EPILOG

12.5K 367 113
                                    

Beberapa bulan kemudian..

ARYAN mengangkat bayi kecil yang baru mencecah usia 6 bulan itu lalu diletakkan ke dalam baby cot. Tubuh kecil itu ditepuk perlahan sebelum bibirnya mengucup kedua belah pipi Ayden Farrel. Anaknya mengeliat kecil tanda tidak suka tidurnya diganggu. Comel.

Wajah Ayden sangat iras dengannya. Muka, mata, bibir dan hidung semua ikut Aryan. Hanya kening sama seperti Raisya. Seminggu selepas melahirkan Ayden, Raisya asyik merungut dan tidak puas hati kerana anaknya itu banyak seiras dengan suaminya. Dia yang mengandung sembilan bulan eh tup tup keluar ikut sebijik macam bapak dia.

Memang anak bapak betul.

Aryan memegang tangan kecil Ayden. Rasa nak gigit sebab comel sangat. Bapak kau asyik nak gigit orang dari dulu hm.

"Sleep well baby. Papa love you."

Aryan memanjat naik ke atas katil lalu merebahkan tubuhnya di atas tilam katil yang empuk itu. IPad yang berada di atas night stand dicapai. Butang on ditekan lalu dia membuka fail kerja. Lepas tidurkan anak buat kerja pulak ya.

Klak!

Pintu bilik mandi terbuka. Raisya melangkah keluar dengan hanya mengenakan bathrobe berwarna putih. Tali diikat biar lebih kemas. Rambutnya yang basah digulung menggunakan tuala.

Aryan hanya memerhati isterinya itu. Raisya yang perasan terus memandang Aryan sambil menjungkitkan sebelah keningnya tanda 'apa'.

"Sayang kenapa seksi sangat ni? Nak bagi baby lagi ke? Ayden pun cakap dia nak adik perempuan." Kata Aryan sambil tersenyum nakal. Raisya terus menayangkan penumbuk. Meletus ketawa lelaki itu.

"Abang jangan nak mengada. Ayden baby lagi tau. Mana boleh bercakap." Dijeling Aryan yang masih ketawa sebelum Raisya berlalu masuk ke dalam bilik pakaian.

Selesai mengenakan baju, wanita itu memakai losyen dan juga skincare. Memang sudah menjadi rutin hariannya sebelum tidur. Siap memakai skincare, Raisya mendekati Ayden yang sedang tidur di dalam katil bayi. Kepala anaknya diusap lembut sebelum mencium dahi bayi berusia enam bulan itu.

Sekejap saja dah masuk enam bulan. Rasanya dia baru saja melahirkan Ayden Farrel tempoh hari. Cepat betul masa berlalu.

"Jadi anak yang baik. Selamat malam little boy. Mama love you."

Raisya memanjat naik ke atas katil. Dia merebahkan tubuhnya di sebelah Aryan. Suaminya itu masih sibuk menghadap IPad. Melihat Raisya sudah berada disebelah, Aryan meletakkan semula gajet mahal itu di atas night stand.

Tubuh kecil Raisya ditarik masuk ke dalam dakapan. Wanita itu masih sama seperti dulu. Tubuhnya kecil seperti anak dara walaupun sudah mempunyai seorang anak. Pandai jaga badan.

"Sayang, nak baby lagi."

Membulat mata Raisya. Aryan tengah buat lawak ke apa? Ayden baru 6 bulan kot.

"Abang jangan nak mengarut eh. Sia-sia kena luku dengan saya kejap lagi." Balas Raisya berbaur amaran. Ayden masih kecil dan memerlukan perhatian mereka.

"Gurau je sayang. Sayang lepas lahirkan Ayden makin garang eh. Rawr!" Usik Aryan dengan mimik mukanya.

Raisya menjeling. Malas mahu melayan bapak Ayden.

Comfoter ditarik sehingga ke dada. Raisya sudah mengantuk. Belum sempat dia hendak memejam mata, kedengaran suara Aryan memanggilnya.

"Sayang.."

[C] MRS ARYAN ISKANDARWhere stories live. Discover now