BAB 25

9.8K 333 55
                                    

LUGGAGE dimasukkan ke dalam bonet kereta sebelum lelaki berambut keperangan itu membolos masuk ke dalam perut kereta di bahagian pemandu. Wajah cemberut Raisya dipandang sekilas. Biarlah, nanti kita pujuk. Aircond dihidupkan sebelum BMW milik Aryan bergerak keluar meninggalkan perkarangan banglo mewah itu.

Mana tak cemberut je Raisya, pagi tadi selepas sarapan, lelaki itu menyuruhnya packing baju. Bila ditanya nak buat apa, Aryan tidak menjawab malah dia yang mengemas bajunya dan juga baju isterinya tadi. Nak tak nak, terpaksa juga Raisya mengikuti suaminya.

Lebuhraya menuju ke timur itu hanya lenggang. Tidak ada banyak kenderaan yang lalu. Suasana di dalam kereta sepi tanpa sebarang suara dari Aryan mahupun Raisya. Hanya radio yang memecahkan kesunyian di antara mereka.

"Kita nak pergi mana"? Terbit senyuman kecil di hujung bibir Aryan tatkala suara Raisya menyapa telinga. Ingat dah tak sudi nak bercakap dengan dia.

"Holiday. Dekat Terengganu". Kerutan timbul di dahi wanita itu. Bercuti? Seriuslah lelaki itu mahu membawanya bercuti di Terengganu?

Takda angin takda ribut tiba-tiba bawa pergi holiday. Bukannya reti nak pujuk kita. Geram betul lah! Raisya melipat tangan ke dada lalu memandang ke luar tingkap. Sudah lama dia tidak berjalan jauh. Sesekali Aryan mengerling ke arah isterinya.

"Tidurlah. Lambat lagi nak sampai".

"Hmm". Gumam Raisya perlahan sebelum memejamkan mata.

Namun matanya kembali terbuka luas apabila terasa tangannya digenggam erat oleh Aryan. Manakala sebelah lagi tangan lelaki itu memegang stereng kereta.

"Tidur sayang

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Tidur sayang. Nanti abang kejutkan okay". Separuh berbisik Aryan berkata dengan suara husky nya. Raisya terkebil-kebil seketika. Kenapa suara lelaki itu buatkan dia rasa tergoda?! Kenapa?!

Pantas kepala dipaling ke arah tingkap. Mata cuba dipejam rapat. Raisya jangan cair! Masih terlalu awal! Keras wanita itu bersuara di dalam hati.

Tidak sampai beberapa minit, Raisya mula terlelap. Aryan tersenyum kecil melihat wajah polos isterinya ketika tidur. Nak jadi mak orang pun still comel! Isteri siapalah ni.

BMW milik Aryan memasuki kawasan perhentian rehat. Kereta diparkir di tempat letak kereta. Tidak terlalu ramai orang disini memandangkan sekarang ini bukan musim bercuti. Seatbelt ditanggalkan sebelum Aryan mencuit perlahan bahu Raisya.

"Sayang bangun". Lengan wanita itu digoncang perlahan.

"Hmm.." Gumam Raisya. Tidak suka tidurnya diganggu.

"Sayang bangun. Kita makan dulu". Kali ini lengan wanita itu digoncang sedikit kuat menyebabkan Raisya berdecit. Kacau betul orang nak tidur. Sangkakan hendak bangun ternyata tidur lagi.

"Okay taknak bangun. I will kiss your lips". Ugut Aryan. Bibirnya didekatkan dengan bibir pink wanita itu. Terukir senyuman nakal di bibir lelaki itu apabila masih tidak ada tanda-tanda yang Raisya akan bangun.

Cup!

Terbuka luas mata bundar Raisya tatkala ada sesuatu yang hinggap di bibirnya. Makin besar matanya apabila melihat bibirnya sudah bertemu dengan bibir suaminya. Pantas kedua belah tangan naik menolak dada lelaki itu. Tersandar terus tubuh Aryan di pintu kereta. Kuat jugak Raisya menolaknya.

"Eiii! Apa awak buat ni Aryan?! Sengaja ambil kesempatan kan. Gatal"! Hambur wanita itu geram. Boleh pula lelaki itu mencium bibirnya ketika dia sedang tidur. Ini namanya kesempatan dalam kesempitan.

Mengekek Aryan ketawa melihat Raisya. Marah pun masih comel. Ada juga yang kena gigit kang!

"Abang kejut sayang bangun tapi taknak bangun. So I decide to kiss your pretty lips. Ermm.. rasa strawberry". Ternaik hujung bibir lelaki itu bersama riak wajah nakal. Membahang wajah Raisya dibuatnya. Terasa panas dengan usikan lelaki itu. Rasa macam nak sorok muka dalam periuk.

"Dasar pervert". Gumamnya perlahan sebelum melepaskan seatbelt. Raisya melangkah keluar dari kereta terlebih dahulu meninggalkan Aryan.

-----

ARYAN menongkat dagu sambil menatap wajah cantik Raisya. Makanan yang terhidang di atas meja langsung tidak dimakan. Wanita itu usah dikata, mukanya sudah merah bak tomato. Dia malu dan segan apabila ditatap seperti itu. Walaupun masih marah tapi kalau dengan suaminya ini dia tidak boleh menahan diri. Mudah sangat jatuh cair.

Perbuatan Aryan membuatkan Raisya berasa kurang selesa. Gaya lelaki itu yang sedang menongkat dagu sambil menatapnya dengan senyuman lebar membuatkan jantungnya berdegup laju. Tidak dinafikan, lelaki ini pandai mengambil hatinya semula.

Manakala Aryan tidak berhenti ketawa di dalam hati melihat wajah Raisya yang sudah merah itu. Tahu sangat yang wanita itu malu dan segan.

Sya jangan cepat cair sangat, kita tengok sejauh mana dia nak pujuk kau!

Bisik hati wanita itu, memberi semangat buat dirinya. Tidak sampai beberapa minit makanan yang dipesan sampai. Raisya dan Aryan memesan menu yang sama iaitu bihun goreng dan ice lemon tea. Ingat sweet ke?

"Tengok apa? Makanlah". Jelingan tajam diberikan buat lelaki itu. Aryan tertawa kecil. Garangnya mommy to be ni. Pembawakan budak kut.

"Taknak makan sebab dah kenyang tengok sayang".

Raisya memutarkan bebola matanya ke atas. Manis sangat ayat tu. Ingat orang cair ke? Tak langsung!

"Ha eloklah tu membazir". Perlinya membuatkan Aryan tersenyum.

"Sayang kan ada? So nanti tolong habiskan". Selamba Aryan berkata membuatkan Raisya ternganga kecil. Amboi senangnya suruh kita makan.

"Awak ingat perut saya ni tong ke apa nak sumbat makanan banyak-banyak. Kalau taknak makan sudah, nanti jangan mengadu lapar pula dalam kereta". Ujar Raisya panjang lebar. Lantaklah nak makan ke tak yang penting dia sekarang ni dah kenyang. Haha.

"Apa susah kalau abang lapar nanti.."

Sengaja Aryan membiarkan ayatnya tergantung. Dia merapatkan wajahnya dengan Raisya.

"Kalau lapar nanti.. abang makan sayang". Bisik lelaki itu dengan suara yang menggoda.

Oh! Please Aryan!

---

author akan cuba buat lagi sweet untuk next bab😭

abaikan typo

tbc..

[C] MRS ARYAN ISKANDARWhere stories live. Discover now