BAB 9

12.1K 406 29
                                    

KELOPAK mata dibuka perlahan-lahan. Raisya bangun dari baring dan menyandar pada kepala katil. Selimut yang hampir melorot ke bawah itu ditarik ke atas semula. Aircond yang terpasang membuatkan tubuhnya berasa sejuk. Dingin lain macam. Tiba-tiba memorinya teringat akan hal semalam.

Anak matanya jatuh memandang tubuhnya yang terdedah di sebalik selimut tebal itu. Tidak semenanya wajahnya membahang tatkala mengingatkan apa yang berlaku semalam. Laju kedua tangannya naik menekup pipi sambil kepala digeleng perlahan. Malu bila teringat akan kejadian semalam di mana dia dan Aryan telah menjalankan tanggungjawab sebagai suami isteri.

Melihat ketiadaan suaminya di dalam bilik tidur mereka, Raisya menarik nafas lega. Mujur Aryan tidak ada, kalau tak lagi malu dia dibuatnya. Tak sanggup nak hadap suaminya itu. Telefon yang ada di atas night stand dicapai. Terbuntang biji mata Raisya melihat skrin telefon. Pukul 9 pagi!

"Alamak aku terlepas Subuh. Ish Aryan ni kenapa tak kejutkan aku? Mama mesti hairan kenapa menantu dia tak bangun lagi. Diorang dah breakfast ke belum"? Bebel Raisya seorang diri. Semalam dia bercadang mahu memasak sarapan pagi buat keluarga mertuanya itu tapi dah bangun lewat pula.

"Mesti mama kata aku ni tipu dia. Yelah semalam beria cakap nak masakkan breakfast tup tup tak jadi". Bibir bawah digigit. Ini semua gara-gara semalam, kalau tidak takdanya dia nak bangun lambat macam ni. Huaaa!

Klek!

Terangkat kepala Raisya apabila mendengar pintu bilik dibuka. Kelihatan Aryan masuk ke dalam bilik sambil memegang ipad di tangannya. Pantas anak mata dikalihkan ke arah lain sambil tangan menggenggam selimut erat. Kang melorot ke bawah tak pasal-pasal free show pagi-pagi ni.

Aryan mendekati katil sambil tersenyum sinis. Macam lah dia taktahu yang Raisya tengah malu sekarang. Tapi ada dia kesah semua tu? Tak.

"Good morning sayang. Kenapa tak mandi lagi ni hm". Bisik Aryan di tepi telinga Raisya dengan suara husky nya. Rambut panjang isterinya yang terjuntai diselit di telinga.

"S-saya nak pergi mandi lah ni". Jawab Raisya. Selimut dipegang erat lalu dia melangkah turun dari katil. Aryan langsung tidak dipandang.

Melihat sang isteri yang tidak memandangnya membuatkan Aryan geram. Dia bergerak mendekati Raisya sebelum mengangkat wanita itu secara bride style. Terjerit kecil Raisya dibuatnya.

"A-Aryan turunkan saya".

"No! Jom aku bawa kau masuk bilik mandi".

Sampai sahaja di dalam bilik mandi, tubuh Raisya diletakkan ke dalam bathtub.

"Mandi. Aku tunggu dekat luar lepastu kita turun breakfast". Kata Aryan.

"Okay".

"Before aku lupa, Terima kasih untuk semalam. I love you wife"!

Kepala Raisya dikucup sayang. Membahang wajah wanita itu apabila Aryan menyebut soal semalam. Malu! Nasib lelaki itu tidak menyakatnya. Bukan tak kenal perangai Aryan tu macam mana.

"I love you too Aryan". Balas Raisya setelah suaminya keluar dari bilik mandi.

-----

Emylia masih tekun mengelap meja walaupun restoran itu sudah pun tutup. Jam hampir menginjak ke angka 12 pagi namun gadis itu masih belum pulang.

Drutt..

Telefon bimbit yang bergetar di dalam poket seluar diambil. Gadis itu mendengus kecil apabila melihat nama si pemanggil. Siapa lagi kalau Encik Malik iaitu ayah tirinya. Nafas dihembus perlahan sebelum dia menjawab panggilan tersebut.

[C] MRS ARYAN ISKANDARWhere stories live. Discover now