35 : instagram

26 9 0
                                    

yeonsu

kenal tak manusia paling sembang gegar pecah tingkap? siapa lagi kalau bukan kim yeonsu. kenapa? aku ada cakap aku nak move on dan singkirkan yang jungwon daripada hidup aku kan? siap padam dan block nombor, unfollow instagram kan? tapi sayang, itu cuma bertahan seminggu.

"lantaklah kalau dia ada girlfriend pun, yang penting jungwon terima je aku jadi kawan dia. buat apa aku move on, kawan jelah macam biasa! tak boleh ke?" konon nak move on tapi bukan jungwon cari pun. dia langsung tak kisah kau hilang ke tak, kim yeonsu.

jadi aku buat keputusan yang aku nak padam segalanya tentang jungwon dan move on bila dah habis sekolah nanti. sabar yeonsu, kau ada lima bulan lagi untuk habis sekolah. cuba bawa bersabar dan cipta momen dengan jungwon selama kau masih ada dekat sini, yeonsu.

instagram aku buka. sedikit hampa bila tiada lagi instastory jungwon. yelah, aku kan block instagram dia, jadi automatik kitorang tidak lagi mutual. haduh menyesalnya, itulah bila buat sesuatu tak fikir akibat jangka masa yang panjang. tengok, macam mana nak suruh jungwon follow aku balik?

nanti mesti dia pelik, yelah takde angin takde ribut kenapa aku unfollow dia. mesti dia akan tertanya juga. sebab itulah aku malu, takut nak mintak dia follow balik. huwa, menyesal dahulu pendapatan, menyesal kemudian tidak berguna lagi.

aku search nama jungwon di ruangan carian. "uish, atas sekali petanda kim yeonsu suka stalk." akaun jungwon aku tekan. aku pun unblock jungwon. lepas je dah unblock, ada satu lingkaran jingga keunguan melingkari profile jungwon. eh dia ada post instastory!

aku menelan air liur, takut nak tengok. macam mana kalau dia post pasal seol yoona lagi? ingat aku dah okey ke? tak okey lagi, tapi buat buat okey adalah. nak tengok tapi takut, macam mana dengan kesihatan mental saya? macam mana kalau bila dah tengok astu kim yeonsu kembali ke era murung? minta dijauhkan.

"tekan jelah ngok takut apa mati tanam." kata kata motivasi dilemparkan kepada diri sendiri. instastory jungwon lagi menakutkan daripada ujian matematik. kalau ujian matematik, sekurang kurangnya aku dapat tiru hong eunchae yang memang akan duduk sebelah aku setiap kali ujian. tapi kalau instastory jungwon? mampu menangis jelah bila dah cemburu.

"eh? syukur syukur syukurrrrrr." yeay! isi kandungan instastory jungwon hari ini bukan seol yoona, sebaliknya gambarnya sendiri. aku tersengih lebar, ini yang kita mahu. tak naklah hari hari asyik tengok muka seol yoona, karang ada yang suka dekat seol yoona pula (akulah itu).

"apa lagi like luh." okey kim yeonsu memang takde sifat malu. dia lupa ke yang dia itu unfollow jungwon, tapi tiba tiba like story jungwon? macam mana kalau jungwon tahu? tak ke kantoi yang aku tengah stalk dia punya instagram. huh, tapi tak dapat tahanlah, setiap kali view je mesti tangan aku akan like. kalau tak like story jungwon, tak lengkap hidup rasanya.

okey, dah berjaya like. apa takut, mati tanam. aku ambil keputusan untuk tengok semua story daripada kawan kawan aku. hm, kenapa hidup semua orang best je, sedangkan hidup aku sangatlah ringkas dan minimalist. pergi sekolah, balik rumah, esok ulang perkara yang sama. NAK JUGA PERGI JALAN JALAN.

ting! satu notifikasi muncul. "eh siapa pula follow aku ni?" aku tak sempat nak tengok siapa yang request tapi aku nampak simbol orang dekat ruangan notifikasi. maksudnya kim yeonsu ada new follower! okey, instagram aku pun sendu sebenarnya. followers tak sampai 300, sesungguhnya kim yeonsu sangat low profile. following pun tak sampai 100, the real selek.

bila tengok je notifikasi, jantung aku terus terkeluar daripada badan. okey, itu cuma perumpamaan, tapi memang notifikasi ini boleh buatkan aku kehilangan jantung.

ygjwooon_ requested to follow you.

"JUNGWON FOLLOW AKU DULU??????" weh weh apa yang dah jadi sekarang? macam mana jungwon tahu aku tak follow dia? setahu aku, bila kita like story seseorang, instagram cuma bagitahu dia like je. ke ada butang follow dekat sebelah? atau--- JANGAN JANGAN JUNGWON STALK AKU ASTU PELIK KENAPA DIA TAK FOLLOW AKU PADAHAL DIA MANA PERNAH UNFOLLOW ASTU DIA BERCADANG NAK JADI MUTUAL AKU BALIK ASTU--

"adakah ini mimpi?" aku tampar pipi aku, okey sakit. dua kali tampar, sakit juga. jadi, ini realiti bukan mimpi? kiranya, yeonsu memang tak tidur kan sekarang? tapi kenapa jungwon nak follow aku? motif? padahal instagram aku tak menarik langsung! aku mana suka post story, sangat jarang. lainlah kalau status whatsapp, itu hari hari.

aku accept request daripada jungwon dengan hati yang riang ria. lantak kaulah dah taken, yang penting kau follow aku balik sebab aku pergi like story kau. mesti jungwon terhutang budi takpun dia tak nak kehilangan salah seorang likers setia seperti aku.

okey, dia post story lagi. macam biasa, kalau tak gambar dia, gambar si seol yoona. tak tahu kenapa kali ini aku tidak lagi terluka seperti sebelumnya. bagi aku stalk instagram seol yoona sekejap! solyona. nak stalk tapi private pula. aku ingat aku dah jadi seselek selek manusia, tapi si yoona ini lagi selek daripada aku. kau tahu following dan followers dia hanyalah 97 orang sahaja, termasuk jungwon. terpaling small circle ke.

"try follow sekali hohohoh." butang follow aku tekan. semoga dia bagi aku masuk dalam small circle dia walaupun kebarangkalian dia untuk accept aku punya request hanyalah 0.00001%. let me in!

"alang alang post story satu." sebelum keluar daripada kelas semalam, sempatlah aku, eunchae dan haerin mengadakan sesi photoshoot. biarlah, nak jadi model sebenar dah tak lepas syarat minimum. jadi apa salahnya photoshoot versi bajet? kita kita je ah gitu!

"okey, gambar ni cantik, post ah. semoga like banyak." okey post! baru post, dah dua like. hm siapa lagi kalau bukan likers setia saya, hong eunchae dan kang haerin. awal sangat like, bagilah instastory aku bernafas dulu. okey, siapa lagi nak like, baik like sekarang, tak baik kedekut like.

ting!

solyona accepted your request to follow. terbangun aku daripada pembaringan, yelah tadi aku main instagram sambil baring, tengah tunggu masa untuk mengantuk sebenarnya. dah dapat notifikasi daripada yoona, terus hilang rasa mengantuk. "WEH DIA ACCEPT AKU!" eh kenapa aku lagi bahagia bila yoona accept follow request aku daripada difollowback oleh jungwon? kena risau ke.

"uish, banyak highlight dia. estetik." aku tekan salah satu. okey ini highlight untuk muka dia. "EH APA PASAL LAWA SANGAT? kalau macam ni, memang forget jungwon, i want yoona. weh, jungwon mana kau dapat awek cantik camni, nak tips!"

"lawa gila seol yoona, okey jungwon, aku sebagai noona senior restu kau dengan yoona. sesuai ah, sorang cantik sorang comel. i ship i ship!" kali ini aku tak tipu. tak broken dah, kim yeonsu kini menjadi shipper yang berjaya.

tengah stalk, ternampaklah satu highlight yang bercaption emoji lelaki. okey, aku rasa aku tahu apa isi kandungan dalam highlight tersebut.

-tbc-

junior -yjwWhere stories live. Discover now