31 : close friend

38 8 3
                                    

haerin

rindu dokyeom. nak tahu, lepas apa yang terjadi ketika hari sukan tempoh hari, aku terus bercadang nak move on daripada jantan tak guna itu. berani dia bagi harapan palsu dekat kang haerin? dahlah aku dah simpan perasaan dekat dia sejak daripada tahun lepas lagi! boleh dia layan aku macam dia ada perasaan dekat aku, tup tup aku ini hanya kawan baginya?

nombor dia aku padam, instagram dia aku unfollow. balik sekolah lepas hari sukan itu, aku menangis tak ingat dunia. gila ke tak kecewa, aku ingatkan dia suka aku! siap bagi pingat apa semua, kawan ke berperangai seperti itu? ingat hebat ke mainkan hati senior? dasar tak hormat orang tua.

macam mana aku tahu semua ini? malamnya, aku paksa kim yeonsu untuk jujur dekat aku. takde maknanya dia pergi borak kosong dengan dokyeom semata mata nak tanya pasal sukan. jadi aku memang syak diorang berborak pasal benda lain, benda yang serius. empat kali jugalah aku paksa, baru yeonsu bagitahu. dia kata dia tak sampai hati nak bagitahu, takut aku terluka.

tapi aku lagi terluka kalau yeonsu rahsiakan perasaan sebenar dokyeom terhadapku. aku rasa macam orang bodoh sebab ingat perasaan aku dan dokyeom itu sama. malangnya, aku hanya bertepuk sebelah tangan. tepuk angin orang kata.

tapi tak kunafikan, aku rindukan dia. aku rindukan dirinya yang tak pernah lupa untuk menegurku setiap kali kami berselisih di kaki lima sekolah. kau tahu, ada satu hari itu, ketika aku dan yeonsu berjalan di sebelah kelasnya, si dokyeom boleh pergi angkat tangan dan lambai ke arahku. PADAHAL CIKGU DIA ADA DALAM KELAS GILA! siapa tak jatuh cinta kalau dah dapat layanan seperti itu!

"nak berkawan buat macam nak berkawan. tak payahlah bagi harapan palsu ngok!" aku tatap ruangan chat aku dan dia. okeylah tipu je kata nak move on, bila aku rindu dia, aku akan baca mesej lama kitorang. aku masih lagi mahu berkawan, tapi aku tak boleh terima perbuatan dia.

ting!

013*****
noona marahkan dokyeom ke

"WARGH!" telefon selamat dilempar ke atas lantai. apa yang baru sahaja terjadi? "yang mesej aku tu-- dokyeom ke?" kenapa dia muncul balik? aku baru nak move on. aku mengetap bibir, kalau nak jujur, terselit sedikit rasa bahagia bila dokyeom mesej aku dulu. jap! macam mana dia tahu aku marahkan dia? yeonsu bagitahu ke?

rinrin
tak

013****
habis tu kenapa dokyeom lama tak nampak status noona
padahal noona tu kan jenis spam status
noona delete nombor dokyeom ke

rinrin
kalau saya delete pun kenapa
hak saya
awak siapa

013*****
noona marahkan dokyeom lah ni
dokyeom minta maaf
pasal apa yang dokyeom bagitahu noona yeonsu
dokyeom cuma

rinrin
cuma apa
seronok bagi harapan palsu dekat aku

013*****
noona...
dokyeom minta maaf
sebenarnya dokyeom sukakan noona

rinrin
tak kelakar

013****
dokyeom tak bergurau
tapi dokyeom tak sanggup nak ada komitmen lain
selain daripada belajar
dokyeom takut dokyeom tak mampu jadi boyfriend yang baik untuk noona

rinrin
jadi anggap jelah kau tak pernah kenal aku

aku terus matikan telefon. tidak mahu lagi melayan omongan si dokyeom. dia ingat aku nak bagi peluang kedua lepas dah buat aku rasa macam aku ini sebodoh bodoh manusia? aku meniarap, bantal aku gunakan untuk menekup muka. kenapa tekup muka? aku nak menangis.

ingat tak sedih ke bila tahu orang yang kita suka sebenarnya turut sukakan kita, tapi lebih rela memaksa diri untuk anggap kita ini sebagai kawan sahaja semata mata tidak mahu terlibat dengan komitmen. aku anggap perasaan dokyeom itu cuma mainan, aku tak nak bersama dengan orang yang tidak memandangku dengan serius.

"aku menyesal kenal kau, lee dokyeom." kang haerin mula menangis sendirian. tak nak cerita dekat sesiapa, termasuk kim yeonsu, sebab aku rasa sangat malu dengan diri aku yang terlampau beria dengan dokyeom.

yeonsu

tiktok aku scroll tanpa perasaan. tangan scroll, tapi fikiran entah ke mana. aku masih belum dapat melupakan kejadian semalam. yoona dan jungwon. aku nak tahu, sejak bila diorang berhubungan? sedangkan dulu aku pernah tanya jungwon, adakah dia itu sudah dimiliki, tapi jungwon sendiri bagitahu aku, dia bukan hak milik sesiapa.

tahu tahu, yoona muncul dalam hidup jungwon. masalahnya, siapa yoona dan bila dia muncul? itu yang menjadi tanda tanya di jiwa aku sekarang. tanpa angin tanpa ribut, tahu tahu jungwon taken.

ting! notifikasi daripada cheche a.k.a eunchae aku abaikan. malas nak layan orang, tak nak balas mesej, tak nak buka whatsapp, tak nak buka instagram, nak scroll tiktok sampai mampos. ting! ting! eh eh si eunchae dah kenapa sampai spam bagai, tolong memahami ya, sekarang kim yeonsu ingin bersendirian. tak nak diganggu sesiapa, biarkan kim yeonsu broken dengan aman.

tapi itulah, si hong eunchae mana makan saman, makin aku abaikan, makin rancak dia spam aku. "meminta diblock ke apa." mahu tak mahu aku ke whatsapp. apa benda yang penting sangat sampai eunchae tak nak bagi aku bernafas dengan tenang dan menjalani hidup versi kim yeonsu?

cheche
buka insta cepat

aku mengeluh. tapi tetap jua aku membuka aplikasi instagram. apa benda yang penting sangat sehingga buatkan eunchae spam aku semata mata untuk buka-- APAKAH? tak jadi nak merungut bila aku tengok sesuatu yang asing lagi janggal yang tengah terjadi di instagram aku.

nak tahu apa? aku nampak ada lingkaran hijau pada profile instagram seseorang, atau lebih tepat, yang jungwon. "weh DIA ADD AKU DALAM CF DIA KE ENGKO NI MEMANG TAK NAK AKU BAGI MOVE ON KE APA?" aku cuba menahan diri daripada meroyan dan menjerit, sebab WOI CRUSH LETAK KITA DALAM LIST CLOSE FRIEND DIA GILA KE TAK BAHAGIA. bukan senang nak masuk dalam list close friend seseorang.

inikan pula close friend crush.

"apa apa kena screenshot dulu, bukti kita ni close friend si crush. kau ada kau takde kau diam." berkali kali butang screenshot aku tekan, punyalah nak dijadikan kenangan sebab berjaya melayakkan diri ke close friend yang jungwon.

"yeay yeay aku close friend jungwon oh yeah." aku menendang angin berkali kali, gembira. terus lupa rasa gundah dan sedih mengenai seol yoona. lantak engkaulah nak jadi girlfriend jungwon pun, yang penting aku ada dalam list close friend yang jungwon.

"sekejap. macam mana eunchae tahu? adakah--"

cheche
tak sangka kita masuk dalam list cf jungwon
kau dah view ke belum

tak sukalah, kenapa jungwon letak eunchae sekali dalam list close friend dia? padahal hanya aku sahaja yang berkawan dan jadi kawan jungwon. eunchae bila je tegur jungwon, boleh kira dengan jari. tapi alih alih, dapat masuk sekali dalam list close friend jungwon?

"mana aci. ish, kalaulah aku tak tarik tangan eunchae masa nak mintak instagram jungwon, mesti eunchae tak follow si jungwon, astu aku sorang yang dapat masuk cf jungwon. argh, menyesal menyesal menyesal." hong eunchae pun mengada nak follow instagram jungwon, padahal dia dah ada crush baharu, jadi sila tinggalkan jungwon untuk aku.

malas mahu melayan rasa menyesal yang tak sudah, aku mula menekan lingkaran hijau itu. dan tika itu, aku terasa keputusanku untuk berkawan dengan jungwon merupakan penyesalan terbesar yang aku dah lakukan pada tahun ini.

-tbc-

junior -yjwDonde viven las historias. Descúbrelo ahora