BAB 41

9K 318 101
                                    

GAUN LABUH yang tersarung di tubuhnya dibetulkan. Shawl yang melilit di kepala dikemaskan sebelum handbag yang berada di atas meja solek dicapai. Puas dengan penampilan dirinya, Raisya segera turun ke bawah.

Malam ini dia akan menghadiri majlis makan malam usahawan yang diadakan di The Grand Hotel. Sepatutnya Dato Izhan yang datang ke majlis itu namun lelaki itu meminta Raisya mewakilinya memandang wanita itu adalah isteri kepada Aryan Iskandar. Ada sebab mengapa Dato Izhan menyuruh Raisya menggantikannya.

Selama dua bulan ini, Raisya banyak belajar tentang bisnes dari bapa mertuanya. Sedikit sebanyak dia mengetahui selok belok dalam dunia perniagaan. Kadang-kadang dia juga akan datang ke AR Holding untuk membantu Dato Izhan menguruskan syarikat.

"Silakan puan." Kata pemandu tersebut lalu membukakan pintu kereta.

"Terima kasih." Balas Raisya bersama senyuman nipis.

"Sama-sama Puan." Pintu kereta ditutup.

Mercedes Benz itu bergerak laju menyusuri jalan raya. Dalam masa 20 minit, mereka tiba di The Grand Hotel.

Pemandu tadi membukakan pintu di bahagian penumpang. Raisya sekali mengucapkan terima kasih kepada lelaki itu sebelum menapak masuk ke dalam bangunan mewah itu.

"Enjoy your dinner sweetie." Kata salah seorang pengawal yang berjaga di depan pintu dewan.

Raisya kerut dahi. Sweetie? Ergh apa-apa jelah. Dia terus melangkah masuk tanpa mempedulikan pengawal yang memakai topi serta mask hitam itu.

'Amboi, sombongnya kau sayang.'

Bisik hati Aryan. Ya, dia lah yang menyamar sebagai pengawal itu.

Dari jauh sepasang mata milik Aryan memerhati seorang lelaki yang elok memakai sut cuba untuk berborak dengan Raisya namun wanita itu tampak kurang selesa.

"Hai. Raisya Zahira right? Isteri arwah Aryan Iskandar." Tegur lelaki itu bersama senyuman manis.

"Ya saya." Jawab Raisya sepatah.

"Saya Zafran Hakimi. Nice to meet you." Tangan dihulur tanda perkenalan namun tidak disambut oleh Raisya. Dia ni taktahu ke bukan muhrim? Haram.

Terus mati senyuman Zafran apabila tangannya tidak disambut oleh Raisya.

"So, awak dah makan?" Zafran cuba untuk berbual. Sesekali matanya meneliti seluruh wajah Raisya. Cantik.

"Erm.. belum." Balas Raisya. Dia perasan yang Zafran asyik merenung wajahnya tadi dan itu membuatkan dia berasa tidak selesa.

Tidak cukup merenung wajah Raisya, Zafran memerhati tubuh wanita itu. Dia tersenyum senget.

'What a nice body'! Jeritnya di dalam hati.

Walaupun dress yang dipakai Raisya agak longgar namun lelaki itu tetap dapat membayangkan tubuhnya.

Manakala Aryan sudah panas hati melihat Zafran dan Raisya. Dia tahu maksud pandangan Zafran terhadap isterinya. Kedua belah tangannya menggenggam penumbuk. Sabar Aryan. Jangan rosakkan majlis ni.

"Eh, You kenapa tercegat dekat sini? Tugas You jaga pintu sana." Kata seorang wanita berusia dalam lingkungan 30-an. Jarinya menghala ke arah pintu.

Aryan menjeling sebelum beredar dari situ.

"Sombong! Dahlah pengawal je." Kutuk wanita itu.

Hampir 2 jam, majlis ini akhirnya tamat juga. Semua orang sudah bersurai dan ingin pulang ke rumah. Raisya pula sedang menunggu pemandu datang di luar hotel.

[C] MRS ARYAN ISKANDARWhere stories live. Discover now