BAB 36

8.4K 286 46
                                    

HARI berlalu dengan sangat pantas kini sudah genap dua minggu Raisya berpantang. Bukan main seronok wanita itu apabila pantangnya sudah selesai. Aryan dan Raisya sudah pulang ke rumah mereka memandangkan hari ini lelaki itu akan masuk bekerja seperti biasa setelah bercuti selama dua minggu.

Raisya duduk di birai katil sambil memerhati Aryan yang sedang menyikat rambut di depan cermin. Lelaki itu nampak sangat kacak mengenakan kemeja berwarna kelabu gelap, seluar slack hitam dan tali leher berwarna hitam. Raisya mengambil coat milik Aryan lalu dihulurkan kepada lelaki itu.

"Thanks."

Kot itu disarung ke tubuh tegapnya. Jam tangan jenama Rolex dipakai di tangan kiri sebelum menyembur perfume di badannya. Ah wanginya! Suami siapalah ni? Tersenyum-senyum Raisya melihat Aryan. Terpukau dengan ketampanan suami sendiri. Kalau macam ni nak melekat 24 jam.

"Abang, saya nak ikut awak pergi office boleh?"

"Takpayah. Abang banyak kerja. Nanti sayang bosan. Duduk rumah okay." Bukan dia tidak mahu Raisya ikut, tapi nanti tak jadi kerja kalau dah ada wanita itu depan mata.

"Ala, boleh la. Please.." Pujuk Raisya sambil membuat muka comel. Lengan lelaki itu dipeluk erat. Matanya dikerdip beberapa kali.

"Abang boleh la, please.." Lengan Aryan digoyang-goyang. Wajah comel masih dikekalkan.

Lelaki itu memejam matanya rapat. Haih, susahlah kalau bini dah mula pujuk sambil buat muka comel lepastu kau pula jenis cepat cair. Nak tak nak Aryan terpaksa mengangguk membiarkan Raisya mengikutinya ke pejabat. Kang tak bagi menangis pulak.

"Pergi siap. 10 minutes. Abang tunggu dekat bawah."

Berdesup Raisya berlari masuk ke ruangan closet untuk menukar baju. Tergeleng kepala Aryan melihat isterinya itu sebelum berlalu turun ke tingkat bawah.

Sampai sahaja di AR Holding, pasangan suami isteri itu terus menaiki lift menuju ke tingkat tiga. Masuk sahaja ke dalam pejabat, Aryan terus melabuhkan punggung di atas kerusi dan membuka komputer riba.

"Sayang, abang nak buat kerja ni." Kata Aryan sebaik sahaja Raisya duduk di atas ribanya. Tangan wanita itu pula elok melingkar di lehernya.

"Raisya bosanlah." Wanita itu menarik muncung panjang. Menyesal pula ikut suaminya datang kerja. Kalau dekat rumah boleh layan netflix. Itulah kau tadi gedik sangat nak ikut.

Aryan mengambil Ipad di dalam laci lalu dihulurkan kepada Raisya.

"Sayang main ipad abang. Dalam tu takda game tapi kalau nak main download lah."

Aryan mengangkat tubuh kecil Raisya lalu diletakkan di atas sofa. Takkan nak duduk atas riba dia pula, kang satu kerja pun tak jalan!

"Okay. Thankyou abang." Lelaki hanya senyum sebelum menyambung semula kerjanya yang bertimbun.

Hampir satu jam Raisya bermain game, dia mula bosan dan meminta izin Aryan untuk keluar melawat bangunan mewah ini. Aryan benarkan saja memandangkan dia tahu yang wanita itu dilanda kebosanan.

"Hayfa."

Ain Hayfa menoleh ke belakang tatkala mendengar namanya diseru. Dia terkejut melihat kehadiran Raisya disini. Hayfa yang sibuk mengemas barang menghentikan perbuatannya. Langkah kakinya dibawa mendekati wanita itu.

"Raisya."

"Sorry saya ganggu awak ke?" Raisya mengerling sekilas ke arah meja Hayfa. Terdapat satu kotak yang penuh dengan barang-barang gadis itu.

[C] MRS ARYAN ISKANDARWhere stories live. Discover now