21 : selca (2)

37 7 0
                                    

yeonsu

aku keluar daripada bilik air setelah usai membersihkan diri. jam di dinding aku tatap seketika. 9.00 malam. seronok sangat lepak dengan eunchae dan haerin, aku sampai dekat rumah pukul lapan malam. appa dengan eomma siap sindir lagi, katanya aku nak menginap dekat rumah haerin ke. inilah nasib bila tak habis sekolah lagi, jadi tak boleh bebas sangat. ada curfew.

aku merebahkan diri di atas katil, plan asal nak terus tidur. "apa apa tiktok dulu." telefon yang baru sudah dicaj aku capai. buka whatsapp sekejap. bertalu talu mesej daripada haerin tiba. ini mesti gambar kitorang hari ini nasiblah ada kamera cantik, bila nak bergambar mesti jadi mangsa. aku tunggu sehingga semua mesej haerin telah tiba. nasiblah telefon aku ini jenis auto download.

"um, nak upload yang mana eh?" story instagram dah buat, jadi sekarang waktu untuk status whatsapp. tapi kali ini upload untuk close friend jelah. atau lebih tepat, aku nak tunjuk dekat jungwon. mengadanya kim yeonsu. aku kembali memilih. kena pilih gambar yang cantik, biar jungwon rasa aku ini sebenarnya cantik walaupun depan depan sangatlah sederhana.

"ish apa ni semua cantik, susahlah nak pilih yang mana." aku yang malas nak pilih terus ambik keputusan screenshot gambar gambar yang haerin hantar. kiranya nanti bila update status, orang boleh tengok semua jenis gambar aku. kena tengok semualah, sebab semua gambar menjadi. satu keajaiban dunia.

aku terus ke ruangan status. berbekalkan caption 'saya cantik', status itu selamat dihantar. aku terus menghela nafas. lama lagi ke cuti nak berakhir? untuk kali pertamanya, aku tidak menyukai cuti yang lama. bosanlah, cuti panjang pun bukan ada apa nak buat pun. kalau sekolah, boleh usha jungwon HAHAHAAH.

ting!

"takde orang lain, mesti si eunchae." suka sangat eunchae chat aku malam malam semata mata nak spill pasal chat dia dengan haruto. oh lupa nak bagitahu, bukan main rapat eh haruto dengan eunchae sekarang. hari hari chat dekat instagram, mengalahkan aku dengan jungwon.

terbeliak biji mata bila aku lihat punca bunyi notifikasi itu bukannya datang daripada eunchae sebaliknya-- "jung--jungwon?" aku segera bangkit. terus hilang rasa lenguh dan mengantuk dalam diri. jung--jungwon mesej aku? kenapa dengan jungwon hari ini? pagi tadi, dia dah like story aku, sekarang dia reply status aku?

aku letak telefon di atas riba. aku pandang kedua dua belah tangan aku yang sudah mulai menggeletar gara gara mesej daripada jungwon. kena faham, jungwon bukan jenis mulakan chat lagikan nak reply status tapi apa yang terjadi? kenapa jungwon mulakan segalanya? jungwon, kalau aku nak terjun katil boleh tak?

"jangan jerit yeonsu, parents kau dah tidur nanti buatnya diorang terjaga, susah pula kau nanti." aku cuba untuk kekal bertenang walaupun aku punya hormon serotonin dah meningkat berganda ganda gara gara satu mesej daripada jungwon.

"okey tenang yeonsu, sekarang kita kena reply." aku kembali duduk di atas katil. kena tenangkan diri dulu baru balas chat, tak nak aku punya meroyan itu terlihat dekat chat.

yang jungwon
ootdnya

apa???? dia-- dia puji aku kan???? SANGAT TERHARU SEBAB JUNGWON ITU JENIS OOTD JUGAK. jadi bila jungwon kata puji ootd aku kiranya ootd aku hari ini menjadi dan juga cantik dekat mata dia? tak sia sia aku update selca hari ini. sumpah, aku tak boleh berhenti senyum, lenguh habis pipi tapi tetap nak senyum. ish, seperti ini ke rasanya jatuh cinta?

yeony
lawa kan cepatlah puji
penat kita posing
AHAHAHA

ya, kim yeonsu memang beria. aku tersengih sengih bila baca mesej sendiri. sebab jungwon dah reply status aku, jadi dia kena puji aku. alah, kata kawan, apa salahnya puji kawan sendiri kan? walaupun aku sebenarnya anggap jungwon lebih daripada seorang kawan. sebelah pihak.

yang jungwon
lawa lawa

apa lagi, bantal yang tidak bersalah menerima pelbagai kekerasan berupa tumbukan, sepakan, teranjang dek kerana terlalu blushing bila jungwon memujiku. "DIA KATA AKU LAWA GILAAAAAAA MAMA YEONSU NAK KAWIN SEKARANG TAK BOLEH KE?" letihlah asyik blushing je, apa kata kau jadi boyfriend aku jelah jungwon alang alang aku dah gilakan kau.

"jungwon, aku suka kau tolonglah, kau kena tahu." ujarku. mampu cakap sorang sorang je, nak bagitahu masih terlalu awal, memandangkan sekarang baru masuk tiga minggu aku berkenalan dengan jungwon. gila ke tiga minggu kenal, terus confess? tak masuk akal.

yeony
terima kasih puji walaupun kena paksa
AHAHAHAH

yang jungwon
AHAHAAH
IKHLAS daripada hatilah

lain macam dia ini menganjing aku. "takutlah dia pergi capslock perkataan ikhlas. terlebih ikhlas kau ni, jungwon." sebab inilah aku suka jungwon. kadang dia punya reply memang kena dengan humor aku. dia tak kaku dalam chat walaupun depan depan punyalah susah nak ada interaksi.

tahu tak, tiga minggu ini kitorang langsung takde interaksi secara langsung. setakat eye contact je. buat masa ini, aku masih mengumpul kekuatan untuk menyapa jungwon. cukuplah sekadar sepatah hi. tapi bila kekuatan dan keberanian itu nak datang?

yeony
perlu ke capslock tu AHAHAH

yang jungwon
tak perlu ke

lupa nak bagitahu, setiap perkara ada pros and consnya kan. pros kalau chat jungwon adalah dia itu jenis fast replier kalau hantar chat, tak sampai 50 saat dia akan reply. sangat greenflag. tapi cons pulak, chat kitorang selalu akan end dengan cepat. kiranya, aku selalu tak tahu nak reply apa. akhirnya, chat pun tergantung seperti itu.

"tak boleh jadi ni, aku kena cari topik lain."

yeony
nak tanya sikit boleh
jangan tidur lagi

yang jungwon
tanyalah

yeony
kenapa live sekejap sangat
baru nak tengok

masih tak berpuas hati sebab tak sempat nak tengok jungwon dengan lebih lama. mana lepas rindu kalau dapat tatap seminit dua je. cuti dahlah seminggu, tapi boleh tatap dua minit je. mana berbaloi, aduh cepatlah sekolah.

yang jungwon
orang selalu live
dia je tak masuk

WHAT.THE.FISH. jungwon memang sengaja je kan nak suruh aku meroyan dan lempar telefon dekat dinding kan? satu kerja pula nak kena beli telefon baru. DIA PERASAN KE AKU TAK PERNAH JOIN LIVE DIA HUWA CRUSH NOTICE SAYA, JADI APA PATUT SAYA BUAT SEKARANG?

yeony
baru nak join tau tau dia end
terasa kita

yang jungwon
boleh percaya ke

yeony
BETUL LAH

yang jungwon
live dekat pantai tu ke

yeony
haah
dia pakai baju biru

yang jungwon
ooo
photo

"YANG JUNGWON BERHENTI!" tolonglah, aku dah penat nak blushing woi. kau tahu??? jungwon hantar selca dia pakai hoodie biru yang aku tengok dekat live itu. nak menangis, kita suruh dia live lama sikit tau tau dia belanja selca. sebab inilah aku suka jungwon. tak kedekut selca.

yeony
COMELNYA
okeylah lain kali live lagi

-tbc-

junior -yjwWhere stories live. Discover now