GENAP dua hari Raisya ditahan di wad. Selama dua hari ini Aryan menjaganya dengan sangat baik. Makan disuap. Mandi? Lelaki itu tolong mandikan. Tidur? Lelaki itu juga dodoikan. Sejak masuk hospital bukan main manja isterinya itu. Kepala Raisya diusap perlahan sebelum bibirnya mendarat di dahi wanita itu. Tangan Raisya pula dielus lembut. Wanita ini sangat memerlukan sokongannya sekarang ini.
"Sleep well love. I'am here for you."
Selimut ditarik hingga ke paras dada. Wajah Raisya direnung lama sebelum Aryan bergerak masuk ke dalam bilik air untuk membersihkan diri. Sudah dua hari dia tidur di hospital untuk menjaga isterinya. Lagipun itu sudah menjadi tanggungjawabnya sebagai seorang suami.
Usai membersihkan diri dan menunaikan kewajipan, Aryan membaringkan tubuh di atas single bed yang disedikan di dalam wad yang menempatkan isterinya. Tangan diletakkan di atas dahi sebelum memejam mata.
"Hiks.. anak mama.."
Tidak sampai beberapa minit, mata yang terpejam kembali terbuka luas tatkala suara Raisya menghentam gegendang telinga. Aryan bangun daripada pembaringan lalu mendekati isterinya. Air mata yang bergelinang membuatkan hati lelaki itu dipaut perasaan risau.
"Abang.." Panggil Raisya dalam keadaan separuh tidur itu. Mengigau mungkin.
"I'am here sayang." Ubun-ubun Raisya dicium sekilas. Tangan wanita itu digenggam erat.
"Abang.."
Perlahan-lahan kelopak mata Raisya terbuka. Anak matanya bergerak memandang Aryan disebelah yang sedang memegang erat tangannya. Tanpa dipinta, air mata wanita itu mengalir laju.
"Hey, kenapa ni?" Aryan menanya lembut. Rambut wanita itu diusap perlahan.
"Baby.. Raisya rindu anak kita." Kedengaran sayu suara wanita itu.
"Shh.. jangan nangis okay." Pujuk Aryan. Dia turut merasa kehilangan anak mereka namun lelaki ini harus tampak kuat di hadapan isterinya kerana wanita itu sangat memerlukan sokongan darinya.
"Tidur. Dah lewat ni sayang."
Raisya menggeleng. "Saya tak boleh tidur. Abang temankan please.."
Tubuhnya digenjak sedikit bagi memberi ruang kepada lelaki itu tidur sekatil dengannya. Mujur katil ini besar boleh memuatkan dua orang. Tanpa kata Aryan terus naik memanjat katil dan membaringkan tubuh di sebelah isterinya. Pinggang ramping milik Raisya dipeluk manakala sebelah lagi tangannya naik mengusap kepala wanita itu.
Raisya berasa tenang berada di dalam pelukan suaminya.
"I'am sorry abang sebab tak jaga anak kita elok-elok." Dia rasa bersalah terhadap lelaki itu walaupun itu bukan salahnya.
"Bukan salah sayang. Its okay takda rezeki. Kita boleh cuba lagi." Rambut yang menutupi separuh wajah isterinya diselit ke telinga. Mata Raisya yang berkaca-kaca itu ditenung dalam.
"I love you sayang."
"Me too. Thankyou sebab selalu ada dengan saya."
Aryan mencium bibir wanita itu. Lama. Raisya hanya memejamkan mata sebelum dia terlelap dengan sendirinya.
"Goodnight. Sweet dream my love."
-----
MERCEDES AMG A45 milik Aryan Iskandar berhenti di hadapan kediaman mertuanya. Setelah tiga hari ditahan di hospital Raisya dibenarkan pulang. Memandangkan wanita itu keguguran, dia harus berpantang seperti orang yang baru lepas bersalin. Awal-awal lagi Puan Nurin sudah memberitahu bahawa dia mahu menjaga Raisya sepanjang tempoh berpantang selama dua minggu. Aryan ikutkan saja memandangkan Puan Nurin lebih arif dalam hal-hal seperti ini.
Masuk saja ke dalam bilik, Raisya membaringkan tubuh di atas katil. Teddy bear yang ada di kamar tidurnya ini dipeluk erat. Aryan tersenyum kecil melihat isterinya sebelum dia juga turut naik ke atas katil. Rambut wanita itu dielus lembut sebelum mendekatkan jarak mereka.
"Abang, lepasni abang balik rumah atau stay sini dengan saya?" Tanya Raisya.
"Abang duduk sini dengan sayang. Lagipun abang dah ambil cuti dua minggu nak jaga sayang." Balas Aryan. Dia akan bercuti selama dua minggu untuk menjaga isterinya. Raisya hanya diam sambil merenung wajah lelaki itu. Dia terharu. Lelaki itu sanggup ambil cuti panjang hanya untuk menjaganya.
"Maaf kalau saya susahkan abang."
"Itu tanggungjawab abang untuk jaga sayang. You are my wife." Dahi Raisya dikucup sekilas.
Senyuman nipis dihadiahkan buat lelaki itu. Dia beruntung kerana memiliki Aryan. Seorang lelaki dan suami yang bertanggungjawab.
"Terima kasih abang. Nanti dah habis pantang abang claim hadiah."
"Betul ni?" Raisya mengangguk yakin.
"Okay. Tak sabar nak claim."
Mengecil mata Raisya memandang suaminya yang sedang tersenyum nakal itu. Hm something fishy.
Jangan minta nak kahwin lagi satu sudah!
---
abaikan typo
tbc..

YOU ARE READING
[C] MRS ARYAN ISKANDAR
RandomCompleted√ Disebalik kemanisan lelaki ini, terselit kedinginan dan kekejaman. "Rose is red, ocean is blue, everyday I want to say I love you". - Aryan Iskandar Namun siapa sangka lelaki bermulut manis ini seorang mafia yang berpengaruh dan k...