BAB 27

9K 324 66
                                    

SEAWAL jam 8 pagi, Hayfa sudah berada di AR Holding. Dia berasa sedikit semangat untuk bekerja hari ini kerana semalam dia langsung tidak melihat kelibat Aryan di pejabat. Mungkin lelaki itu sibuk dan ada kerja di luar. Malas dia mahu bertanya kepada Fina iaitu setiausaha Aryan. Nanti di cop busy body pula.

Ting!

Pintu lift terbuka. Hayfa menapak keluar daripada kotak lift tersebut sebaik sahaja tiba di tingkat tiga dimana terletaknya pejabat pengarah syarikat ini. Langkah kakinya dibawa menuju ke arah Fina yang sedang makan di mejanya. Gadis itu nampak sangat tenang. Tidak seperti hari biasa kalut semacam.

"Morning Fina. Amboi rilex je saya tengok awak harini. Tuan Aryan belum datang lagi ke"? Tanya Hayfa walaupun dia tahu lelaki itu belum datang. Sengaja bertanya sekadar ingin berbual.

"Tuan Aryan cuti empat hari". Dahi Hayfa berkerut. Aryan cuti?

"Erm.. dia pergi mana? Ke tak sihat"?

Fina mengangkat bahu tanda tidak tahu. Takda pula Aryan memberitahunya. Cuma lelaki itu kata yang dia cuti empat hari sebab nak pergi Terengganu. Tujuan bosnya pergi ke negeri pantai timur itu juga dia tidak tahu kenapa.

"Saya taktahu tapi dia cakap nak pergi Terengganu. Mungkin bawak Puan Raisya honeymoon kut". Tebak Fina membuatkan raut wajah Hayfa berubah. Aryan pergi berbulan madu bersama Raisya?

Hati Hayfa dijentik perasaan cemburu walaupun dia tidak sepatutnya mempunyai perasaan itu. Melihat Hayfa yang diam membuatkan Fina hairan. Tangan dilambai-lambai di hadapan wajah gadis bertudung bawal biru itu.

"Hello are you okay"?

Hayfa tersenyum hambar. Kepala diangguk perlahan.

"Saya pergi dulu. Banyak kerja yang belum settle lagi". Pamit gadis itu lalu dia beredar menuju ke tempat kerjanya.

Punggung dilabuhkan di atas kerusi. Patutlah semalam Aryan tidak ada di pejabat, rupanya lelaki itu pergi ke Terengganu bersama Raisya. Memikirkan hal itu membuatkan Hayfa tidak ada mood hendak menyiapkan kerja.

Samsung Note 10 miliknya diambil. Ikon instagram ditekan ingin melihat jika Raisya ada up story atau memuat naik gambar. Tekaan gadis itu tepat sekali apabila melihat Raisya memuat naik gambar di instagram nya.

Perasaan cemburunya semakin membuak-buak apabila melihat Raisya meng-upload gambarnya bersama Aryan di tepi pantai. Sangat mesra. Mereka nampak serasi sebagai pasangan suami isteri. Sedikit sebanyak Hayfa merasakan peluangnya untuk mendapatkan cinta Aryan sangat tipis.

"Beruntungnya kau Raisya dapat Aryan. Dia lelaki yang baik".

Gumam Hayfa perlahan sebelum meletakkan telefon di atas meja. Skrin komputer yang bernyala dipandang kosong. Fikirannya menerawang memikirkan Aryan dan Raisya. Entah apa yang dilakukan oleh mereka sekarang.

-----

ARYAN menanggalkan bajunya lalu dicampak ke atas lantai. Kini lelaki itu hanya shirtless. Dia dan Raisya berada di kolam renang atau lebih tepat private pool. Hanya mereka berdua disitu. Raisya duduk di tepi kolam sambil merendamkan kaki ke dalam air sementara Aryan sudah terjun ke dalam kolam renang.

"Enjoy the view". Aryan menarik senyuman nakal sambil menjungkit sebelah keningnya. Sengaja dia mendepa kedua tangannya menayang badan dia yang berketak-ketak tu erm.

Mengecil mata Raisya memandang lelaki itu. Mujur sekarang mereka berada di private pool. Kalau tak habis orang lain nampak badan dia yang sexy tu. Tak boleh! Tak boleh! Cuma Raisya je boleh tengok. Eh? Haha.

Raisya membuat muka toya. Malas dia hendak melayan lelaki itu. Percikan air yang mengena tepat pada wajah wanita itu membuatkan dia menjerit kecil. Anak matanya tajam memandang Aryan yang sedang ketawa di dalam kolam.

"Abang! Habis basah muka Sya yang comel ni"!

Sempat wanita itu berseloroh di hujung ayat sebelum melipat tangan ke dada sambil bibir dimuncungkan ke depan. Pecah ketawa Aryan melihat isterinya mengomel. Amboi sempat lagi kan perasan yang dia comel.

Aryan berenang mendekati Raisya di tepi kolam. Hidung wanita itu ditarik perlahan.

"Perasan comel".

"Memang saya cute pun". Aryan membuat muka menyampah. Suka angkat bakul sendiri. Eh bukan kau pun sama ke Aryan?

"Kita stay sini berapa hari"? Raisya bertanya memandangkan Aryan tidak memberitahu berapa lama mereka bercuti disini.

"Lusa kita balik. Abang ada kerja".

Terus masam wajah Raisya. Dia masih belum puas bercuti. Banyak lagi tempat menarik di Terengganu ini yang dia belum pergi.

"Cepatnya. Tak boleh ke kita stay sini lama sikit? Takpun abang baliklah dulu tinggal Sya dekat sini". Cadang Raisya membuatkan Aryan memandang isterinya dengan riak wajah 'biar betul'.

"No! Sayang kena ikut abang balik. Berani ke tinggal sorang? Dahlah penakut". Kutuk Aryan selamba. Raisya menjeling tajam wajah kacak lelaki itu. Tahulah dia memang penakut.

Drutt..

Bunyi deringan telefon bimbit mematikan perbualan antara suami isteri itu. Aryan memanjat naik ke atas lalu mengambil telefonnya. Skrin dipandang. Tertera nama Ashraf.

"Kejap abang jawab call". Aryan berdiri jauh daripada Raisya.

Manakala wanita itu hanya melihat si suami sedang bercakap dengan seseorang di telefon. Nampak gaya macam serius je. Entah apa yang mereka bualkan Raisya tidak tahu. Mungkin hal kerja kut.

Tidak lama kemudian Aryan datang semula. IPhone miliknya diletakkan di atas meja kecil sebelum dia terjun ke dalam kolam renang.

"Jom swimming". Ajak Aryan. Tangan isterinya dicapai.

"Saya tak reti swimming". Perlahan suara Raisya memberitahu suaminya.

"Its okay. Abang ada".

Kepala digeleng laju. Dia takut.

Bushhhh!

"Abang"! Jerit Raisya kuat apabila Aryan menariknya jatuh ke dalam kolam.

Pinggang wanita itu dipeluk dari belakang. Aryan menjatuhkan dagunya di bahu kanan wanita itu.

"Let's swimming together".

---

maaf pendek idea ciput😭 makin bosan ke cerita ni? huhu

abaikan typo

tbc..

[C] MRS ARYAN ISKANDARWhere stories live. Discover now