BAB 29

8.5K 309 60
                                    

LANGKAH kakinya dibawa masuk ke dalam rumah agam bak istana itu. Senyuman diberikan kepada wanita yang bergelar sebagai ketua pembantu rumah di kediaman ini. Aryan menaiki lift untuk ke tingkat atas. Sampai sahaja di tingkat atas, Aryan mengetuk pintu bilik kerja sang pemilik rumah ini.

Tok!

Tok!

"Masuk."

Daun pintu ditolak perlahan. Kelihatan seorang lelaki berkaca mata sedang duduk di meja kerjanya. Surat khabar yang dibaca diletakkan di atas meja. Aryan melangkah masuk ke dalam bilik dan berjalan mendekati lelaki tua yang berumur dalam lingkungan 50-an itu.

"Ini emas pusaka milik keluarga kita."  Emas berbentuk segi empat itu diserahkan kepada lelaki tersebut. Dia tersenyum melihat emas itu. Setelah lima tahun emas pusaka ini jatuh ke tangannya kembali.

"I'am proud of you my son." Kata lelaki itu.

"Thankyou papa". Dato Izhan hanya senyum. Dia bangga dengan Aryan kerana dapat merampas emas pusaka milik keluarga mereka semula.

Aryan Iskandar datangnya dari keluarga mafia. Dia menjadi mafia kerana menyambung generasi keluarga. Dia dilatih cara untuk  mempertahankan diri, menembak, memanah, mengendalikan senjata dan sebagainya sejak dari umur 18 tahun.

Emas pusaka itu merupakan emas lama sejak dari zaman nenek moyang mereka lagi. Namun telah dicuri oleh keluarga Fard hanya disebabkan dendam lima tahun yang lalu. Lima tahun emas itu berada di dalam tangan pihak musuh dan kini sudah beralih ke tangan pemiliknya.

"Kamu kena berhati-hati lepasni Aryan. Musuh ada dimana-mana saja. Sentiasa berjaga-jaga dan paling penting isteri kamu. Take care of her. Faham." Pesan Dato Izhan. Sebut sahaja tentang isterinya, dia teringat akan Raisya. Risau dengan wanita itu apatah lagi isterinya sedang mengandung.

Melihat anaknya diam membuatkan Dato Izhan mengerutkan dahinya.

"Are you okay son?"

"I'am okay. Cuma risau dengan Raisya." Dato Izhan mengangguk. Faham akan perasaan anaknya. Siapa saja yang tidak risau apatah lagi Raisya menantunya itu sedang mengandung. Dulu dia juga begitu.

"Raisya tahu kamu siapa?" Faham akan maksud lelaki itu, Aryan menggeleng perlahan. Bagaimana kalau Raisya tahu yang dia adalah mafia? Apakah reaksi wanita itu nanti.

"Papa jangan risau. I will tell her later." Kata Aryan. Dia juga tidak mahu merahsiakan hal ini lebih lama. Sudah tiba masanya Raisya siapa dirinya.

"Papa doakan yang baik untuk kamu."

Pulang saja ke rumah, Aryan terus menuju ke ruang dapur. Dia tahu pada waktu begini isterinya pasti berada di dapur sedang memasak dan menyiapkan makan tengahari. Perlahan-lahan dia mendekati Raisya yang sedang mencuci ikan di sinki.

"Bhaaaa!"

"Arghh!"

Raisya menjerit kuat kerana terkejut dengan sergahan daripada Aryan. Lelaki itu ketawa terbahak-bahak melihat isterinya yang terkejut sehingga habis ikan terjatuh di atas lantai. Haih apalah nasib kau ikan.

Tangan sudah mencekak pinggang. Kembang kempis hidungnya menahan geram melihat Aryan yang sedang ketawa sakan. Amboi seronok dia gelakkan aku ya? Sakit pula hati ni.

"Abang!"

"Hehe sorry sayang." Pinggang wanita itu dipeluk kemas. Kemudian dagunya dijatuhkan di atas bahu Raisya. Dihidu wangian yang terbit dari tubuh wanita itu.

"Abang lepas. Sya nak masak ni."

"Give me five minutes. I miss you." Perlahan sahaja suara lelaki itu ketika ini. Tangan kasar Aryan naik mengusap perut isterinya. Tidak sabar mahu menunggu kelahiran anak mereka.

Raisya menggeleng perlahan. Dah ada dekat depan mata masih rindu ke?

"Anak papa duduk diam-diam okay? Jangan nakal-nakal tau". Perut Raisya dikucup sayang.

-----

RAISYA memanjat naik ke atas katil lalu membaringkan tubuhnya disebelah sang suami. Kedudukan mereka sengaja dirapatkan. Kepala dilabuhkan di atas dada bidang milik Aryan sebelum anak matanya naik memandang lelaki itu. Kusyuk benar hadap ipad. Raisya mencebik. Tak nampak ke isteri dia yang comel ni?

"Abang."

"Hmm."

"Abang."

"Hmm."

Decitan kecil terbit dari bibir wanita itu. Raisya merampas ipad Aryan dan diletakkan di atas night stand.

"Sayang kenapa ni? Bagi balik. Abang tengah baca email---"

"Shhhh!"

Kerutan timbul di dahi lelaki itu tatkala jari telunjuk Raisya melekat di bibirnya. Dah kenapa suruh diam? Aryan bingung. Rasanya takda pula dia buat bising tadi.

"Sayang kenapa ni?"

"I want your attention." Kata Raisya dengan suara dibuat-buat comel sambil mata dikedip-kedip beberapa kali.

Aryan tergelak kecil. "Sayang kenapa comel sangat ni? I want to gigit-gigit You."

Kedua belah pipi Raisya dipicit geram. Kang ada juga yang kena gigit ha! Habis memerah pipi wanita itu. Raisya mencebik. Tahu nak gigit orang je.

Rambut panjang isterinya itu diusap lembut. Kening Raisya dielus perlahan sebelum bibirnya melekap di dahi wanita itu. Wajah cantik Raisya ditatap lama.

"Sayang."

"Ya."

"Abang nak bagitahu sayang sesuatu." Suara Aryan berubah serius.

"Abang nak bagitahu apa?"

Aryan menarik nafas dalam. Kedua belah bahu Raisya dipegang erat. Anak matanya merenung dalam mata wanita itu. Terkebil-kebil Raisya memandang suaminya itu.

"Sayang, you can hate me after I tell you who am I actually. But please.. don't leave me love. I can't because I love you."

Tubuh Raisya dipeluk erat. Terpinga-pinga wanita itu dengan tindakan Aryan. Kenapa dengan lelaki ini? Ada sesuatu yang dia tidak tahu atau apa? Pelukan dilepaskan. Kedua belah bahu wanita dipegangnya.

"Abang kenapa ni? Abang nak bagitahu apa? Sya tak faham."

Nafas ditarik dalam dan dihembus perlahan.

"I'am mafia."

Raisya tercengang. Apakah?

-----

maaf kalau hambar or tak best (:

abaikan typo

tbc..

[C] MRS ARYAN ISKANDARWhere stories live. Discover now