SPECIAL CHAPTER 3

6.3K 269 14
                                    

PUKUL 9 Emylia baru turun ke dapur. Selepas solat subuh tadi, dia terus terlelap semula. Mungkin penat melayan tetamu yang hadir ke majlis ulang tahun perkahwinan mertuanya semalam.

"Pukul 9 baru nak masuk dapur? Elok sangatlah menantu kau ni Haira." Kata Puan Haliza lancang.

Emylia hanya tersenyum kekok. Bukan dia sengaja nak bangun lambat. Perlahan-lahan dia membawa langkah mendekati Puan Haira yang sedang mencedok bihun goreng ke dalam mangkuk.

"Maaf mama sebab tak tolong siapkan breakfast. Emy terlelap lepas solat subuh tadi." Puan Haira hanya tersenyum manis sambil mengangguk. Dia faham. Mungkin menantunya penat itu melayan tetamu semalam.

"Takpa. Mama faham."Balas Puan Haira.

"Biar Emy buatkan air."

Setelah siap membancuh air, Emylia naik ke atas. Mahu memanggil suaminya turun makan. Buka sahaja pintu bilik, dia melihat Ashraf sedang bermain bersama anak mereka. Emylia menguntum senyuman kecil sebelum mendekati dua beranak itu.

"Good morning anak mama. Wanginya Irisa Raihana ni." Pipi Irisa dicium berkali-kali. Geram.

"Sayang. I want my morning kiss." Ashraf mendekatkan wajahnya dengan bibir Emylia. Wanita itu mengundur ke belakang.

"Taknak."

"Berdosa tolak permintaan suami." Ashraf menggunakan kuasa vetonya. Emylia mencebik. Dia cuma bergurau saja.

Cup!

Pipi kanan Ashraf dicium. Terbit senyuman kecil di hujung bibir lelaki itu.

"Thankyou sayang. Baru rasa semangat pagi ini." Ashraf menjungkitkan keningnya beberapa kali. Emylia memutarkan bebola matanya ke atas. Tiber. Ada-ada sahaja suaminya itu.

"Jom turun breakfast. Mama dah tunggu dekat bawah." Ajak Emylia. Ashraf mengangkat tubuh kecil Irisa lalu mereka berlalu turun ke tingkat bawah.

Masuk saja ke ruang makan, suara nyaring Maya menyapa telinga.

"Morning abang Ash!" Maya bersuara gedik sambil memintal hujung rambutnya. Emylia mengerling ke arah gadis itu. Aku potong rambut tu kang ha. Bisiknya di dalam hati.

"Irisa duduk dengan papa ya. Mama nak ambilkan baby food kejap." Pipi anaknya dielus lembut sebelum Emylia mengambil makanan bayi untuk anaknya.

"Ashraf, resort kita dekat Pulau Pinang macam mana? Okay?" Tanya Encik Rifqi. Keluarga mereka mempunyai sebuah resort disana dan diuruskan oleh Ashraf sekarang ini memandang dia sudah tua dan tidak larat.

"Everything okay papa. Ramai yang datang resort kita termasuk pelancong luar negara." Beritahu Ashraf.

"Bolehlah nanti kamu bawa Maya pergi resort tu. Lagipun dah lama Maya teringin nak pergi kan sayang?" Maya disebelah Puan Haliza sudah menggedik. Dia ketawa sinis melihat Emylia yang diam itu.

"Dah kenapa anak aku nak kena bawa Maya pergi sana? Pergilah sendiri." Marah Puan Haira. Dari semalam dia bersabar dengan Puan Haliza yang tidak habis-habis mencari pasal dengan menantunya.

"Apa salahnya kak long? Biarlah diorang spend time sama-sama." Balas Puan Haliza sengaja ingin menyakitkan hati Emylia.

Emylia hanya pekakkan telinga dan melayan anaknya.

"Memang salah sebab Ashraf tu dah ada isteri. Kamu jangan nak menggatal sangat ya Maya. Ingat kamu tu anak dara. Tak malu ke." Bidas Puan Haira pedas. Wajah Maya terus masam. Dia terus bangun dan berjalan keluar dari ruang makan sambil menghentak kaki tanda protes.

'Hentak-hentak aku kerat kaki tu kang!' Puan Haira menjeling anak saudaranya itu.

"Emy nak balik rumah ibu kan? Bila?"  Puan Haira menyoal menantunya.

Emylia mengangguk. "Ya mama. Kitaorang balik lepas lunch nanti."

"Sayang makanlah. Biar abang yang suapkan Irisa pula." Ashraf mengambil mangkuk yang berisi bubur nasi dari tangan Emylia.

"Thanks abang."

-----

RAISYA mengusap perutnya yang semakin besar itu. Hari ini genap enam bulan. Masih berbaki tiga bulan sebelum dia melahirkan. Tidak sabar rasanya mahu menunggu kelahiran anak keduanya bersama Aryan. Ayden pun tak sabar nak tengok adik dia.

Ayam yang berada di dalam kuali digaul. Hari ini Raisya hanya memasak ayam masak merah dan nasi tomato. Aryan request nak makan. Tiba-tiba mengidam katanya. Entah siapa yang mengandung. Haha.

"Sayang." Suara Aryan kedengaran dari ambang dapur.

Cup!

Ciuman dilabuhkan di pipi Raisya sebelum tangannya naik memeluk pinggang isterinya. Raisya mengerling sekilas wajah suaminya melalui ekor mata.

"Mana Ayden?"

"Ada dekat ruang tamu. Main lego."

"Abang lepas kejap. Raisya nak ambil air. Haus." Ditepuk perlahan tangan Aryan yang melingkar di pinggangnya.

"Biar abang ambilkan."

"Terima kasih abang." Raisya mengambil segelas air kosong yang dihulurkan oleh Aryan.

"Mummy daddy!"

Terkedek-kedek Ayden berlari mendekati mummy dan daddy nya.

"Mummy I is hungry. I want to eat." Ayden mengusap perutnya dengan bibir yang memuncung ke depan.

Raisya ketawa kecil. Comel.

"Sekejap ya sayang. Mummy hidangkan."

"Biar abang tolong."

Malam itu Raisya berdiri di luar balkoni bilik sambil melihat bintang di langit. Cantik. Angin yang bertiup perlahan menampar lembut tubuhnya.

"Sayang. Kenapa tak tidur lagi?" Tanya Aryan yang baru masuk ke dalam bilik selepas menidurkan Ayden.

Perut Raisya yang membukit itu dikucup lembut.

"Anak daddy jangan nakal-nakal." Pesan Aryan sambil mengusap perut Raisya.

"Tak sabar nak tunggu baby lahir." Kata Raisya. Minggu lepas dia baru saja membuat pemeriksaan dan doktor mengesahkan bahawa jantina bayinya adalah perempuan.

"Me too sayang." Dahi Raisya dikucup lembut sebelum menarik pinggang wanita itu agar lebih dekat dengannya.

"Abang."

"Hmm."

"Abang jaga anak-anak kita elok-elok nanti kalau Raisya takda." Aryan pandang Raisya bersama kerutan di dahi.

"Sayang cakap apa ni?"

Raisya geleng sambil tersenyum nipis.

"Taklah. Sya cuma pesan je. Kita taktahu apa yang jadi nanti." Raisya mendongak memandang suaminya. Rahang lelaki itu dielus lembut.

"Jangan cakap benda bukan-bukan. Abang tak suka." Raisya angguk lalu mendakap batang tubuh suaminya.

"Yelah. Sorry abang."

-----

tiber update🌚😂

maaf kalau hambar, idea taknak keluar malam ni (:

[C] MRS ARYAN ISKANDARWhere stories live. Discover now