HARI yang ditunggu-tunggu telah pun tiba dimana Aryan dan Raisya akan di ijab kabul sebentar lagi. Rumah teres dua tingkat milik Encik Hisham dan Puan Nurin dipenuhi dengan kedatangan saudara-mara yang datang dari jauh untuk meraikan hari pernikahan Raisya. Tersenyum gembira pasangan tua itu melihat keluarganya yang berkumpul di ruang tamu rumah.
"Ehem! Senyum sampai ke telinga dah ibu dengan ayah ni. Seronok sangat nampaknya ni. Macam ibu dengan ayah pula nak kahwin". Usik Raykarl sambil berseloroh di hujung ayat. Sesekali dia memberi senyuman kepada saudara-mara yang ada di ruang tamu rumah.
"Apa pula kamu ni. Kami gembira sebab Kak Sya nak kahwin". Balas Encik Hisham. Puan Nurin mengangguk setuju apa yang dikatakan oleh suaminya.
"Yelah Karl tahu. Karl pun happy sebab akak nak kahwin. Finally dapat jugak merasa ada abang".
Encik Hisham dan Puan Nurin hanya tersenyum. Anak bongsunya itu memang teringin nak ada seorang abang tapi nak buat macam mana takda rezeki. Namun dengan kehadiran Aryan di dalam keluarga ini, Raykarl dapat juga merasa ada abang walaupun hanya abang ipar sahaja.
Bunyi deruan enjin kereta menyentak tiga beranak yang berada di ruang tamu rumah.
"Rasanya Aryan dengan family dia dah sampai tu. Jom kita pergi tengok abang". Ajak Puan Nurin. Dia dan suaminya segera mengorak langkah menuju ke halaman rumah. Raykarl pula mengikuti langkah ibu dan ayahnya dari belakang.
Manakala di dalam bilik, Raisya tidak berhenti mundar-mandir. Setelah siap memakai baju pengantin dan bersolek, gadis itu gelisah semacam. Gementar dan berdebar. Boleh dikatakan perasaannya bercampur baur sekarang. Dia seakan tidak percaya bahawa dia akan bergelar isteri kepada Aryan Iskandar sebentar lagi.
"Ya Allah, betul ke aku nak kahwin ni"? Bicara Raisya sendiri.
Gadis itu berdiri di depan cermin wardrobe sambil membelek baju kurung moden berwarna putih yang tersarung di tubuh kecilnya. Kedua belah tangannya naik menekup pipi. Kepala digeleng perlahan. Ya, dia tidak mimpi. Sebentar lagi dia akan berkahwin.
"Sya, are you okay? Pening aku tengok kau ke hulu ke hilir tadi". Teguran dari Emylia iaitu sepupunya menyebabkan Raisya sedar yang dia tidak keseorangan di dalam bilik.
Yelah, kan Emylia yang teman kau bersiap tadi Raisya oi!
Dahi ditepuk perlahan. Akibat terlampau gementar sampai lupa sepupunya itu.
"Aku okay. Biasalah nervous sikit". Emylia tergelak kecil mendengar balasan daripada bakal pengantin itu.
Raisya melabuhkan punggung di birai katil bersebelahan sepupunya. Kedua belah tangannya disatukan. "Emy, aku takut. Nervous. Semua lah"!
Luah gadis itu. Emylia mengeluh perlahan. Dia kenal sangat dengan perangai Raisya yang cepat nervous ni.
Bahu Raisya ditepuk perlahan. "Sya rilek. Tarik nafas. Doa yang baik-baik".
"Yang kau nervous sangat kenapa? Patutnya Aryan yang nervous tau. Yelah kot-kot nanti dia tersebut nama perempuan lain--- Auww"!
Emylia mengaduh sakit apabila Raisya menampar kuat bahunya. Sakit oi! Tangan je kecil tapi kuat ya.
"Kau ni kan janganlah cakap macam tu". Bibir dicebik. Emylia ni bukannya nak tenangkan dia tapi buat dia lagi tak tenang.
"Yelah, sorry okay".
-----
"Aku terima nikahnya Raisya Zahira Binti Hisham dengan mas kahwinnya sepuluh ribu ringgit tunai".

YOU ARE READING
[C] MRS ARYAN ISKANDAR
RandomCompleted√ Disebalik kemanisan lelaki ini, terselit kedinginan dan kekejaman. "Rose is red, ocean is blue, everyday I want to say I love you". - Aryan Iskandar Namun siapa sangka lelaki bermulut manis ini seorang mafia yang berpengaruh dan k...