BAB 40

9.1K 308 142
                                    

"WOI! Bagi aku air!"

Jerit Fard dalam keadaan lemah. Sudah seminggu dia dikurung di dalam bangunan yang usang ini. Ikatan pada matanya sudah dibuka, hanya ikatan pada tangan dan kaki sahaja tidak dibuka.

Dalam masa seminggu ini, Fard hanya diberi makan sehari sekali. Makanan yang diberi hanyalah sekeping roti dan secawan air kosong. Sekadar untuk alas perut supaya lelaki itu tidak mati kebuluran. Kejam bukan?

Anak mata hitam milik Fard memerhati segenap ruangan ini. Terdapat beberapa alatan tajam, besi buruk, kayu besbol dan senjata yang berada di atas meja. Semasa berada disini, dia akan dijaga oleh beberapa orang lelaki berpakaian serba hitam. Apabila Fard bertanya siapakah yang menculiknya, lelaki-lelaki itu hanya diam.

"Woi! Lepaskan aku!" Jerit Fard apabila melihat seorang lelaki melangkah masuk ke dalam bangunan yang usang ini. Fard melihat lelaki itu dengan renungan tajam. Lelaki inilah yang memberinya makan roti dan secawan air kosong.

Dia yakin lelaki ini adalah salah seorang anak buah orang yang menculiknya itu atau lebih tepat ketua mereka.

"Mana bos kau?" Tanya Fard mendatar.

"Asal kau nak tahu?"

Fard berdecit.

"Bos kau mesti pengecut kan? Sebab tu dia taknak tunjuk siapa diri dia dekat aku. Hahahahaha!" Fard ketawa besar.

"Aku rasa dia gila lah Ash." Bahu lelaki bernama Ash itu ditepuk salah seorang rakannnya.

"Memang pun. Dah nak mati tak lama lagi tu yang gila." Selamba Ash berkata sambil kedua belah tangannya dimasukkan ke dalam poket seluar. Santai.

"Sial kau!" Maki Fard geram.

Tidak lama kemudian, datang seorang lelaki tinggi lampai berpakaian serba hitam. Wajahnya ditutupi dengan topeng. Perlahan-lahan dia menapak mendekati Fard dan berdiri di hadapan lelaki itu.

"Kau lah ketua pengecut diorang semua?" Perli Fard sambil memandang anak-anak buah lelaki itu. Bibirnya menyungging senyuman senget.

Lelaki misteri itu hanya diam. Sepasang anak matanya merenung tajam wajah Fard. Dah mampus pun masih berlagak? Huh!

"Kenapa kau diam? Takut ke?" Sengaja Fard ingin memanaskan lelaki itu. Sempat dia bersiul sambil membuat muka mengejek. Memang cari nahas.

Sesaat Fard berhenti bersiul apabila sesuatu benda tajam bermain di sekitar lehernya. Terus berubah pucat mukanya ketika itu. Ekor matanya mengerling sekilas pisau tajam yang ada di lehernya.

"Can't wait to kill you." Suara lelaki misteri itu. Dia tersenyum sinis disebalik topeng yang dipakai olehnya. Pisau dijauhkan dari leher.

"A-apa kau nak dari aku hah?! Kau ni siapa sebenarnya?!

"Betul ke kau nak tahu siapa aku? Bukan apa takut nanti kau mati terkejut pula." Balas lelaki itu lebih kepada memerli. Fard berdecit kasar. Kalau ikatan dia terbuka, memang dah lama dia bunuh lelaki di hadapannya itu.

"Ash, malam ni kau bagi dia makanan yang sedap-sedap sikit sebab malam ni akan jadi malam terakhir dia dekat dunia ni."

Terus kaku tubuh Fard. Apa maksud lelaki misteri itu?

Malam terakhir?

Dia akan bunuh?

Tidak!

-----

TUBUH Fard menggigil kesejukan akibat direndam di dalam kolam yang penuh dengan ketulan ais. Bajunya sudah dibuang dan mendedahkan badannya. Habis menggigil kesejukan lelaki itu. Terdapat kesan torehan di tubuh Fard. Darah yang mengalir keluar dari torehan itu menjadikan air di dalam kolam ais tersebut berubah menjadi merah.

[C] MRS ARYAN ISKANDARWhere stories live. Discover now