BAB 43

9.3K 305 96
                                    

Tiga bulan kemudian..
-
TIDUR Aryan terganggu apabila suara seperti seseorang muntah menyapa gegendang telinga. Kelopak matanya dibuka perlahan-lahan sebelum tangannya meraba ke sebelah. Kosong. Ke mana Raisya? Tubuh yang sedang berbaring ditegakkan sebelum anak matanya tepat memandang pintu tandas yang terbuka.

Kerutan timbul di dahi Aryan. Dia melangkah turun dari katil dan berlalu masuk ke dalam bilik air. Pandangannya dihiasi dengan tubuh Raisya yang terbongkok-bongkok di depan sinki sambil memutahkan segala isi perutnya.

Bluerkkk!

"Uhuk! Uhuk!"

Raisya berkumur sebelum membersihkan mulutnya. Kedua belah tangan masih teguh memegang sinki. Kepalanya pening. Badannya terasa tidak bermaya dan lemah.

"Sayang."

Raisya mengangkat kepala memandang cermin. Kelihatan Aryan berada di belakangnya. Kasihan pula dia melihat lelaki itu terjaga dari tidur kerana pasti terganggu dengan muntahnya.

Belum sempat hendak berkata sesuatu, Raisya sekali lagi muntah.

"Hey.. kenapa ni?" Aryan mengusap belakang badan Raisya.

Pili air dibuka lalu Aryan membasahkan tangannya sebelum mengelap bibir Raisya.

"Abang kotor.." Raisya menghalang lelaki itu dari terus membersihkan bibirnya.

"It was nothing lah sayang." Jawab Aryan.

Tubuh Raisya diangkat lalu dibawa ke katil. Aryan menolak tubuh kecil itu supaya baring. Selimut juga ditarik sehingga ke paras dada. Sempat dia mengusap rambut panjang Raisya sebelum mengambil minyak angin di dalam laci.

Aryan menyapu minyak angin tersebut di bahagian tepi kepala Raisya dan lehernya bagi menghilangkan rasa loya. Botol minyak angin itu diletakkan di atas night stand sebelum Aryan juga turut baring di atas katil.

"Pening." Adu Raisya.

Aryan kembali menegakkan badan kemudian disandar di kepala katil.

"Biar abang urut. Sayang tidur okay."

Kepala Raisya diurut perlahan. Tidak sampai beberapa minit dia terlelap. Aryan hanya tersenyum sebelum dia memandang jam yang tergantung di dinding. Pukul 3 pagi.

"Kenapa dengan awak ni sayang?"

Hati Aryan dipaut rasa risau. Tidak pernah-pernah Raisya muntah macam ni. Nak kata salah makan rasanya tak sebab semalam wanita itu hanya makan nasi goreng yang dimasak olehnya.

Kalau betul salah makan, kenapa Aryan tak muntah sekali? Mereka makan makanan yang sama semalam. Pelik.

"Sleep well. I love you."

Dahi Raisya dikucup lembut sebelum Aryan juga turut tidur.

Pagi itu Aryan menyiapkan sarapan buat dirinya dan juga Raisya. Wanita itu masih tidak sihat. Badannya juga panas dan berasa hendak demam. Raisya juga mengadu yang dia sakit kepala.

"Abang tak pergi kerja?" Tanya Raisya sambil memerhati Aryan yang sedang mencedok makanan ke dalam pinggan.

"Abang cuti harini. Sayang kan tak sihat. Macam mana abang nak kerja kalau sayang sakit." Ujar lelaki itu lalu meletakkan sepinggan nasi goreng di hadapan Raisya. Taktahu sedap ke tak sebab dia main campak je tadi.

"You are more important than my work sayang." Segaris senyuman dihadiahkan kepada isterinya. Raisya membalas. Sedikit sebanyak dia berasa terharu. Aryan sanggup ambil cuti semata-mata mahu menjaganya.

[C] MRS ARYAN ISKANDARWhere stories live. Discover now