BAB 17

9.6K 351 28
                                    

AWAL PAGI lagi Puan Nurin dan Encik Hisham sudah ke pasar. Plastik yang berisi bahan-bahan mentah dan juga sayur-sayuran dipegang oleh Encik Hisham. Manakala Puan Nurin sibuk memilih ikan. Sesekali lelaki tua itu menggeleng kepala melihat isterinya. Hampir satu jam di pasar tetapi Puan Nurin masih lagi memilih ikan dari tadi. Katanya taktahu nak beli ikan apa. Orang perempuan memang macam ni ke?

"Nurin, tak habis lagi ke membeli? Naik lenguh dah kaki saya ni". Rungut Encik Hisham. Lenguh kakinya pusing satu pasar ni.

"Banyak lagi yang saya nak beli. Hari ni kan Raisya nak datang rumah. Jadi saya nak masa menu special untuk anak menantu saya". Balas Puan Nurin yang sibuk memilih buah-buahan.

Encik Hisham hanya diam. Tahu sangat perangai isterinya itu. Lagipun Puan Nurin memang jenis yang suka memasak. Jarang mereka sekeluarga makan di luar kerana wanita itu memang rajin memasak di rumah.

Hampir sejam berada di pasar, pasangan tua itu pulang ke rumah. Ikutkan Puan Nurin dia mahu mengajak Encik Hisham ke supermarket pula namun kasihan pula dengan suaminya itu.

"Dah lama Emy tak datang rumah kita. Rindu pula saya dekat dia". Tiba-tiba Puan Nurin teringat pula akan anak saudaranya iaitu Emylia Najwa. Gadis itu juga jarang menghubunginya kebelakangan ini.

"Awak call lah dia suruh datang rumah kita malam ni. Boleh dia jumpa Raisya sekali". Cadang Encik Hisham sebelum menolak gear ke huruf D. Kereta Persona itu mula bergerak perlahan keluar dari kawasan pasar.

"Saya tak sedap hati lah. Risau dengan Emy. Rasa macam ada sesuatu je".

Luah Puan Nurin. Sejak kebelakangan ini dia sering memikirkan tentang gadis itu. Semalam semasa berbual dengan Raisya melalui telefon, ada juga dia bertanya kepada anaknya tentang Emylia. Namun Raisya memberitahu bahawa dia berjumpa dengan gadis itu sebulan yang lalu.

"Awak ni ada pula cakap macam tu. Doa yang baik-baik dahlah untuk dia. Mana tahu dia busy tu yang dah lama tak datang rumah kita". Ujar Encik Hisham sambil menggeleng perlahan. Isterinya ini memang suka overthinking.

"Harap-harap macam tulah. Nanti petang saya nak call dia". Balas Puan Nurin. Encik Hisham sekadar mengangguk dan fokus terhadap pemanduannya.

BAU haruman makanan dari dapur membuatkan Raisya terliur. Dia dah lama tak makan masakan Puan Nurin sejak berkahwin. Sampai sahaja di rumah orang tuanya, Raisya terus masuk ke dapur. Dia tersenyum melihat Puan Nurin yang sedang sibuk memasak. Wanita itu langsung tidak sedar akan kehadirannya disitu.

"Ibu"!

"Ya Allah! Raisya terkejut ibu. Bila kamu sampai ni"?

Puan Nurin mengurut dadanya. Nasib dia takda penyakit jantung. Anaknya ini memang suka buat orang terkejut. Raisya hanya tersengih sambil membuat muka tidak bersalah. Tangan Puan Nurin dicapai lalu dicium.

"Sya rindu sangat dekat ibu".

"Ibu pun rindu Sya. Aryan mana"? Tanya Puan Nurin apabila tidak melihat kelibat menantunya.

"Ada dekat depan. Tengah berbual dengan ayah dan Raykarl". Balas Raisya. Puan Nurin mengangguk sebelum kembali memotog sayur.

"Banyaknya ibu masak. Sya dah lama mengidam nak makan sambal sotong tu". Teruja Raisya apabila melihat sambal sotong di dalam periuk itu sedang mendidih.

Puan Nurin tersenyum nipis. "Sya mengandung ke"?

Uhuk! Uhuk!

"Hah? Mengandung? Taklah mana ada Sya mengandung. Ibu ni..". Memuncung bibir Raisya ke depan. Asal mengidam je mesti mengandung. Haih.

[C] MRS ARYAN ISKANDARWhere stories live. Discover now