BAB 20

10.2K 360 42
                                    

DUA HARI sudah berlalu dan Aryan juga sihat seperti sedia kala. Dia juga masuk ke pejabat dan mula bekerja seperti biasa. Namun kebelakangan ini selera makan lelaki itu semakin menjadi-jadi. Sebelum ini Aryan hanya makan biasa-biasa saja tetapi kali ini bertambah. Tengah hari tadi, lelaki itu menambah nasi sebanyak tiga pinggan. Naik hairan Raisya dengan sikap suaminya.

"Banyaknya abang makan. First time abang makan banyak macam ni". Kata Raisya bersama kerutan di dahi. Lauk di dalam pinggan hampir licin kesemuanya.

Pelik. Selalunya dia saja yang kuat makan. Ni terbalik pula haha. Mungkin perangai kuat makan dia nak berpindah ke Aryan kut.

"Thankyou sayang. Perut abang dah penuh". Aryan menyandarkan badan di kerusi sambil mengusap perutnya. Habis buncit perut kau lepasni.

Hilang sixpack!

Raisya menggeleng kepalanya perlahan sebelum bangkit dan berlalu ke dapur. Pinggan dan mangkuk kotor dicuci sementara Aryan mengemas meja makan. Tiba-tiba rajin pula nak mengemas. Lain macam Aryan punya mood kebelakangan ni.

Kain lap diletakkan di tepi sinki. Aryan membuka pintu peti sejuk. Tekaknya rasa dahaga pula. Baru dia hendak mencapai jus oren, anak matanya terpaku pada plastik kecil yang berisi asam. Ada banyak flavours.

"Ini sayang punya ke"? Aryan mengambil plastik yang berisi asam itu dan ditunjukkan kepada Raisya.

"Ha'ah. Sya beli sebab nak ma---"

"Abang ambil okay? Tiba-tiba rasa nak makan benda masam pula. Nanti sayang beli lain kalau nak makan".

Ternganga Raisya dibuatnya. Aryan dengan selamba mengambil semua asam itu lalu dia menuju ke ruang tamu rumah.

Raisya menepuk dahinya. "Suami aku ni kenapa Ya Allah".

Selesai membuat kerja di dapur, Raisya berlalu naik ke bilik. Tombol pintu dipulas perlahan. Kelihatan Aryan sedang berbaring di katil sambil bermain ipad.

Raisya memanjat naik ke atas katil dan mengambil tempat disebelah suaminya. Lengan lelaki itu dipeluk lalu dia melentokkan kepala di atas bahu suaminya.

Wajah Raisya dikerling sekilas. "Ni kenapa ni"?

"Abang, awak nak baby girl or baby boy"? Soalan yang terpancul dari bibir wanita itu membuatkan Aryan tersenyum nipis. Ipad diletakkan di atas meja lampu sebelum dia menarik Raisya ke dalam pelukan. Rambut isterinya diusap lembut.

"Why? Sayang pregnant ke"? Kalau betul dia lah orang yang paling bahagia. Sudah lama dia menantikan saat ini. Kalau belum, mungkin tidak ada rezeki buat mereka lagi.

"Saja tanya".

Entah kenapa hatinya terdetik hendak bertanyakan soalan itu. Selera Aryan yang berubah-ubah, mood lelaki itu yang tiba-tiba rajin dan suaminya yang demam dan muntah tempoh hari membuatkan Raisya rasa pelik. Mana tahu dia mengandung tetapi morning sickness itu beralih kepada Aryan. Dulu ibunya juga begitu semasa mengandungkan Raykarl, Encik Hisham yang terkena alahan.

Pelukan di pinggang Raisya dilepaskan tatkala telefon milik Aryan berbunyi. Pantas dia menggapai IPhone yang berada di night stand di sebelah katil. Tertera nama mamanya iaitu Datin Mariana di skrin telefon. Aryan menggesel button hijau ke tepi lalu melekapkan telefon di telinga.

Raisya hanya mendengar perbualan dua beranak itu. Sesekali dia bermain telefon dan like gambar di instagram.

"Sayang".

"Ya"? Sahut Raisya. Kelihatan suaminya itu sudah selesai berborak dengan ibu mertuanya.

"Lusa Tokma nak datang rumah mama. Kita pergi sana okay". Beritahu Aryan. Mata Raisya bersinar-sinar. Dia sudah lama tidak bertemu dengan nenek Aryan. Masa mereka berkahwin haritu, dia tidak datang kerana kurang sihat.

[C] MRS ARYAN ISKANDARWhere stories live. Discover now