BAB 38

7.6K 293 54
                                    

Seminggu kemudian..

KEADAAN Raisya makin teruk selepas kepergian Aryan. Wanita itu kerap berkurung di dalam bilik dan termenung sendirian. Makan juga tidak menentu menyebabkan badannya semakin kurus. Kadang-kadang dia langsung tidak bercakap dengan ahli keluarganya kecuali mereka yang menegur. Itupun hanya sepatah yang dijawab.

Datin Mariana dan Dato Izhan memerhati menantu mereka yang duduk termenung sambil merenung ke luar balkoni bilik. Raisya berada di rumah keluarga mertuanya memandangkan Datin Mariana mengatakan bahawa dia dan keluarga Raisya akan bergilir menjaga wanita itu.

"Ana, awak pergilah masuk. Bagi Raisya makan." Kata Dato Izhan kepada isterinya. Datin Mariana melangkah masuk ke dalam bilik sambil membawa dulang yang berisi nasi ayam dan segelas air kosong.

Dulang itu diletakkan di atas meja sebelum Datin Mariana menghampiri menantunya. Bahu Raisya disentuh perlahan membuatkan wanita itu tersentak. Pantas Raisya menyeka sisa air matanya. Senyuman senipis bawang diukirkan buat ibu mertuanya.

Anak mata Datin Mariana terpaku ke arah gambar perkahwinan Raisya dan Aryan. Sebak hatinya melihat Raisya sedang memeluk gambar tersebut. Air mata yang hendak jatuh sedaya upaya ditahan. Tidak mahu menangis di hadapan menantunya.

"Raisya mama ada bawakan makanan. Sya makan ya." Datin Mariana menghulurkan pinggan yang berisi nasi ayam itu kepada Raisya.

"Terima kasih mama. Nanti Sya makan. Takda selera nak makan sekarang ni."
Walaupun perutnya sedang berbunyi minta diisi namun seleranya hilang. Kalau dipaksa makan pun pasti dia akan muntah. Jadi lebih baik dia tidak makan daripada memuntahkan makanan itu. Membazir pula nanti.

Datin Mariana tersenyum nipis. Dia faham apa yang dirasakan oleh wanita itu. Dia sebagai ibu sangat terkesan dengan kehilangan Aryan apatah lagi Raisya sebagai isteri anaknya itu.

Pinggan tersebut diletakkan di atas dulang semula. Bahu Raisya diusap perlahan.

"Nanti Raisya makan ya. Jangan biarkan perut tu kosong. Nanti sakit." Pesan Datin Mariana.

Raisya mengangguk.

"Mama keluar dulu."

Hilang sahaja kelibat Datin Mariana, Raisya kembali menatap gambar perkahwinannya bersama Aryan. Melihat lelaki itu tersenyum bahagia di dalam gambar membuatkan Raisya merindukan senyuman Aryan. Kini dia tidak melihat senyuman suaminya lagi.

"I miss you abang."

Tiba-tiba dia teringatkan kata-kata Aryan sewaktu lelaki itu menjaganya ketika sedang berpantang. Bibirnya mengukir senyuman nipis mengingatkan tentang itu.

"Sayang makan ya? Biar cepat sihat. Lepas habis pantang sayang cakap je nak makan apa. Abang belanja." Terus bersinar anak mata milik Raisya. Wah food hunting lah kita lepasni. Boleh paw Aryan puas-puas!

"Betul ke ni?"

"Anything for you."

"Terima kasih abang."

Tanpa dipinta air mata Raisya mengalir turun membasahi pipi.

"Nampaknya abang tak sempat nak belanja Raisya makan."

-----

PAGI itu, Dato Izhan pergi ke AR Holding memandangkan tiada siapa yang akan menguruskan syarikat itu sejak kepergian Aryan. Jadi dia akan mengambil alih syarikat buat masa ini. Bila sudah tiba masanya nanti, dia akan menyerahkan AR Holding kepada Raisya.

"Selamat pagi Dato."

"Selamat pagi."

Dato Izhan membalas teguran daripada beberapa orang staff yang menegurnya. Dia sudah meminta Ashraf iaitu orang kanan Aryan memaklumkan kepada semua pekerja bahawa dia akan mengambil alih tempat Aryan bermula harini dan sekaligus menjadi majikan mereka.

Fail yang menyimpan laporan kewangan itu diselak dan diteliti oleh Dato Izhan. Setiap bulan syarikat ini mendapat keuntungan yang lumayan. Banyak income yang masuk. Hampir 100 juta yang masuk setiap bulan.

Sesaat anak mata lelaki tua itu terpaku ke arah dua buah frame yang berada di atas meja kerja Aryan. Tersenyum Dato Izhan melihat gambar mereka sekeluarga dan gambar perkahwinan Aryan dan Raisya di atas meja.

Tok!

Tok!

"Masuk."

Daun pintu ditolak perlahan. Dato Izhan tersenyum ke arah Ashraf dan Fakhrul. Namun senyumannya mati tatkala melihat seseorang yang memakai hoodie berwarna melangkah masuk ke dalam bilik. Kepala lelaki itu ditutupi oleh topi hoodie dan wajahnya tidak kelihatan kerana memakai mask.

"Siapa dia ni?" Dato Izhan memandang Ashraf dan Fakhrul.

Perlahan-lahan tangan lelaki itu menarik topi hoodie yang menutupi kepalanya. Mask pula ditanggalkan sebelum dia memandang tepat ke arah lelaki tua di hadapannya itu.

Lelaki itu menarik senyuman sinis membuatkan Dato Izhan tergamam.

---

tiba2 rasa nak update malam ni

abaikan typo

tbc..

[C] MRS ARYAN ISKANDARWhere stories live. Discover now