wah food hunting lah kita lepasni. Boleh paw Aryan puas-puas!

"Betul ke ni?"

"Anything for you."

"Terima kasih abang."

Cup!

Bibir Raisya dicium sekilas. " Kasih diterima".

Raisya tersenyum malu. Tanpa mereka sedari ada seseorang yang sedang memerhati.

"Nak sweet pun dalam bilik lah bukan dekat meja makan." Gumam Raykarl yang masih single sebelum dia berlalu masuk ke dalam bilik.

Tidur lagi bagus!

-----

PETANG itu keluarga Aryan datang melawat Raisya di rumah. Datin Mariana tidak habis-habis berpesan kepada anak lelakinya supaya menjaga Raisya dengan baik. Bukan apa dia risau dengan keadaan menantunya yang baru keguguran itu. Banyak juga pesanan Datin Mariana kepada Aryan. Raisya ketawa kecil melihat suaminya seakan pasrah mendengar pesanan mamanya yang terlampau banyak itu.

Manakala Hayfa yang duduk di atas sofa hanya memerhati pasangan suami isteri itu. Layanan Aryan terhadap Raisya sedikit sebanyak membuatkan dia berasa cemburu. Lelaki itu melayan isterinya tidak ubah seperti melayan seorang ratu. Nampaknya Aryan sangat mencintai Raisya. Patutkah Hayfa undur diri?

"Sya, tu siapa?" Emylia menjuihkan bibirnya ke arah Hayfa. Gadis itu juga turut ada disini melawat Raisya.

"Ain Hayfa. Cucu angkat Tokma."

Terangguk-angguk kepala Emylia. Dia perasan yang Hayfa asyik perhatikan Aryan dan Raisya dari tadi lagi. Pandangan gadis itu seakan cemburu melihat kemesraan suami isteri itu. Tapi kenapa nak cemburu pula? Atau... Emylia pantas menggeleng kepala.

"Kau kenapa Emy geleng kepala?" Soal Raisya dengan dahi yang berkerut.

"Ah.. takda apa. Saja geleng." Emylia menggaru kening sambil tersenyum kekok. Macam pelik je kau saja nak geleng kepala.

Malam itu Raisya menemani Aryan membuat kerja. Walaupun tidak masuk ke pejabat, lelaki itu akan membuat kerja di rumah. Work at home katanya.

Mug yang berisi air coklat panas diletakkan di atas meja. Kasihan pula Raisya melihat Aryan yang sibuk menyiapkan kerja. Siang jaga dia, malam buat kerja pula. Pasti lelaki itu penat.

"Abang, esok abang pergilah kerja. Raisya okay dekat rumah. Kan ada ibu jaga saya. Abang pergi kerja okay." Kata Raisya seraya melabuhkan punggung di birai katil.

"No, abang nak jaga sayang." Aryan membantah.

Raisya mengeluh kecil.

"Tapi---"

"Sayang, I'am your husband. Jadi sila dengar cakap abang jangan melawan." Ah sudah Aryan dah guna kuasa dia. Raisya terus diam sebelum membaringkan tubuh di atas katil.

"Sorry."

"Tidurlah sayang. Dah lewat ni." Aryan bangun dari duduk lalu mendekati isterinya yang terbaring di atas katil. Selimut ditarik hingga ke paras dada wanita itu.

Cup!

Dahi Raisya dikucup lembut.

"Selamat malam sayang."

---

abaikan typo

tbc..

[C] MRS ARYAN ISKANDARWhere stories live. Discover now