45 : i wanna be yours

85 7 0
                                    

yeonsu

penat yang menyelubungi tubuh, buatkan aku terus merebahkan badan di atas katil sebaik sahaja pulang daripada sekolah. letih ulangkaji masih mencengkam, sudahlah tak dapat jumpa jungwon. hilang 50% semangat dan motivasi seorang kim yeonsu. aku mula memejamkan mata.

"ugh dah pukul berapa ni?" bangun bangun tengok dekat luar dah gelap. telefon di dalam kot yang masih belum aku tanggalkan aku capai. "8 malam??? letih sangat kau ni yeonsu." aku bangkit dan menukar posisiku daripada berbaring kepada bersila. sempat aku menggeliat kecil.

tiba tiba aku tersengih sendirian bila ingat mesej di antara aku dan jungwon ketika di sekolah tadi. "hm alang alang kau single kenapalah kau tak dengan aku je?" aku menghela nafas berat. jungwon single pun bukannya nak dekat aku. apa ke tak cantik sangat ke aku ini?

aku berjalan ke arah meja belajar. cermin kecil yang berada di situ aku gapai dan kubawa dekat ke muka, nak tilik kehodohan wajah aku sehingga jungwon langsung tak nampak aku yang suka dekat dia ini. padahal aku rasa hint yang aku bagi selama ini sangatlah ketara.

aku kenbali ke katil. takde mood lagi nak mandi jadi marilah kita bazirkan masa dengan scroll tiktok. tapi apa apa pun baik kita buka instagram dulu mana tahu jungwon post lagi dapatlah dijadikan bahan untuk mesej jungwon. weh sumpah aku tak serik walaupun banyak kali dah menangis sebab jungwon. lumrah perempuan, kalau dah suka yang itu, memang itu sahaja yang dia mahu.

"WEH JUNGWON LIVE PT.2!!!" ingat tak dulu aku pernah teragak agak nak join live jungwon sebab takut jungwon tidak suka akan kehadiranku dalam livenya. dekat sepuluh minit aku overthinking nak join ke tidak alih alih dapat join seminit dua je. hah pastu menyesal tak sudah. kali ini tidak ada lagi teragak agak lagipun saya inikan kawannya jungwon.

baru nak tekan, lingkaran live pada profile jungwon menghilang. buatkan aku terkedu, melopong, tidak dapat berkata. "ARGHHHHHHHHH!!!!!!" hari itu aku dikira bernasib baik dapat join seminit dua, hari ini TAK SEMPAT MASUK PUN WEH! beginikah nasib kim yeonsu?

nak join live jungwon pun sukar, lagikan mahu masuk ke dalam hati yang jungwon. kirim salam jelah.

bukan cliche ke apa AKU TAK TAHU KENAPA INSTAGRAM INI BERDENDAM DENGAN AKU! padahal punyalah beria aku hidupkan notifikasi jungwon, tapi tetap jua tak muncul muncul! sebaliknya yang lain pula muncul! instagram tak redha aku dengan jungwon ke halah sangat tersakiti yeonsu di sini. sudahlah hari ini dah tak dapat tengok muka dia! nak menyerahlah jadi kim yeonsu.

suyaa_
awalnya end live
tak sempat nak join

hambik kau! aku terus mesej jungwon apa takut lagipun dah nak masuk enam bulan perkenalan kami kot. tak kisahlah, yang penting jungwon kena tahu ada manusia yang frust menonggeng gara gara terlepas live dia. argh, jom menyesal sebab tidur tak ingat dunia. ini semua salah eunchae! kenapa dia tak spam aku seperti selalunya.

ygjwooon_
eh orang dah live 2 kali lah
lain kali buka ig awal awal

"APA?!" wah hari ini memang hari yang menyedihkan. semesta memang tak ingin mendekatkan aku dengan jungwon ke? sudahlah peristiwa gajah tadi masih belum dapat aku move on sekarang aku kena terima hakikat yang jungwon sudah menghidupkan live sebanyak dua kali tapi tetap jua aku terlepas? ngko memang takde jodoh dengan yang jungwon, kim yeonsu!

suyaa_
lain kali live lah lama sikit
setengah jam ke
lemahlah live sekejap

ygjwooon_
eh orang rasa orang live lama lah

suyaa_
baiklah mungkin tiada rezeki
btw handsomenya dia

sambil mengetik mesej, aku tersengih sendiri. betul apa, jungwon itukan sentiasa handsome di mata aku. dan jungwon harus tahu akan itu.

ygjwooon_
yelah

suyaa_
orang puji tu terima jelah
memanglah dekat mata kita sendiri anggap kita ni biasa
tapi mana tahu dekat mata orang lain kita ni attractive ke

ygjwooon_
ish attractive dekat mana

rasa macam nak pergi dekat jungwon astu cungkil mata dia astu ganti mata dia dengan mata aku. biar dia tengok betapa handsomenya seorang yang jungwon! tak suka betul aku bila jungwon acah merendah diri. dah handsome itu handsome jelah, nanti tuhan tarik nikmat handsome baru menyesal tak sudah. ingat jadi handsome itu semudah abcdefghij ke?

suyaa_
kira dia attractive lah sebab dapat awek lawa macam yoona
sudah sudah sila confident!
lepas ni kalau tengok cermin kena cakap "handsomenya aku"

ygjwooon_
HAHAHAHA
video

"WEH WEH DIA HANTAR VIDEO!" teruja lain macam aku sebab jungwon mana pernah hantar video dekat aku. dia reti hantar selca je itupun dalam keadaan view once wah saya memang tak redha dengan perbuatannya. haraplah whatsapp tak cipta feature tak boleh screenshot gambar view once. tapi ini instagram?

"handsomenya aku." jungwon memang sengaja kan nak buat aku makin suka ke apa?! tahu tak apa isi kandungan video itu? JUNGWON RAKAM DIRI DIA DAN YANG PALING PENTING DIA GUNA AYAT YANG AKU HANTAR DEKAT DIA WEH! KIRANYA DIA RAKAM VIDEO INI MEMANGNYA KHAS UNTUK AKU KAN? UNTUK KIM YEONSU???? nah siapa kata aku tak penting bagi jungwon?

suyaa__
HANDSOMENYA
ni baru jungwon

aku cuba untuk tekan lagi video itu, memandangkan aku tak sempat nak save. trauma dah dengan yang jungwon yang suka hantar sekali view. memang jahat asal dia ini. "eh? apasal tak boleh ni?" kau jangan kata dia buat perangai signature dia lagi. YANG JUNGWON!!!!!!!

suyaa_
alah baru nak repeat tahu tahu takleh tekan
SEND LAGI SEKALI 🙏🏻

ygjwooon_
malu

"pale otak kau malu! nak malu apa kau bukan suka aku pun halah patutnya aku yang malu ya tuhan sabarkan hati yeonsu. boleh tak terapkan sikit ikhlas dalam diri bila dah send tu janganlah hantar view once huwa." kenapa aku frust nak mampos? sebab dalam video itu jungwon memang handsome nak mampos dengan tshirt hijau ya tuhan kalau dapat akanku jaga dengan baik.

heleh, jangankan nak dapat jungwon, video dia pun aku tak sempat nak save. petanda kena menyerah kalah ke? aku menghela nafas berat. tak nak paksa sebab dah tahu ending dia macam mana. jungwon takkan send untuk kali kedua.

suyaa_
malu apa
baru nak ambil aura confident dia

asyik aku meroyan gara gara tak sempat nak save video "handsomenya aku" jungwon, muncul mesej baru daripada jungwon. yang buatkan hati aku seakan terpujuk.

ygjwoon_
video

eh jangan cipta spekulasi lagi, jungwon masih belum bertaubat daripada perangai jahat dia. video kali ini bukan video sama tapi video yang lain. okeylah tak jadi nak marah, sekurang kurangnya jungwon lanje video dia pt.2.

video itu aku dimainkan. jungwon rakam dia sendiri tapi kali ini videonya dihiasi dengan lagu i wanna be yours. aku mengetap bibir. lagu ini yang buatkan aku teringatkan jungwon setiap kali lagu ini menjengah halwa telingaku. dan sekarang, jungwon hantar video dia dengan lagu itu.

people said dont associate any person with song.

but yang jungwon, i wanna be yours, can i?

-tbc-

junior -yjwWo Geschichten leben. Entdecke jetzt