BAB 37

8.1K 282 93
                                    

"Abang janji takkan tinggalkan sayang."

"Jangan fikir sangat pasal mimpi tu. Mimpi tu mainan tidur je".

AYAT itu masih terngiang-ngiang di minda. Semasa menghantar Aryan ke lapangan terbang tadi, entah mengapa dia berasa berat hati ingin melepaskan lelaki itu pergi. Sejak tadi lagi Raisya berasa tidak sedap hati. Dia cuba mengusir rasa negatif itu namun makin dibuang makin difikirkan.

Apatah lagi mengingatkan mimpi semalam dimana dia bermimpi Aryan kemalangan semasa menaiki kereta menuju ke hotel. Hatinya dipaut perasaan risau memikirkan soal itu. Bagaimana kalau mimpi buruk itu menjadi kenyataan? Ah! Cukup Raisya, jangan fikir bukan-bukan. Baik kau berdoa biar Aryan selamat.

Gambar Aryan yang berada di atas night stand dicapai lalu dipeluk. Raisya membaringkan tubuhnya di atas katil. Gambar suaminya itu ditatap. Baru sekejap lelaki itu pergi dia sudah rindu. Sabar, dua hari je Raisya. Tidak sampai beberapa minit, wanita itu terlelap sendirian sambil memeluk gambar suaminya.

"Jaga diri sayang. Maaf abang mungkir janji sebab tinggalkan sayang untuk selamanya."

"Abang jangan tinggalkan saya.."

"Abang!"

Kelopak mata Raisya terbuka luas. Jantungnya berdetak laju dengan dada yang berdebar hebat. Peluh menitik laju menurun ke dahi. Gambar Aryan yang berada di dalam pelukannya direnung dengan mata yang berkaca.

"Abang.." Tangan Raisya naik menyentuh dadanya sambil memanggil lelaki itu.

IPhone yang berada di atas night stand digapai. Raisya melihat telefon miliknya. Tiada pesanan mahupun panggilan daripada Aryan. Jam yang tergantung di dinding dikerling sekilas. Jarum sudah menunjukkan angka 1 petang.

Raisya melangkah turun dari katil lalu mengambil tudung sarung yang tersangkut di atas kerusi. Tudung sarung hitam itu disarung di kepala sebelum dia menapak keluar dari bilik tidur.

Turun sahaja ke tingkat bawah, tangisan suara seseorang menyapa telinga. Kerutan timbul di dahi wanita itu apabila melihat Datin Mariana sudah menangis teresak-esak di dalam pelukan Dato Izhan. Manakala Aliya dan Airil duduk termenung di sofa dengan air mata yang tidak henti mengalir.

"Mama.. kenapa ni?"

Datin Mariana mengangkat kepala memandang wajah menantunya itu. Raisya menghampiri ibu mertuanya sambil anak matanya memandang wajah Aliya dan Airil silih ganti. Anak mata milik Raisya terpaku ke arah skrin televisyen yang sedang memaparkan berita.

Pemilik AR Holding mengalami kemalangan jalan raya dan mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian. Kereta yang dipandu telah dilanggar teruk oleh sebuah lori dan mengalami letupan setelah mangsa tercampak keluar dalam keadaan yang mengerikan.

Raisya terkedu. T-tak mungkin. Tidak semena-menanya mutiara jernih miliknya laju jatuh membasahi pipi. Kepala digeleng perlahan.

"Sabar sayang."

Datin Mariana segera mendakap tubuh menantunya itu. Teresak-esak Raisya menangis di dalam pelukan wanita tua itu. Tubuhnya perlahan-lahan melorot jatuh ke bawah. Rasa seperti mimpi dia menerima berita bahawa suaminya itu telah meninggal.

"M-mama.. papa itu bukan abang Aryan kan? Itu bukan suami Raisya.."

Dato Izhan memandang menantunya itu. Sungguh dia kasihan dengan Raisya. Dugaan ini terlalu berat untuk wanita itu. Sebagai seorang bapa dia turut merasakan kehilangan anaknya. Pada mulanya, dia juga tidak mempercayai berita itu namun setelah melihat rakaman cctv sebelum kereta itu meletup, ternyata benar itu adalah kereta milik syarikat Aryan kerana terdapat logo AR Holding di cermin belakang kereta itu.

'Abang janji takkan tinggalkan Raisya. But look what you have done? You break your promise'

-----

(Boleh baca sambil buka lagu Janji Setia untuk lebih feel sedih tu)

SETELAH berita tentang kematian pemilik AR Holding tersebar, Dato Izhan meminta untuk membawa pulang jenazah ke Kuala Lumpur. Selesai urusan di hospital, kini mereka sekeluarga terus pergi ke tanah perkuburan.

Selesai upacara pengebumian Aryan, keluarga mereka masih berada di tanah perkuburan. Raisya dan Datin Mariana menatap sayu tanah kubur yang masih baru itu. Keduanya masih terkilan dengan pemergian Aryan yang tidak disangka-sangka itu.

Encik Hisyam dan Puan Nurin juga masih terkilan dengan pemergian menantu mereka.

"Abang dah pergi tinggalkan kita Airil." Sayu sahaja suara Aliya. Dia tidak henti menangis hingga bengkak mata. Airil terus memeluk kembarnya itu. Air mata yang ditahan tadi akhirnya mengalir juga. Kini hanya tinggal mereka berdua.

Raisya usah dikata, dia masih terkilan dan tidak percaya bahawa Aryan sudah meninggal dunia. Perlahan-lahan wanita itu menjatuhkan kepalanya di atas tanah kubur yang masih merah. Air matanya juga sudah kering kerana terlalu penat dan banyak menangis.

Kenangan dia dan Aryan kini berputar di mindanya. Dia merindukan suaminya.  Rindu ingin memeluk lelaki itu, rindu ingin mendengar suara lelaki itu dan rindu ingin melihat Aryan memujuknya. Namun semua itu tidak mungkin dapat dia rasa dan lihat lagi.

"Kenapa abang tinggalkan Raisya?"

Tanah kubur itu disentuh perlahan. Kini dia tidak dapat menyentuh suaminya lagi tetapi hanya dapat menyentuh tanah yang masih merah itu. Bolehlah buat lepas rindu kan.

"Abang janji takkan tinggalkan sayang."

Terpejam mata Raisya saat ayat itu berlegar di kepalanya. Tangisan cuba ditahan daripada pecah. Dia tidak mahu meratapi kepergian lelaki itu.

"Abang cakap nak pergi sekejap tapi abang pergi selamanya." Kata Raisya. Suaranya menahan sebak yang terkumpul di dada. Hidupnya kosong tanpa Aryan.

"Raisya rindu abang."

Rindu itu berat

Merindukan hadirmu, ada disini

Andai saja masa boleh berputar, dia mahu pergi bersama lelaki itu.

"Semoga abang tenang disana."

Raisya mengelap air matanya. Setelah itu mereka sekeluarga pergi meninggalkan tanah perkuburan itu.

Namun tanpa mereka semua sedari, ada seseorang yang sedang memerhati disebalik pokok yang tidak jauh dari perkuburan itu.

---

Apa semua ni?😭😭 

nampaknya Aryan memang maksudkan di chap 36 yang lepas, dia pergi bukan 2 hari je tapi selamanya (:

abaikan typo

tbc..






[C] MRS ARYAN ISKANDARWhere stories live. Discover now