19 : pre-heartbreak

35 7 0
                                    

yeonsu

"semoga jungwon update story dan story tu ada muka dia." aku bermonolog, sambil membuka aplikasi instagram. kena faham, sekarang musim cuti sekolah dan aku tak boleh usha jungwon. jadi aku hanya mampu mengharapkan story jungwon sahaja memandangkan jungwon kerap online dekat instagram.

status whatsapp? boleh dikatakan 1 bulan 1 status dahlah jarang online dekat whatsapp. habis itu macam mana dengan group kelas, group sekolah? takkan diorang buat group dekat instagram? letih menunggu jungwon online dekat whatsapp sebab aku ini lebih suka dengan whatsapp berbanding instagram.

"eh ada story dia." kali ini aku tidak teragak agak. buka instagram terus aku tekan story jungwon. tersenyum aku jadinya. video yang jungwon post itu merupakan video dia berkhemah dengan kawan kawan dia dekat tepi pantai. jap, boleh ke berkhemah tepi pantai? oh, aku tertanya tanya sebab tak pernah lagi aku berkhemah dekat pantai. boleh dicuba lain kali.

aku menekan lagi storynya. kali ini dia post selcanya bersama kawannya yang cukup aku kenal. yejun, junior yang dah buatkan eunchae broken sehingga dia terfikir nak buat kerja gila nak berkongsi jungwon dengan aku. nasiblah haruto muncul ketika ini. selamat jungwon aku.

tapi yang bikin geram, selca dia itu pakai mask. dah kenapa asyik pakai mask je budak ini? kau itu handsome comel semua bagi dekat kau. kalau aku jadi jungwon, mahu hari hari aku spam story takpun status dengan muka sendiri. cuba jangan insecure wahai jungwonku yang comel.

mati senyumanmu bila melihat story terakhir jungwon. jantung seakan lupa untuk berdegup. tekak tiba tiba terasa kering. "a-apa?" aku menatap lama story jungwon. dia-- dia repost story perempuan lain. dan story perempuan itu merupakan gambar jungwon duduk memeluk lutut menghadap pantai.

"jung--jungwon dah ada girlfriend ke?" gumamku. kalau perempuan itu sekadar kawan, kenapa dia post gambar jungwon dekat story dia? dan kenapa jungwon repost? aku mulai diserang overthinking. aku tatap lama username perempuan itu.

mojhe. "kenapa aku macam kenal nama ni?" aku cuba ingat ingat balik kalau kalau aku pernah dengar nama ini. mo jihye. siapa mo jihye? dan kenapa aku macam pernah dengar je nama tu?

"sekejap. bukan ke--" AKU DAH INGAT. patutlah macam kenal nama itu, mo jihye itu salah seorang perempuan yang digosipkan bercinta dengan jungwon. kalau nak tahu, banyak juga rumor mengenai jungwon dan perempuan yang aku dengar. ada yang kata jungwon bercinta dengan perempuan itu, kejap dengan perempuan yang lain.

tapi aku memang tak percaya sebab takde bukti yang menunjukkan jungwon itu sudah berpunya. jadi aku tetap nak berpegang prinsip yang jungwon itu single dan tidak dimiliki oleh sesiapa. namun lepas tengok story jungwon yang ini, sedikit sebanyak pendirianku goyah. dia repost story perempuan lain. dan perempuan itu juga perempuan yang digosipkan dengannya.

aku terus screenshot story jungwon. aku nak mengadu dekat eunchae ngan haerin. sebelum aku keluar daripada aplikasi instagram, sempat aku tekan like semua story jungwon termasuk story jihye yang jungwon repost. lantaklah. tak lupa, new post jungwon di pantai aku like sekali. kena tunjuk, story yang jungwon repost langsung tidak memberi kesan padaku. kalau ditanya, apa yang aku rasa ketika ini? aku rasa kosong. kosong.

chatroom eunchae aku cari. entah kenapa, aku tak rasa nak spill hal ini dalam group kitorang. lagipun haerin tengah bahagia dengan dokyeom jadi aku tak nak rosakkan mood bahagia haerin dengan cerita aku dan jungwon.

yeony
photo
NAK JERIT!

cheche
aku dah tahu
tapi aku takut nak bagitahu kau
WHAT'S WRONG WITH JUNGWON?!

baru nak menaip mesej balas untuk eunchae, satu notifikasi yang tidak disangka sangka buatkan genggamanku pada telefon mulai longgar dan boom! jatuh menghempap lantai bilik aku. aku menekup mulut, tidak percaya akan apa yang baru terjadi. notifikasi itu datangnya daripada-- yang jungwon!

"aku baru nak move on gila!" aku menunduk, nak mencapai telefon yang tersadai di atas lantai bilikku. bila telefon sudah selamat berada dalam genggaman, tiba tiba lampu bilikku mati, meninggalkan aku sendirian dalam kegelapan.

"uish, petanda apakah ini?" aku bangkit dan turun daripada katil. pintu bilik aku kuak sedikit. ruang tamu juga gelap. "blackout ke?" gumamku. aku berjalan keluar. dapat aku lihat appa sibuk menyalakan lilin di meja kopi.

"appa tak bayar bil elektrik ke?" soalku.

"tak baik menuduh tau. appa mana pernah miss bayar bil elektrik. bukan rumah kita je blackout, satu kawasan kena." ujar appa. lilin yang sudah menyala appa angkat untuk diletakkan di atas kabinet buku. kena ada lilin, tak elok bergelap satu rumah.

"yelah." aku kembali masuk ke dalam bilik. biar jelah blackout, lagipun aku ini seterong girl, setakat bergelap, tak mampu nak menakutkan aku. aku terus meniarap di atas katil. "jom kita baca mesej jungwon." sedikit berdebar sebab tak pernah lagi jungwon mulakan chat jadi kita kena takut.

baru nak tekan notifikasi daripada jungwon, tap! skrinku bertukar gelap. "WTFISH. ELOKLAH TENGAH BLACKOUT, PHONE PULAK TAKDE BATERI!" telefon ini pun satu, masa takde orang mesej, bateri sentiasa penuh. astu bila ada orang mesej, terus habis bateri.

"janganlah bergurau, aku kena reply chat jungwon ni woi." aku tak nak jungwon tertunggu tunggu takpun dia ingat aku sengaja abaikan mesejnya. aku kembali bangkit. kena cari powerbank dengan secepat mungkin. tapi kerana blackout, susah nak cari powerbank sudahlah powerbank aku warna hitam.

"ish, charge guna laptop jelah!" laptop di atas meja aku capai dan aku bawa ke katil. nasiblah wayar usb sudah memang melekat dekat laptop. "jungwon, sila appreciate effort aku semata mata nak reply chat kau." monologku. bila telefon telah berjaya dihidupkan, aku terus ke aplikasi instagram. macam biasalah, kena tarik nafas dulu.

ygjwooon_
like story orang ni suka orang ke

aku kehilangan kata kata. berkali kali mesej daripada jungwon aku baca, takut takut aku tersalah baca takpun tersalah tafsir ayatnya. jungwon, kau kau memang sengaja ke? SENGAJA NAK SURUH AKU CONFESS KE GILA?

bantal aku capai, aku tekup muka sebelum aku menjerit sekuat kuatnya. "YANG JUNGWON BONGOK!" jungwon tak tahu ke, kata kata dia itu sedikit sebanyak meningkatkan keberanianku untuk confess. astaga jom kita pukul jungwon beramai ramai bila buka sekolah nanti.

suyaa_
mampu like story jelah
nak like orangnya, orangnya dah berpunya

ygjwooon_
kenapa pulak
orang dengan dia tu kawan jelah
bukan in relationship pun

sekali lagi aku kehilangan kata kata. aku nak pengsan boleh tak? sebab-- sebab jungwon sendiri sahkan dia dengan jihye cuma sebatas kawan. kiranya-- rumor itu palsu? jungwon masih lagi single? jadi kiranya aku masih ada peluang untuk mendekati jungwon? kan kan? hm tak menyesal aku approach jungwon dulu!

-tbc-

junior -yjwWhere stories live. Discover now