BAB 15

10.2K 364 19
                                    

RAISYA yang sibuk menghias kek dengan buah strawberry itu tersentak tatkala seseorang merangkul pinggang rampingnya dari belakang. Bahu kirinya terasa berat apabila si dia melabuhkan dagunya di situ. Sudah dapat dia menduga gerangan yang memeluknya itu. Siapa lagi kalau bukan Aryan Iskandar?

"Kau buat apa tu"? Soal Aryan dengan nada suara yang perlahan. Raisya mengerling sekilas suaminya melalui ekor matanya. Lelaki itu tampak penat. Mungkin banyak kerja yang perlu diselesaikan.

"Hias kek. Cantik tak"?

Aryan mengangguk. "Cantik but my wife more pretty".

Raisya tertawa kecil. Ada-ada saja Aryan ni. Namun tawanya terhenti apabila tangan kasar lelaki itu merayap masuk ke dalam bajunya. Air liur telan payah. Terketar-ketar Raisya yang sedang menghias kek itu.

Pelukan di pinggangnya makin dieratkan dengan sebelah lagi tangan lelaki itu mengusap bahagian belakang badannya. Bibir dikemam rapat dengan mata yang terpejam. Aryan tengah goda dia ke apa sekarang ni?!

"A-awak lepas kejap. S-saya nak buat kerja ni".

"Shhh.. give me two minutes". Bisik lelaki itu dengan suara husky. Aryan mengeluarkan tangannya dari baju Raisya. Wanita itu menarik nafas lega. Boleh pengsan dia kalau macam ni.

Kejung tubuh kecil itu apabila bibir Aryan mula bermain di sekitar lehernya. Raisya tertawa kecil menahan geli. Dahlah dia sensitif di bahagian leher. Aryan ni tahu-tahu yang perempuan memang tak boleh kalau orang usik leher. Haish!

"Aryan stop it"!

"Sorry but your neck is my favourite".

Lelaki itu menarik senyuman sinis sebelum mencium leher Raisya dan meninggalkan tanda di situ.

Tubuh Raisya dipusing supaya menghadapnya. Entah mengapa wanita itu merasakan yang suaminya kelihatan sangat kacak dan hot! Mana tidak nya, kemeja lelaki itu dibiarkan dua butang bahagian atas terbuka, lengan baju pula dilipat sehingga ke siku dan rambut perangnya pula agak messy!

Tidak berkelip mata Raisya menatap suaminya. Raisya kau terpegun dengan ketampanan suami sendiri ke?

"Puas tengok aku? Dah pergi sambung buat kerja sebab malam ni..." Sengaja ayat dibiarkan tergantung.

"Kenapa malam ni"?

Aryan tersenyum nakal lalu mendekatkan bibir di telinga isteri kesayangannya itu.

"Because I want you tonight". Kata Aryan lalu dia berlalu pergi meninggalkan Raisya di dapur.

Pipi wanita itu pula sudah membahang. Dia faham apa yang Aryan maksudkan.

"Sya, fokus kerja. Kalau tak sampai ke esok kau tak siap hias kek ni".

-----

Pulang saja dari kerja, Encik Malik menyuruh anak tirinya itu bersiap-siap. Dia mahu mengajak anaknya ke satu tempat. Katanya ada kawan baiknya yang ingin berjumpa dan mahu berkenalan dengan Emylia.

Emylia hanya mengenakan blaus dan seluar slack hitam. Shawl pula dililit kemas di kepala. Malam-malam macam ni pakai biasa-biasa sahaja. Lagipun dia malas mahu bersiap kerana takut Encik Malik akan tunggu lama. Bukan taktahu angin orang tua tu macam mana.

"Kau takda baju lain ke? Kolot gila style kau. Kawan aku tu dahlah orang kaya. Malu lah pakai macam ni"! Bentak Encik Malik, tidak puas hati dengan pakaian yang dikenakan oleh Emylia.

Gadis itu membelek blaus yang tersarung di tubuhnya. Elok je. Kolot sangat ke pakai macam ni?

Cerewet betul lah orang tua ni!

Rungut Emylia di dalam hati. Ni dah kira cukup baik dia mahu menemani lelaki tua itu.

"Kita nak pergi mana papa"? Emylia memerhati bandar Kuala Lumpur ini pada waktu malam. Cantik. Sudah lama dia tidak keluar jalan-jalan di bandar ini.

Encik Malik tidak menjawab pertanyaan anaknya malah dia terus memandu ke tempat yang dituju. Tidak sampai beberapa minit mereka tiba di lokasi tersebut.

Berkerut dahi Emylia apabila melihat kereta yang dipandu oleh ayah tirinya memasuki kawasan kelab malam.

"Jom".

"Taknak! Emy taknak"! Tolak Emylia. Entah mengapa dia berasa tidak sedap hati.

Encik Malik mengetap bibirnya geram. Pintu dibuka kasar lalu dia turun dari kereta.

"Keluar. Aku tak suka ulang benda yang sama. Keluar atau kau---"

"Fine! Emy keluar". Dengan terpaksa gadis itu keluar dari kereta. Pintu kereta itu dihempas kasar melepaskan geram. Terjegil mata Encik Malik melihat pintu keretanya dihempas begitu saja. Kalau tercabut kau nak ganti ke?

"Malik". Sapa seorang lelaki berbangsa cina itu.

"Jack? Maaf kalau aku lambat". Balas Encik Malik seraya menjeling Emylia yang berdiri di sebelahnya. Tunggu nasib kau lepasni. Getus lelaki itu di dalam hati.

"Ini anak kau"? Tanya Jack. Matanya tidak lepas menatap Emylia. Dia tersenyum sinis. Cantik!

Emylia tidak senang duduk. Pandangan lelaki itu membuatkan dia tidak selesa dan gerun. Sempat anak matanya melirik ke arah Encik Malik dan Jack yang sedang bercakap. Kedudukan mereka sedikit jauh darinya membuatkan dia tidak dapat mendengar apa yang dibualkan oleh lelaki itu.

"Okay deal. Seratus ribu aku bayar". Jack mengeluarkan cek bernila seratus ribu lalu dihulurkan kepada Encik Malik. Lelaki itu tersenyum lebar.

Yeay aku kaya! Kaya! Kaya!

Jerit Encik Malik di dalam hati. Riak wajahnya sangat gembira melihat nilai wang yang banyak itu.

"Jack, kau boleh bawa dia". Tercengang Emylia mendengarkan apa yang dikatakan oleh Encik Malik.

"Kau ikut aku". Tangan kecil gadis itu ditarik kasar.

"Taknak! Lepaslah! Papa tolong Emy"! Jerit gadis itu sambil cuba melepaskan diri daripada Jack. Air matanya menitis ketakutan.

"Diamlah perempuan! Papa kau dah jual kau dekat aku"!

Tergamam Emylia mendengar pertanyaan tersebut. Ju--jual? Encik Malik menjual dirinya kepada lelaki cina ini? Air matanya yang sudah menitis itu mengalir lagi laju.

Tergamak lelaki tua itu menjualnya.

"Sampai hati papa buat Emy macam ni".

---

malam ni last update, minggu depan baru author update balik huhu

abaikan typo

tbc..



[C] MRS ARYAN ISKANDARWhere stories live. Discover now