"I'am mafia."
Raisya tercengang. Apakah? Terkedip-kedip matanya memandang Aryan yang berwajah serius itu sebelum dia ketawa terbahak-bahak.
"HAHAHAHA! Abang why you are so funny? Raisya tahu abang suka tengok cerita mafia, action story apa semua tu tapi janganlah claim yang awak tu mafia!" Raisya ketawa lagi sambil memegang perutnya. Agaknya baby dalam perut ketawa tak? Haih kelakarlah papa awak ni.
"Baby papa buat lawak pula malam-malam ni kan." Perutnya disentuh. Wanita itu masih lagi ketawa. Agak-agaklah Aryan ni pun. Haih.
Berkerut dahi Aryan melihat reaksi Raisya. Jadi wanita itu tidak percaya dan menganggap yang dia hanya main-main sahaja? Dia sangka isterinya akan terkejut namun tidak, malah dia yang terkejut dengan reaksi Raisya.
"Sayang, I'am serious." Tegas suara lelaki itu ketika ini. Raisya berhenti ketawa.
"Abang mengarut apa---"
"I'am serious Raisya Zahira! I'am mafia!"
Terus terdiam Raisya tatkala mendengar suara lelaki itu meninggi. Tajam anak mata Aryan menikam anak matanya. Raut wajah lelaki itu tampak dingin dan serius dengan apa yang dia katakan. Pandangan tajam bak helang itu membuatkan Raisya menelan air liur payah. Tidak pernah dia melihat Aryan begini.
Air matanya bergenang. Selama mereka berkahwin Aryan tidak pernah meninggikan suara terhadapnya. Kalau dia ada buat salah lelaki itu akan menegurnya dengan baik. Bukan marah atau tinggikan suara kepadanya. Ini bukan Aryan Iskandar!
"Sayang, abang minta maaf. Abang tak sengaja tinggikan suara. I'am sorry."
Tubuh wanita itu ditarik ke dalam pelukan. Dia tidak sepatutnya meninggikan suara apatah lagi Raisya sedang mengandung. Emosi tidak menentu. Melihat mata Raisya yang sudah berkaca membuatkan Aryan berasa sangat bersalah. Pelukan semakin dieratkan apabila esakan kecil mula kedengaran.
"Shh.. don't cry. Abang minta maaf."
Raisya menolak dada Aryan menjauh darinya. Pelukan mereka terlerai.
"A-abang tipu Raisya kan? Betul ke abang mafia? Raisya tak percaya."
Aryan mafia? Suaminya itu mafia? Tak mungkin. Bagaimana lelaki itu boleh menjadi mafia? Kalau betul kenapa sekarang baru bagitahu. Dia bingung mahu percaya atau tidak. Namun raut wajah Aryan yang tampak serius dengan kata-katanya menampakkan yang lelaki itu bercakap benar.
"Sayang, I'am mafia. Mungkin susah untuk awak percaya tapi abang bagitahu perkara yang benar. Dah 8 tahun abang buat kerja ni dari umur 18 untill now."
Beritahu Aryan membuatkan Raisya kehilangan kata. Anak mata lelaki itu direnung dalam mencari kejujuran. Dia nampak yang Aryan jujur dan tidak bohong. Namun dia sedikit kecewa dengan lelaki itu. Sudah 8 tahun tapi kenapa baru sekarang dia tahu semua ini? Kenapa Aryan tidak menceritakan semuanya dari awal perkenalan mereka?
Kedua belah tangan wanita itu diraih lembut sebelum dicium. Dia tahu wanita itu mungkin terkilan dan kecewa dengannya.
"Kenapa baru sekarang abang bagitahu semua ni?"
"Abang takda niat pun nak rahsiakan semua ni but I have my own reason. Abang tak sedia lagi nak bagitahu sayang semua ni dulu." Ujar lelaki itu sebelum bibirnya sekali lagi mendarat di tangan isterinya.
"I'am afraid if you hate me. Abang taknak sayang tinggalkan abang. I can't lose you because my life isn't' complete without you sayang."
Sebaris ayat itu keluar, air mata Raisya mengalir. Entah kenapa dia berasa sebak. Lelaki itu takut dia akan membencinya? Mana mungkin Raisya membenci Aryan kerana dia sangat mencintai lelaki itu. Siapa pun Aryan, lelaki itu telah menjadi suaminya.

ESTÁS LEYENDO
[C] MRS ARYAN ISKANDAR
De TodoCompleted√ Disebalik kemanisan lelaki ini, terselit kedinginan dan kekejaman. "Rose is red, ocean is blue, everyday I want to say I love you". - Aryan Iskandar Namun siapa sangka lelaki bermulut manis ini seorang mafia yang berpengaruh dan k...