SPECIAL CHAPTER 4

6.3K 282 26
                                    

Beberapa bulan kemudian..

Malam itu Raisya tidak dapat tidur dengan nyenyak. Sesekali dia mengiring badan ke kanan dan ke kiri. Raisya mengusap perutnya yang besar itu. Usia kandungan sudah mencecah sembilan bulan. Dijangkakan dia akan melahirkan anak keduanya pada minggu depan.

"Baby lapar ya?" Soal Raisya. Tangan masih setia mengusap perutnya. Tiba-tiba pula lapar tengah malam ni. Padahal tadi dia dah makan banyak.

Dikerling sekilas Aryan yang sedang tidur. Malas mahu kejutkan lelaki itu, Raisya melangkah turun dari katil lalu menuju ke tingkat bawah. Ruang dapur menjadi keutamaannya.

Tudung saji dibuka. Terukir senyuman lebar di bibir wanita itu apabila melihat semangkuk macaroni cheese yang menggiurkan. Nasib ada lebih tadi. Raisya melabuhkan duduk di atas kerusi sebelum menarik mangkuk itu supaya lebih dekat dengannya. Sudu dicapai. Baru hendak membaca bismillah,  kedengaran suara seseorang dari ambang dapur.

"Sayang. Buat apa tu?"

Raisya tersengih. "Makan. Baby lapar."

Raisya memuncungkan bibir sambil mengusap perutnya.

"Baby ke mummy yang lapar hm?" Soal Aryan mengusik. Raisya terus cemberut. Ditolak semula mangkuk itu ke depan. Sejak kebelakangan ni dia memang agak sensitif ye, taktahu kenapa hm.

"Abang ni. Baby tau yang lapar. Bukan Raisya. Abang sebenarnya nak cakap Raisya kuat makan kan? Abang nak cakap yang saya ni dah gemuk!" Dada Aryan ditampar berulang kali. Geram. Bibir Raisya tercemik-cemik menahan tangis.

"Hey hey sayang kenapa cakap macam tu? Sorry okay. Abang cuma bergurau. Sayang kan tengah mengandung. Bukannya gemuk. Dah-dah taknak menangis." Pujuk Aryan. Belakang wanita itu diusap perlahan. Haih sabar jelah mak buyung ni.

"Hmmphh! Yelah tu. Abang jangan gatal nak pasang dua ya. Jangan nak jadi 'Sol' pula." Raisya memberi amaran. Dahi Aryan berkerut. Sol? Sol sapa pulak dah?

"Sol?"

"Yelah Sol! Abang ni benda viral pun taktahu--"

Cup!

Terdiam Raisya apabila bibirnya dikucup oleh Aryan. Lelaki itu tersenyum nakal sebelum melepaskan bibir isterinya.

"Abang ni suka ambil kesempatan."

"Mana ada ambil kesempatan. Tu nama nak tambah pahala cium isteri." Jawab Aryan sambil menjongketkan kening. Raisya memutarkan bebola matanya. Banyaklah dia punya pahala.

"Laparkan? Abang suapkan sayang ya." Rambut Raisya dielus lembut.

"Thankyou abang. I love you." Mood Raisya nya terus membaik apabila Aryan mahu menyuapkan makanan.

Manja dengan suami sebelum beranak nanti. Hm.

"Auwhh!"

Raisya menjerit kecil tatkala perutnya berasa sakit.

"Sayang. Are you okay?" Aryan cemas.

Berkerut wajah Raisya menahan sakit. Baju Aryan digenggam erat. Air matanya mula menitis jatuh ke pipi.

"S-sakit. B-baby dah nak keluar."

"What?!"

Aryan meramas rambutnya kasar sebelum mengangkat tubuh Raisya. Kenapa anaknya suka buat hal nak keluar awal? Sepatutnya minggu depan due date. Sama seperti Ayden dulu, lahir awal dari tarikh jangkaan.

Mujur Ayden tiada di rumah kerana anaknya itu menginap di rumah orang tuanya. Kalau tak lagi kalut lah Aryan dibuatnya.

Sampai sahaja di hospital, Raisya terus dibawa masuk ke dalam labour room. Aryan menggenggam erat tangan wanita itu, memberi semangat dan kekuatan untuk isterinya melahirkan anak mereka.

"I'am here with you sayang." Dahi Raisya dikucup lembut.

"Push lagi puan. Dah nampak kepala." Arah doktor perempuan itu.

Raisya menarik nafasnya dalam sebelum meneran. Dia penat kerana terlalu banyak menggunakan tenaga.

"Arghh!"

"Lagi puan. Push lagi."

"Arghh!"

"Alhamdulillah. It's a girl." Kata doktor perempuan yang menyambut bayi itu.

Aryan melakarkan senyuman bahagia. Kepala Raisya diusap perlahan sebelum dia melabuhkan ciuman disitu.

"I'am tired abang. T-tolong j-jaga anak kita." Lemah saja suara Raisya ketika itu. Wajah dan bibirnya pucat.

"Hey..kenapa cakap macam tu sayang? Jangan cakap bukan-bukan please. Abang tak suka." Tangan Raisya yang digenggam erat dibawa ke bibir. Dikucup tangan milik isterinya.

"Raisya sayang dan cintakan abang."

"Abang cintakan sayang juga more than you know." Dahi Raisya dicium berkali-kali.

Wanita itu mengukir senyuman lemah sebelum matanya perlahan-lahan tertutup.

"Sayang!"

"Sayang! Bangun sayang! Don't leave me!"

---

rindu tak story ni? sorry lama tak update sbb busy😭

yeay baby girl.

jumpa anda di bab yang seterusnya.

[C] MRS ARYAN ISKANDARWhere stories live. Discover now