22 : girlfriend

56 10 0
                                    

yeonsu

pejam celik pejam celik, hari ini dah jadi hari terakhir cuti sekolah yeay esok dah sekolah jadi bolehlah aku jumpa yang jungwon kesayangan. tahu tak sekarang, aku tak henti henti berdoa semoga masa berjalan laju, nak sekolah sekarang jugak!

"tengok status sekejap." itulah rutin harian seorang kim yeonsu. tengok status orang, tengok story orang, jenis suka sangat tengok life orang, yelah life sendiri kelabu, tidak menarik. sekurang kurangnya bila tengok life orang, rasa gembira juga walaupun bukan kita yang merasainya.

"eh jungwon update status!" macam biasa, kalau jungwon update status takpun story, aku akan buat kerja gila dengan save status jungwon tak kiralah gambar ke video ke. memang obses tahap ketiga dah aku ini. jungwon, mohon halalkan segala gambar dan video yang telah aku curi.

"eh apa ni?" jantung aku berdegup kencang, aku mulai dilanda gelisah. apa yang jungwon post ini? berkali kali aku menelan air liur, degupan jantung makin lama makin hebat. aku menggigit bibir, perut tiba tiba terasa sebu. nak tahu kenapa aku tiba tiba terkena segala jenis simptom itu?

jungwon post video perempuan dekat status dia. siap dengan caption '💌'. siapa perempuan itu? dan kenapa caption itu mesra sangat? aku mulai diserang overthinking. segera aku keluar daripada ruangan status. aku tak tenang sekarang.

"tu girlfriend jungwon ke? tapi jungwon kata dia takde siapa siapa pun." takkan jungwon menipu. dia sendiri kata dia tak dimiliki sesiapa. jadi kenapa dia post video perempuan lain dekat status? aku tak boleh terima. membuak buak rasa di hati, nak reply status jungwon. tapi aku kawal diri sendiri. tidak mahu dianggap sebagai penyibuk.

"mungkin tu tiktok crush jungwon je kot. halah aku pun bersepah tiktok crush. sila husnudzon." ujarku, cuba untuk menyedapkan hati sendiri walaupun alasan itu belum cukup kukuh untuk hilangkan gundah gulana serta gelisah yang melanda jiwaku.

"tapi kalau tu tiktok crush, kenapa siap crop username segala?" aku menghela nafas. aku akui aku cemburu. aku mengetap bibir, di bawah kesedaran aku, tubir mataku bergenang. dia dah berpunya ke? aku mematikan telefon. segera aku benamkam muka pada bantal.

dan aku-- menangis sepanjang malam.

aku melentokkan kepala di atas meja. video perempuan di status jungwon masih lagi terbayang bayang di mindaku, padahal aku sudah mute status jungwon buat masa sekarang sebab makin tergores luka di hati aku bila aku tengok video itu. bila ingat, betapa cantiknya perempuan dalam video itu serta caption jungwon.

"jungwon-ah, tu girlfriend awak ke?" ingin sekali aku bertanya, tapi aku dengan jungwon masih belum rapat untuk aku bertanyakan soalan peribadi seperti itu. tapi aku nak tahu. hati aku tak tenang selagi aku tak dapat kepastian mengenai perempuan di status jungwon.

"woi!" bahuku ditepuk daripada belakang, tapi aku langsung tidak bereaksi. nak marah pun takde semangat. ini semua salah jungwon, padahal dia cuma post status je, tapi berjaya meragut kebahagiaan dan keceriaan aku.

"eh kenapa ni, yeonsu? kau okey tak ni? ke demam?" eunchae risau, tangannya naik menyentuh permukaan dahiku. aku hanya membiarkan, tiak menunjukkan sebarang reaksi. buatlah apa yang kau nak, eunchae.

"tak panas pun. bagitahu sekarang, kenapa dengan kau ni? tak bawak buku teks ke? takpe kau pinjam jelah buku aku. ke tak siap homework? aku kan ada, kau tiru aku jelah halah macam tak biasa." aku masih membisu, malas mahu membuka mulut. biar jelah eunchae cakap sorang sorang, macam tak biasa aku abaikan dia.

"yah kim yeonsu! tak baik do ignore aku. mak kata kalau ignore orang nanti--"

"hong eunchae." aku angkat kepala, pandang eunchae. "terima kasih sebab caring. tapi ni bukan pasal buku teks ataupun homework. aku ada masalah yang laaaaagi besar." tanganku mendarat pada bahu eunchae. serba salah nak cerita dekat eunchae, tapi kalau tak cerita, makin membengkak hati aku.

"habis tu?"

"jungwon."

"kenapa? apa dah jadi?" eunchae diserang rasa ingin tahu. biasanya kalau pasal jungwon, yeonsu selalunya nampak bahagia, senyum tak lekang. tapi kenapa hari ini sebut nama jungwon pun macam tak bermaya je. jungwon ada buat hal ke?

"diapostvideoperempuandekatstatus." dalam senafas aku bersuara. eunchae tercengang. dia-- langsung tak dapat nak tangkap apa yang baru sahaja dia dengari. po apa? potato? sumpah dia tak tahu apa yang yeonsu cakap. boleh tak kalau nak spill itu spill elok elok dahlah eunchae ini memang pekak sejati.

"ish kau ni. tengoklah." aku keluarkan telefon daripada poket blazer, sebelum skrin aku hadapkan pada betul betul wajah eunchae. terjuling mata eunchae seketika, dia pandang betul betul apa yang aku tunjukkan. dan mata eunchae membulat, tidak percaya dengan apa yang dia lihat.

"tu girlfriend dia ke weh?" eunchae masih lagi dalam keadaan tidak percaya. jungwon dah taken? habis itu macam mana dengan kim yeonsu? "habis tu kau okey tak sekarang?"

"ingat tak penat ke menangis?"

"weh asal kau tak bagitahu aku awal awal? kenapa kau diam je semalam? ish kalau aku tahu, aku bawak gergaji, boleh cincang jungwon dengan yejun sekali." uish, tak sangka, perempuan ini masih simpan dendam dekat yejun sebab bagi dia fakehope sehari. jungwon pun dah kenapa nak ikut jejak yejun ini? memang pengaruh rakan sebaya.

"takpelah, lagipun kau anggap dia sebagai kawan je kan?" aku hanya membisu. kawan? aku tak pernah anggap jungwon sebagai kawan walaupun niatku memang mahu berkawan. semakin aku kenal jungwon, semakin bertambah rasa sukaku kepadanya. padahal tak sampai sebulan pun perkenalan kami.

"habis tu apa yang kau nak buat sekarang? kau nak move on ke atau--"

"move on apanya? tak sampai sebulan kot aku berkawan dengan dia, takkanlah nak mengalah sekarang. lagipun belum tentu tu girlfriend dia kan?" untuk apa aku bersedih sekarang? nanti sia sia aku tebalkan muka tanya instagram dia depan tandas lelaki. aku takkan biarkan usahaku tergantung sepi. aku tetap mahu berkawan dengan jungwon!

"tapi kalau tu girlfriend dia?" eunchae bukan nak ranapkan semangat yeonsu, tapi yeonsu kenalah sentiasa bersiap sedia, takut takut lepas ini makin kerap jungwon expose takpun jungwon sendiri declare yang perempuan itu girlfriend dia. jungwon itu dahlah ada ramai scandal!

"kalau tu girlfriend dia pun kenapa? aku cuma nak berkawan, bukannya nak jadi perampas pun." ujarku, padahal aku takut apa yang eunchae kata itu jadi kenyataan. aku tak bersedia nak hadapi kalau perempuan itu betul betul girlfriend jungwon. semoga mulut eunchae tak masin!

-tbc-

junior -yjwWhere stories live. Discover now