BAB 22

9.2K 339 62
                                    

TOK!

TOK!

"Masuk".

Fina menolak perlahan daun pintu bilik bosnya lalu melangkah masuk ke dalam. Dia berjalan mendekati meja kerja lelaki itu sebelum tubuhnya berdiri tegak di hadapan Aryan. Kad berwarna black grey dihulurkan kepada lelaki berambut keperangan itu. Aryan mengambil kad tersebut lalu menjungkitkan sebelah keningnya.

"Itu kad jemputan ke majis makan malam Tuan Leo Fardly". Terus anak mata hitam milik Aryan memanah tepat anak mata coklat milik Fina. Gadis itu menelan air liur.

Aku ada salah cakap ke? Bisik hatinya.

"Siapa yang bagi? Tuan Fard sendiri ke"?

"Bukan. P.A. dia yang bagi semalam tapi Tuan Aryan tak masuk office". Jelas Fina sambil memeluk erat tablet di tangan. Aryan sekadar mengangguk mendengar jawapan daripada Fina.

"Fina, batalkan semua appointment aku harini. Tukar ke hari yang lain". Arah Aryan membuatkan dahi Fina berkerut.

"But why? Tuan Aryan nak ke mana"?

Mengecil anak mata Aryan memandang Fina tatkala dia merasakan yang gadis itu sibuk akan urusannya.

"No need to know. Just cancel my appointment. Understand"? Mendatar Aryan menjawab namun masih terselit nada tegas disitu. Dia tidak suka jika ada yang menyibuk halnya.

"Err.. baik Tuan".

Hilang sahaja kelibat gadis itu, Aryan meraup rambutnya ke belakang lalu menyandarkan badan pada kerusi. Fikirannya menerawang memikirkan lelaki bernama Leo Fardly itu. Lama dia duduk termenung sebelum lamunannya mati akibat bunyi deringan telefon.

IPhone yang berada di atas meja diambil lalu dilihat nama si pemanggil. Tertera nama Ashraf disitu. Pantas button hijau digesel kemudian telefon pintar itu dilekapkan di telinga.

"Tuan, boleh kita jumpa sekarang? Important".

"Sure. Dekat tempat biasa".

Aryan terus memberi kata putus tanpa teragak-agak. Dia yakin Ashraf menghubunginya kerana ada sesuatu perkara penting yang ingin lelaki itu sampaikan. Pastinya berkaitan dengan Leo Fardly.

Kunci kereta dan wallet dicapai. Aryan terus melangkah keluar dari pejabat. Sempat dia menitip pesan kepada Fina iaitu setiausahanya.

"Kalau ada orang cari aku, bagitahu yang aku ada emergency". Terpinga-pinga Fina melihat bosnya itu tergesa-gesa menaiki lift. Ada apa-apa yang berlaku ke?

"Biar jelah. Bukan urusan aku". Fina berkata sendiri lalu menyambung kerjanya.

HAYFA melangkah masuk ke dalam Light Cafe. Matanya meliar mencari tempat duduk namun sesaat anak mata coklat miliknya terpaku ke arah seorang lelaki yang dia amat kenali, Aryan Iskandar. Lelaki itu sedang duduk di meja hujung sana bersama dua orang lelaki yang elok memakai pakaian serba hitam. Kelihatan dua orang lelaki itu sudah mengangkat punggung dan berura-ura ingin beredar dari situ.

Hilang saja dua orang lelaki itu dari pandangan Hayfa, laju dia berjalan mendekati Aryan memandangkan lelaki itu masih duduk disitu.

"Hi Aryan. Sorang je"? Tegur Hayfa dengan senyuman manis walaupun dia tahu yang lelaki itu memang keseorangan disitu.

Berkerut dahi Aryan melihat Hayfa yang berada di depannya. "Hayfa"?

"Can I have a sit"? Gadis itu terus melabuhkan duduk di atas kerusi tanpa sempat Aryan hendak menjawab. Hatinya sedikit gembira kerana dapat bertemu dengan lelaki ini.

"Awak dari office ke Aryan"? Hayfa bertanya. Memulakan topik perbualan.

"Ya dari office. Hayfa dari mana"? Aryan membalas semula soalan. Senyuman kecil terbit di hujung bibir gadis itu. Suka dapat berbual dengan lelaki ini.

"Saya dari rumah Aunty Mariana lah. Saja keluar jalan-jalan. Bosan. Sambil-sambil tu nak cari kerja". Aryan mengangguk kepala, mengiyakan kata-kata Hayfa.

"Dah pukul 12. Why not kita lunch sama-sama"? Cadang Hayfa. Aryan kerut dahi. Dia berasa pelik dengan Hayfa. Tak malu ke ajak suami orang lunch?

Kepala digeleng. Menolak pelawaan gadis bertudung bawal maroon itu.

"Saya balik lunch dekat rumah. Lagipun Raisya selalu masak". Sengaja dia menyebut nama Raisya. Ingin mengingatkan Hayfa bahawa dia adalah suami orang.

Mati terus senyuman gadis itu. Bagaimana dia boleh lupa bahawa Aryan Iskandar sudah berkahwin dan mempunyai isteri. Terbit perasaan cemburu di hatinya.

Sudah Hayfa, dia dah ada isteri!

"It's okay. Kirim salam dekat Raisya".

-----

Kalendar kecil yang berada di atas night stand diambil. 16 Ogos. Raisya senyum melihat tarikh tersebut. Hari lahir Aryan tidak lama lagi. Dia mahu memberi kejutan buat lelaki itu. Kalendar diletakkan semula di atas night stand sebelum tangan Raisya turun mengusap perutnya yang masih kempis.

"Mama tak sabar nak bagitahu papa yang dalam perut ni ada baby". Bicara Raisya seorang diri. Dia berharap dengan kehadiran si kecil ini dapat membahagiakan lagi rumahtangga dia dan Aryan.

Klak!

Pintu bilik mandi terkuak. Kelihatan Aryan yang baru selesai membersihkan diri keluar dengan tuala dililit di pinggang saja. Rambutnya yang masih basah dilap menggunakan tuala kecil berwarna putih. Lelaki itu menuju ke closet ingin memakai baju.

Selesai memakai baju, Aryan memanjat naik ke atas katil dan merebahkan badan disebelah wanita kesayangannya. Raisya turut baring sambil tangannya memeluk teddy bear burung hantu yang bersaiz sederhana. Teddy bear itu merupakan hadiah daripada Aryan.

"Abang busy tak minggu ni"?

"Tak. Kenapa"?

Raisya hanya senyum pendek. Baguslah kalau suaminya tidak terlalu sibuk. Dia bercadang mahu menyambut hari lahir Aryan di luar.

"Saja tanya. Macam mana kerja harini? Okay"? Sudah menjadi kebiasaan Raisya bertanya bagaimana hari kerja suaminya sebelum tidur.

"Everything okay but.. I miss you 24 hours". Aryan mendekatkan wajahnya dengan Raisya sebelum mencium pipi wanita itu.

"Jom tidur. Sya dah mengantuk". Ajak Raisya sebelum menguap kecil. Pantas tangannya naik menekup mulut.

"Jom. Selamat malam sayang. I love you". Tubuh kecil Raisya dipeluk erat. Raisya membalas pelukan suaminya sebelum memejam mata.

"Selamat malam and I love you more".

---

okay tak chapter ni?😭

btw, macam mana watak Hayfa? Okay tak ? Suka tak? HAHAHA

author ada buat video Aryan dan Raisya tapi tak boleh letak lah pulak video tu kat sini (:

abaikan typo

tbc..

[C] MRS ARYAN ISKANDARWhere stories live. Discover now