BAB 6

13.5K 537 38
                                    

RAISYA membuka kelopak matanya apabila terdengar bunyi alarm telefon bimbit. Tangannya mencapai telefon yang berada di atas night stand lalu dia mematikan bunyi alarm yang bingit itu. Kepala dipaling menghadap Aryan yang tidur sambil memeluknya. Terbit senyuman kecil di hujung bibir wanita itu melihat suaminya. Dalam keadaan tidur masih nampak handsome ya lelaki itu walaupun rambut agak serabai.

Rambut keperangan Aryan diusap perlahan. Sesekali jarinya menyentuh kening lelaki itu. Berkerut-kerut dahi Aryan apabila jari Raisya bermain di keningnya, mungkin kerana tidak suka diganggu ketika tidur.

"Sorry". Raisya tersengih.

Jam di dinding dikerling. Jarum menunjukkan angka 5.30 minit pagi.

Comfoter yang menyelimuti separuh tubuhnya diselak ke tepi. Raisya melangkah turun dari katil dan mengambil tuala yang disangkut pada penyidai. Langkah kakinya dibawa masuk ke dalam bilik mandi.

Keluar sahaja dari bilik mandi, Raisya berjalan mendekati katil. Dia tersenyum melihat Aryan yang masih tidur.

"Awak bangun. Dah Subuh ni". Kelopak mata Aryan terbuka tatkala suara lembut Raisya menyapa telinganya. Lelaki itu bangun menegakkan badan dan menyandar belakang tubuhnya pada kepala katil.

Dilihat sahaja Raisya yang memakai telekung dan menghampar sejadah itu. Sempat Aryan mengerling jam yang tergantung di dinding. Patutlah dah masuk waktu Subuh rupanya.

Raisya berpaling menghadap katil. Kelihatan suaminya itu sudah bangun namun masih lagi dalam keadaan mengantuk.

"Aryan, pergilah ambil wudhuk. Saya tunggu awak, kita solat berjemaah harini". Kata Raisya. Dia sangat menantikan saat ini, menunaikan kewajipan bersama sang suami.

"Okay, but kiss me first". Aryan tersenyum gatal.

"Tak boleh. Saya dah ambil wudhuk ni". Mencebik Aryan mendengar balasan dari isterinya. Dengan malas dia melangkah turun dari katil dan menuju ke bilik mandi.

Kepala digeleng perlahan melihat suaminya itu. Awal pagi lagi dah gatal minta kiss! Suami siapalah tu hm.

Usai menunaikan solat Subuh, Raisya mencapai tangan kanan Aryan. Perlahan dia melabuhkan dahi di tangan lelaki itu dan dicium.

"Awak, saya nak minta maaf kalau saya ada buat salah dengan awak masa hari pertama kita jadi suami isteri. Saya nak cakap semalam sebelum tidur tapi lupa".

Tutur wanita itu dengan lembut sebelum mengangkat kepalanya memandang wajah kacak Aryan. Lelaki itu tersenyum kecil sambil tangannya mengusap kepala Raisya yang ditutupi dengan telekung.

"Awak takda buat salah apa sayang".

Raisya menyimpan senyum. Aryan panggil dia sayang ke? Aaaaa! Dia suka mendengar panggilan itu.

"Aku nak minta something boleh"? Soal Aryan.

"Apa"? Raisya mengangkat sebelah keningnya.

"I want morning kiss. Now". Pipi kiri disuakan kepada Raisya. Menyuruh si isteri menciumnya.

"Eii awak ni awal pagi lagi dah gatal".

"So? Ini dikira baik sebab aku tak minta kau cium aku depan family kita". Membulat mata Raisya. Gila ke?!

"Raisya, cepatlah".

Mahu tidak mahu, dia terpaksa mencium lelaki itu. Selagi tak dicium, selagi itulah Aryan akan meminta. Bibir didekatkan pada pipi lelaki itu.

Cup!

"Aryan"!

Tangan Raisya naik menyentuh bibirnya. Pecah ketawa lelaki itu melihat riak wajah isterinya yang terkejut. Mana tak nya, tadi apabila bibir wanita itu semakin dekat dengan pipinya, dengan pantas Aryan memusingkan kepala dan menyambar bibir Raisya.

[C] MRS ARYAN ISKANDARWhere stories live. Discover now