BAB 10

17.8K 593 40
                                    

BMW M5 milik Aryan diparkir di garaj. Hari ini lelaki itu membawa isterinya pulang ke rumah banglo miliknya yang terletak di bandar Kuala Lumpur. Raisya terlebih dahulu melangkah keluar dari perut kereta apabila melihat suaminya itu sibuk dengan telefon.

Terpaku dia melihat rumah banglo suaminya itu. Nampak moden dan elegant! Kawasan luar juga sangat cantik, luas dan bersih. Raisya juga melihat ada kolam ikan dan juga kolam renang. Baru dia hendak menuju ke halaman belakang rumah, tiba-tiba ada yang menarik tangannya dari arah belakang.

Raisya menoleh. Kelihatan Aryan sedang tersenyum kepadanya. "Awak dah kenapa senyum-senyum"?

"Nak pergi mana"? Soalan Raisya tadi dibiarkan tergantung.

"Belakang. Awak cakap ada mini garden kan? So saya nak tengok". Tadi semasa dalam perjalanan ke sini, Aryan ada memberitahu Raisya yang di belakang rumahnya itu ada sebuah taman mini. Raisya apa lagi menjerit seronok lah dia. Boleh buat tempat melepak katanya.

"Nantilah tengok. Jom masuk dulu".

Raisya menurut. Dia masuk ke dalam rumah dahulu sementara Aryan pula mengeluarkan luggage dan barang dapur yang sempat dibeli tadi sebelum datang ke sini.

Bersinar-sinar mata Raisya melihat ruangan dalam rumah tersebut. Perabot dan hiasan tersusun rapi. Rekaan dalaman yang ringkas tetapi nampak sangat cantik. Lantai juga bersih tanpa ada satu habuk pun. Wah! Pandai betul suaminya ini jaga rumah.

"Jom naik atas. I want to show you our bedroom". Kata Aryan. Raisya mengangguk sebelum tangannya memaut lengan sasa lelaki itu. Nak jugak sweet dalam rumah.

Klek!

Tombol pintu dipulas dan pintu bilik tidur itu terbuka. Tidak berkelip mata Raisya melihat bilik tidur mereka dengan mulut yang sedikit ternganga. Sangat luas dan cantik! Bertemakan warna putih dan kelabu membuatkan bilik tidur itu nampak mewah dan mahal. Kenapa rumah suaminya ini cantik sangat?!

"Tutup mulut kalau taknak kena kiss". Bisik Aryan bersama senyuman nakal.

Pap!

Laju tangan Raisya menampar bahu suaminya. "Eii ada-ada je awak ni kan".

"Semua dalam rumah ni awak deco ke"? Tanya Raisya sambil berjalan memerhati ruangan bilik mereka. Punggung dilabuhkan di atas birai katil.

"Ya semua aku yang buat. Kenapa"?

"Cantik. Pandai awak deco. Saya suka". Puji Raisya membuatkan Aryan tersenyum bangga. Ceh! Baru kena puji sikit dah kembang.

Luggage yang dibawa naik oleh Aryan tadi diletakkan di tepi almari. Semua tiga buah luggage ya. Dua Raisya punya dan satu Aryan punya. Entah apa yang Raisya bawa banyak sangat barang. Biasalah perempuan kan. Mau boleh nak angkut satu rumah.

Terkebil-kebil Raisya melihat Aryan yang selamba membuka baju di depannya. Tuala berwarna hitam yang ada di dalam luggage diambil seraya dia menuju ke bilik mandi. Namun langkah kakinya terhenti di depan pintu. Tubuh dipusing menghadap Raisya yang masih duduk di katil.

"Awak kenapa"?

"Kau nak mandi dengan aku tak"? Ajak Aryan. Bibirnya menyungging senyuman nakal.

Naik segan Raisya dibuatnya.

"Err taknak"! Jawabnya.

"Sure"?

Melihat Aryan yang mendekat membuatkan Raisya gelabah. Baru saja dia mahu mengangkat punggung, terasa dirinya seperti berada di awangan apabila lelaki itu mengangkatnya dengan gaya bride style.

"Aryan turunkan saya"!

"No! Jom main air sama-sama dengan aku dalam bilik mandi".

"Taknak"!

-----

Tersengih Raisya melihat Aryan yang sedang menonton televison di ruang tamu rumah mereka. Entah apa cerita apa yang ditonton oleh suaminya, khusyuk sangat tengok sampai tak sedar kehadiran dia disitu.

Raisya menghempaskan punggungnya di sebelah Aryan. Terus lelaki itu menoleh ke arah si isteri yang selamba duduk menghempas di atas sofa mahalnya. Isteri siapalah ni kasar sangat. Kalau rosak dia nak ganti ke?

"Awak tengok movie apa tu"? Tanya Raisya. Mug yang berisi air coklat panas disisip perlahan lalu menyandarkan belakang badannya di kepala sofa.

"Incantation".

"Awak taknak air ke"? Melihat Aryan yang langsung tidak minum air coklat panas di dalam mug itu membuatkan Raisya bertanya.

"Kejap lagi aku minum ya sayang".

Uhuk!

Hampir tersedak Raisya mendengar suara Aryan yang lembut itu. Dia ni menggoda setiap masa ke? 

"Esok aku dah mula kerja". Beritahu Aryan. Raisya yang fokus menonton movie yang ditayang di televisyen pantas memandang suaminya.

"Awalnya. Jadi esok awak dah masuk office macam biasa lah". Terselit nada sedih disitu. Mulai esok Raisya akan duduk di rumah ini sorang-sorang dan petang baru suaminya itu pulang ke rumah.

Aryan tergelak kecil melihat reaksi Raisya. "Kalau bosan kau buatlah business online balik. Lagipun dah lama cuti kan".

Raisya ada membuat business online sebelum ini. Tetapi disebabkan sibuk menguruskan hal perkahwinannya dia berhenti seketika. Business apa yang wanita itu buat? Raisya mengambil tempahan kek dan juga cookies. Laku juga perniagaannya itu memandangkan kek dan cookies buatan Raisya sememangnya sedap.

"Saya masih dalam mood bercuti. So nantilah open balik". Balas Raisya. Dia tersengih. Mahu berehat puas-puas dulu sebelum membuat business online lagi.

Inilah orang kata, memanfaatkan masa cuti anda sepuasnya!

---

Dah masuk bab 10 cerita ni. Terima kasih yang sudi baca cerita author yang tak seberapa ni :)

abaikan typo

jumpa anda di next bab

tbc..

[C] MRS ARYAN ISKANDARWhere stories live. Discover now