BAB 8

12.1K 484 32
                                    

SELESAI sahaja mengaminkan doa selepas solat Maghrib, Raisya bergerak ke hadapan sedikit lalu menjatuhkan kepala di paha suaminya. Anak matanya merenung wajah Aryan sambil tersenyum kecil. Perlahan-lahan tangan Raisya naik mengusap pipi lelaki itu.

"Kenapa ni"? Soal Aryan lembut. Tangan kecil Raisya yang mengusap pipinya dipegang lalu dibawa ke bibir.

Cup!

Aryan tersenyum nakal setelah mengucup tangan isterinya. Raisya mencebik. Suaminya ini memang suka ambil kesempatan. Tapi takpa dia suka. Eh?

"Why you are so beautiful sayang"? Tersenyum lebar Raisya tatkala Aryan memanggilnya dengan panggilan sayang. Dia suka dan rasa disayangi.

Aryan merenung mata bundar isterinya, kening yang cantik itu diurut-urut perlahan sebelum matanya jatuh ke arah bibir bak merah delima milik Raisya. Kulitnya yang cerah menampakkan lagi bibirnya yang merah itu. Rasa nak gigit je!

"Saya cantik ke"? Sengaja dia menyoal.

"No! Kau tak cantik pun. Tadi tu saja je nak test kau. Boleh tahan perasan jugak kau ni kan". Mati terus senyuman Raisya apabila mendengar balasan daripada lelaki itu. Aryan tersenyum senget. Dia perasan akan perubahan isterinya itu.

Tadi beria kata aku cantik! Ni tak pula. Desis wanita itu di dalam hati. Tiba-tiba ada sesuatu terlintas di kepalanya. Okay mari kita uji sikit.

Raisya mengangkat kepala dari terus baring di atas paha suaminya. Kononya nak acah-acah merajuk. Mahu melihat adakah Aryan akan memujuknya atau biarkan dia begitu saja.

"Stay here. Baring atas paha aku". Kepala Raisya ditarik dan diletakkan kepala wanita itu di atas pahanya semula. Terkebil-kebil Raisya memandang suaminya.

Dia nak pujuk aku ke?

"Taknak. Sya nak turun bawah tolong mama hidangkan makan malam". Lakonan masih diteruskan. Raisya berkeras hendak bangun namun Aryan menghalang. Malah lelaki itu memegang kepalanya. Mahu dia terus baring di atas paha suaminya.

"Aryan lepas---"

Cup!

Terbuntang mata Raisya apabila bibir Aryan selamat mendarat di bibirnya.

Pap!

"Eii awak ni kan"! Bahu lelaki itu dipukul.

"Itu denda sebab kau tak dengar cakap aku. Nak lagi ke kena cium? Bukan setakat cium je, aku buat lebih dari tu". Aryan menayang riak wajah miang sambil menjongket-jongket keningnya. Raisya menelan air liur payah. Dia faham apa yang dikatakan oleh lelaki itu.

"Dahlah saya nak turun bawah. Nanti saya panggil awak makan". Kata Raisya seraya menanggalkan telekung dan dilipat lalu diletakkan di tempatnya semula.

Tudung sarung berwarna biru tua itu dicapai lalu disarungkan di kepala. Raisya terus menapak keluar dari bilik dan menuju ke tingkat bawah.

-----

"Sya, biar mama je yang cuci pinggan tu. Kamu naiklah atas. Tidur". Arah Datin Mariana yang sedang meletakkan botol air di dalam peti sejuk.

"Alah sikit je ni mama. Lagipun mama kan dah masak tadi. Jadi biar Sya yang basuh pinggan". Balas Raisya sambil tangannya mencuci pinggan kotor itu. Setakat cuci pinggan apalah sangat.

"Menantu mama ni rajin. Aliya nak tolong pun dia tak bagi". Adu anak bongsu Datin Mariana. Tadi Aliya mahu menolong Raisya mencuci pinggan dan kemas dapur namun dihalang oleh kakak iparnya itu.

Raisya tergelak kecil melihat Aliya yang mengadu kepada ibu mertuanya. Comel!

Selesai mencuci pinggan di dapur, Raisya naik ke tingkat atas dan menuju ke bilik. Datin Mariana dan Aliya awal-awal lagi sudah masuk ke dalam bilik. Itupun dia yang menyuruh kedua beranak itu naik dahulu tanpa menunggunya.

Klek!

Pintu dibuka. Berkerut dahi Raisya melihat keadaan bilik yang sudah gelap. Dah tidur ke Aryan? Awal. Jarang suaminya itu nak tidur awal. Pintu bilik ditutup kembali dan dikunci. Raisya membawa langkah kakinya menuju ke katil.

Belum sempat dia hendak naik ke atas katil, Raisya seakan tersentak tatkala pinggangnya dipeluk dari belakang. Tanpa melihat siapa yang berada di belakang, dia sudah pun tahu siapa gerangan yang memeluknya itu.

"Aryan".

"Ya".

Tubuh Raisya dipusing menghadapnya dan dirapatkan sedikit jarak antara mereka. Dapat Raisya rasakan hembusan nafas Aryan mengenai wajahnya. Lelaki itu melekapkan dahinya ke dahi si isteri. Dalam keadaan samar-samar dia masih boleh melihat wajah wanita itu.

"A-awak buat apani"?

"Dah kenyang makan tadi"? Walaupun pelik dengan soalan yang ditanyakan oleh suaminya, Raisya tetap mengangguk. Mengiyakan pertanyaan lelaki itu.

"Bagus. Sekarang aku nak belanja kau makan 'kasih sayang' pula". Perkataan kasih sayang ditekankan sedikit. Makin tak faham Raisya dibuatnya. Makan kasih sayang? Apa yang lelaki itu merapu malam-malam ni?

"Saya tak fa---"

Cup!

Raisya terpana. Matanya membulat besar. Tindakan Aryan yang mencium bibirnya membuatkan dia terkaku. Entah kenapa jantungnya juga berdegup laju. Dapat dia merasakan sesuatu dari ciuman itu.

"I love you. Be mine tonight".

Tanpa amaran, bibir Aryan sekali lagi mendarat di bibirnya. Ciuman semakin di dalam kan.

Raisya seakan terbuai. Perlahan-lahan tangannya naik melingkar di leher suaminya. Matanya yang terbuka luas, kini mula melabuhkan tirai.

Saya cintakan awak juga Aryan!

---

huehue setakat ini saja dulu

jumpa anda di bab yang seterusnya

abaikan typo

tbc..

[C] MRS ARYAN ISKANDARWhere stories live. Discover now