01 : photobomb

197 9 2
                                    

yeonsu

"korang! jom bergambar bertiga. lupa ke pfp group kita masih kosong?" ujarku, kepada dua orang temanku, kang haerin dan hong eunchae. nama je geng, tapi payah gila nak ada gambar bertiga. tak tahu apa yang payah sangat nak bergambar padahal kitorang bertiga ini seperti belangkas, pergi mana mana pun sentiasa bertiga.

"nak suruh siapa tangkapkan?" soal eunchae. rambut poninya yang baru dia buat semalam dekat salon dibetulkan di hadapan cermin poket yang dibawanya. hong eunchae kena sentiasa cantik, itu moto hidupnya.

"kita paksa jelah siapa siapa yang lalu lalang depan kelas kita. siapa suruh diorang lalu dekat sini." cadang haerin. malas nak cari manusia untuk jadi sukarelawan.

"awak! boleh tolong ambikkan gambar kitorang bertiga tak?" ya. aku yang malas nak fikir hanya ikut apa yang si haerin cadangkan. lagipun ada logiknya juga omongan perempuan itu, siapa suruh lalu depan kelas kitorang, kan tak pasal pasal kena jadi kuli tak berbayar.

baru je nak posing di hadapan kamera yang dipegang kuli tidak berbayar, seorang junior lelaki yang mengenakan mask datang mencelah. "nak join jugak." keningku berkerut. siapa pulak budak sesat ini? orang nak bergambar dengan geng kot, yang tak tahu malu nak mencelah ini kenapa? tapi semua itu hanya mampu aku lontarkan di hati saja. kenapa? sebab--

HONG EUNCHAE DENGAN SELAMBANYA AJAK BUDAK ITU JOIN SEKALI? HONG EUNCHAE KALAU SEHARI TAK MESRA ALAM TAK BOLEH KE?

aku menjeling ke arah junior lelaki yang telah ambik tempat di sebelah eunchae. dia punya tinggi itu, haerin yang paling tinggi dalam geng pun nampak rendah. aku merengus perlahan. tolonglah! tak sukalah!

klik! klik! terpaksa aku maniskan muka di hadapan kamera walaupun aku tak puas hati dengan junior lelaki itu. kera sumbang sangat ke kau sampai nak mencelah dekat geng orang lain?

"terima kasih." ujar haerin kepada jurukamera yang tidak berbayar. telefon tadi berganti tangan. aku dan eunchae segera menghampiri haerin, ingin melihat gambar yang ditangkap. tersenyum aku bila tengok hasil gambar yang ditangkap sangat memuaskan. atau lebih tepat, aku nampak cantik dalam gambar itu.

tapi tidak lama. senyumanku mati bila mataku tertumpu pada junior lelaki tersebut. pengacau gambar geng! ga akan aku maafkan! eunchae tersenyum senyum sendiri. aku yang perasan akan hal itu, segera menyiku lengan eunchae. "kau okey tak ni?"

"junior tadi tu comel." berubah terus air mukaku. aku tak salah dengar ke? eunchae puji junior itu?

"co--comel? mana kau tahu dia comel? bukan dia pakai mask ke tadi?" bidasku. tak takut kena maskfishing ke perempuan ini? pakai mask memang nampak comel tapi bila buka mask hah mau trauma seumur hidup eunchae karang. tak baik judge orang, kim yeonsu, mak tak ajar benda bukan bukan tau.

"tak kisah. aku tetap nak panggil junior tu, budak comel." merepek. apa apa jelah hong eunchae, asal kau bahagia. aku malas nak layan, lagipun aku tak suka junior tadi. tak kira, dia dah rosakkan gambar geng kitorang. haerin masih lagi leka membelek gambar, langsung tidak mengambil peduli akan perbualanku dengan eunchae yang berkisarkan junior lelaki yang datang mencelah tadi.

"yeonsu-ya, aku teringin." haerin tiba tiba menghampiriku.

tatapan aneh aku berikan. "teringin apa? bagitahu habis sebelum kepala kau bertemu dengan dinding kelas." pantang betul aku dengan orang cakap separuh. maaf, seorang yeonsu bukan manusia penyabar.

"teringin nak bergambar dengan dokyeom." keningku naik sebelah. dokyeom yang mana? aku rasa aku tak kenal sesiapa yang bernama dokyeom. nak kata budak kelas sebelah, setahu aku mana ada manusia bernama dokyeom.

"tak kenal. tunjuk sikit." haerin menunjukkkan ke arah junior lelaki yang berbaju jersi hitam yang begitu fokus sekali bermain futsal dengan rakan rakannya.

"uish berkarisma gila, boleh tahan gak taste kau. jom!" aku paut lengan haerin, ingin membawanya ke gelanggang futsal tu.

"nak ikut!" eunchae mencelah. bertiga kami menuju ke gelanggang futsal. hah mesti haerin tengah berdebar nak mampus, tolong jangan pengsan lagi, belum bergambar kot!

"awak, bucket list dia tahun ni nak bergambar dengan awak. sila penuhi kalau tak keberatan." ujarku sekadar berbasa basi.

"eh kenapa saya? saya tak handsome pun. ramai lagi yang handsome dari saya." jangan nak merendah diri sangat boleh tak, orang nak, terima jelah.

"tak kisah handsome ke tak yang penting awak kena bergambar dengan kawan saya kalau nak hidup lama." ugutku. tak boleh ke penuhi je permintaan peminat? tolong bersyukur eh kau ada peminat ingat senang ke seorang haerin nak suka dekat manusia?

peluh yang membasahi dahinya dia seka dengan baju jersinya. uish, nasib dia ada pakai baju lain dekat dalam. kalau tak, memang rezeki si haerin dapat usha kotak kotak si dokyeom. eh yakin ke kotak kotak? entah entah donat!

"okey dekat sikit dekat sikit haa! cukup!" kalau tadi junior rambang yang jadi jurukamera yang tidak berbayar, sekarang giliran aku pulak. sabar jelah beginilah nasib kalau kau memang berbakat dalam menangkap gambar. sila bangga ya jadi kawan aku wahai kang haerin. eh baru perasan, warna baju diorang matching! tolong hormat orang single macam saya!

"terima kasih." ujar haerin malu malu. dokyeom melemparkan senyuman ringkas khas untuk haerin, buatkan haerin bersusah payah menahan diri daripada blushing.

"alah! nak bergambar jugak!" aku menjeling ke arah eunchae. oi itu crush kawan sendiri, sila sensitif. eunchae segera berdiri di sebelah dokyeom, nasiblah ada halal gap, sila jaga batas ya itu crush haerin.

bersangka baik jelah, lagipun memang eunchae ini mesra alam semula jadi orangnya. tapi agak agaklah nak mesra alam kot, itukan crush haerin. aku kerling sekilas ke arah haerin. tapi kalau haerin okey, aku pun okey. malas nak lebih lebih.

-tbc-

junior -yjwWhere stories live. Discover now