BAB 23

9K 357 68
                                    

SEPANJANG mesyuarat berlangsung, Hayfa tidak berhenti senyum dan anak matanya hanya fokus memandang Aryan. Slide yang terbentang mengenai projek baru AR Holding langsung tidak dipedulikan. Hari ini dia baru saja bekerja di syarikat milik Aryan memandangkan ada pekerja yang cuti bersalin mendadak menyebabkan jawatan pengurus projek itu kosong.

Kebetulan Hayfa membaca artikel yang disiarkan oleh syarikat itu yang memerlukan jawatan kosong itu dengan segera. Lantas Hayfa menelefon company tersebut dan dia diterima bekerja di AR Holding memandangkan gadis itu memiliki ijazah dalam bidang berkenaan.

Mulanya Aryan agak terkejut apabila orang yang mengisi jawatan tersebut adalah Ain Hayfa. Mahu tak mahu dia tidak bisa menolak memandangkan jawatan tersebut amat diperlukan. Lagipun cuma dua bulan sementara menunggu Laila yang selesai cuti bersalin.

"I think semua orang dah dapat dan faham apa yang saya terangkan. Any question before we end"? Tanya Aryan dan kebetulan waktu itu anak matanya memandang tepat ke arah Hayfa.

"Hayfa? Ada apa-apa nak tanya"? Suara Aryan mengejutkannya. Terus gelabah gadis itu. Hayfa membetulkan duduk sebelum berdehem.

Kepala digeleng perlahan. "Takda".

Fuh! Hayfa lain kali fokus. Kang tak pasal-pasal kau kena pecat terus!

"Okay. Thankyou for today". Kata Aryan lalu dia meninggalkan bilik mesyuarat.

Ting!

Telefon yang berdenting di dalam poket seluar dikeluarkan. Ada pesanan whatsapp dari Raisya. Pantas jarinya menekan kotak perbualan antara dia dan wanita itu.

Sayang❤️

Raisya,
Abang hari ni balik awal okay!
Saya ada something special
untuk awak❤️

Aryan,
Abang kena jumpa klien petang ni
pukul 6,
before pukul 8 abang balik okay

Raisya,
Okay! Janji balik tau
Take care husband❤️

Aryan,
You too take care❤️

IPhone disimpan semula ke dalam poket seluar lalu dia melangkah masuk ke dalam pejabatnya. Aryan melabuhkan punggung di atas kerusi lalu belakang badan disandar pada kepala kerusi.

TOK!

TOK!

"Masuk".

Klak!

Pintu dikuak. Kelihatan Fina berjalan masuk sambil memegang tablet di tangan. Gadis itu berhenti dan berdiri di depan meja kerja Aryan. Tablet miliknya dibuka lalu dilihat jadual bosnya itu.

"Tuan, meeting dengan klien dari Singapura tu cancel sebab Tuan Red tak sihat. Nanti diorang atur tarikh semula". Beritahu Fina. Sepatutnya petang ini Aryan harus berjumpa dengan klien dari Singapura namun dibatalkan last minute disebabkan Tuan Red tidak sihat.

"Okay. Anything just tell me".

"Baik Tuan. Anything else"?

"Oh ya, bagitahu staff kita yang terlibat dengan projek baru tu saya nak diorang ikut pergi melawat site petang ni". Arah Aryan memandangkan meeting dengan klien dibatalkan petang ini dibatalkan,  dia bercadang mahu pergi melawat tapak projek barunya.

[C] MRS ARYAN ISKANDARWhere stories live. Discover now