BAB 19

9.2K 350 57
                                    

Dua bulan kemudian..

ARYAN menghempaskan tubuhnya di atas sofa. Penat. Seharian ini dia sangat sibuk di pejabat. Banyak kerja yang perlu diselesaikan dan jadualnya juga padat. Pagi meeting dengan pekerja, tengah hari jumpa klien dan petang sebelum pulang ke rumah Aryan pergi melawat site. Letih. Dia juga sakit kepala dan tekaknya tadi sewaktu di pejabat terasa loya.

Bauan kek coklat moist dari dapur membuatkan Aryan tahu yang isterinya pasti sibuk menyiapkan tempahan kek hari jadi untuk jiran sebelah rumah mereka. Sejak akhir-akhir ini banyak pula tempahan yang diterima oleh Raisya. Tak menang tangan dibuatnya.

"Abang dah balik"!

"Ya Allah sayang"! Aryan memegang dadanya dek terkejut dengan Raisya yang terkam duduk di atas badannya. Orang baru nak lelapkan mata.

Raisya menayang sengihan tidak bersalah. Namun sesaat dahinya berkerut melihat wajah Aryan yang kemerah-merahan. Wajah lelaki itu tampak letih dan tidak bermaya.

"Are you okay?Abang tak sihat ke"? Raisya menyentuh dahi Aryan dengan telapak tangannya. Panas.

"Hm sakit kepala. Rasa loya". Lemah sahaja suara lelaki itu. Timbul rasa kasihan di hati Raisya melihat suaminya. Sudah lah dia main terkam saja Aryan tadi.

Masuk sahaja ke dalam bilik, Aryan terus merebahkan badan di atas katil. Raisya menutup pintu bilik lalu dia menghampiri suaminya yang berbaring di atas katil. Punggung dilabuhkan di sebelah lelaki itu.

Tak pernah-pernah suaminya demam membuatkan Raisya hairan.

"Sya turun ambil air kejap". Raisya mengangkat punggungnya namun tangannya diraih lembut oleh Aryan.

"Takpayah. I need you sayang. I want to hug you. Stay here okay".  Tubuh kecil Raisya ditarik supaya baring disebelahnya. Aryan memeluk pinggang wanita itu lalu wajahnya disembam pada leher Raisya. Lama.

Senyuman kecil terbit di bibir Raisya. Manja betul bila sakit ni ya.

Remote kecil yang berada di atas night stand diambil lalu Raisya menurunkan sedikit suhu aircond. Setelah itu, butang baju kemeja Aryan dibuka dari atas sehingga bawah membiarkan tubuh itu terdedah dan haba keluar dari badannya.

Aryan mencelikkan kelopak matanya dengan perlahan. "Are you trying to seduce me"?

Raisya mencebik. "No. I'am not. Sya cuma nak---"

"Sayang kalau nak goda abang, tunggu abang sihat dulu barulah seronok". Terjegil mata Raisya mendengarnya. Amboi dalam keadaan sakit masih lagi gatal ya? Suami siapalah ni.

Pap!

Bahu lelaki ditampar. Gatal sangat!

Berkerut wajah Aryan tatkala ditampar Raisya. "Sayang.. how could you? Abang tengah sakit kan"?

Memuncung bibir lelaki itu ke depan. Raisya tergelak. Aryan merajuk ke? Selalunya dia je yang suka merajuk dan Aryan tukang pujuk haha.

"Padan muka. Dah tahu sakit masih nak menggatal kenapa. Now tidur". Arah Raisya. Dia memaksa lelaki itu tidur. Rambut perang Aryan diusap perlahan sambil dia menatap wajah kacak itu.

Tidur pun handsome. Susahlah kalau macam ni.

-----

Tangan meraba-raba ke sebelah mencari susuk tubuh seseorang namun kosong. Dia mengeluh perlahan sebelum mencelikkan mata. Berkerut dahinya apabila melihat Raisya tidak ada di katil. Ke mana wanita itu pergi? Bukankah tadi mereka tidur bersama?

Klak!

Pintu terkuak dari arah luar. Kelihatan Raisya masuk sambil membawa dulang yang berisi semangkuk bubur dan segelas air putih. Ada juga dua biji panadol diletakkan disebelah gelas panjang itu. Dulang tersebut diletakkan di atas night stand sebelum dia memandang ke arah Aryan yang masih berbaring.

"Sya dah masak bubur. Abang makan bubur ni then baru makan ubat". Mangkuk bubur dicapai. Raisya menggaul bubur itu dengan sudu terlebih dahulu sebelum disuakan kepada suaminya.

Aryan menekup mulut tatkala tekaknya terasa mual seperti mahu mengeluarkan sesuatu. Mangkuk bubur itu ditolak ke tepi sebelum dia berlari masuk ke dalam tandas dan memuntahkan segala isi di dalam perut di sinki.

"Abang kenapa ni? Okay tak"? Raisya cemas. Jarang suaminya seperti ini. Demam siap package muntah lagi. Belakang badan lelaki itu diusap perlahan.

Habis memuntahkan segalanya, Raisya memapah Aryan menuju ke katil. Tubuh lelaki itu dibaringkan di atas katil sebelum Raisya juga turut naik memanjat ke atas katil. Punggung dilabuhkan disebelah suaminya.

"Kita pergi klinik ya? Sya risau".

Aryan menggeleng perlahan. Dia tidak mahu pergi ke klinik.

"Abang taknak. Tak larat".

"Nanti makin melarat demam tu. Sya risaulah, abang tak pernah macam ni".

Terpancar riak kerisauan di wajah wanita itu. Aryan tersenyum nipis sebelum memegang kedua belah tangan Raisya dan dibawa ke bibirnya.

"Jangan risau. I'am okay if you are here with me".

---

Agak2 kenapa Aryan sampai demam?

Okay ke bab ni? (:

abaikan typo

tbc..

[C] MRS ARYAN ISKANDARWhere stories live. Discover now