06 : pecror

56 7 0
                                    

yeonsu

"maafkan aku, eunchae maafkan aku. aku tak sengaja, hong eunchae." tak henti henti aku meminta maaf, lengan eunchae aku paut erat, macam mana kalau eunchae anggap aku ini tikam belakang dia astu dia dah tak nak kawan dengan aku? mana boleh, ingat senang ke nak berkawan dengan orang lawa macam eunchae?

"aku pun tak tahu kenapa aku boleh tersuka dekat dia. mesti kau benci aku kan, eunchae? takpe takpe aku cuba untuk buang perasaan ni alang alang perasaan ni masih suam suam kuku." aku pandang haerin, meminta tolong. tapi haerin hanya mampu mengangkat bahu, tak dapat nak tolong sebab perkara ini melibatkan crush eunchae bukannya dia.

eunchae memberikanku tatapan maut, buatkan aku makin dihurungi dengan rasa bersalah. kau ini kim yeonsu, padahal ramai je lelaki dekat sekolah ini, crush kawan sendiri jugak kau tangkap cintan. kata tak nak jadi pecror (perampas crush orang). janganlah kita sengaja menjadi munafik.

"HAAHAHAHA" tiba tiba meletus ketawa eunchae. buatkan aku diserang kehairanan. dia tak marah ke aku suka crush dia? kenapa dia boleh gelak? ke gelak itu sekadar nak tutup rasa kecewanya sebab kawan sendiri suka dekat crush dia? buatkan aku rasa aku ini kawan paling teruk di muka bumi ini.

"kau pahal gelabah monyet ni? macamlah budak comel tu suami aku. aku tak kisah kalau kau suka dia jugak, lagipun kau lupa ke aku bukannya suka dia betul betul pun, untuk suka suka je. setakat budak comel je pun." eunchae menepuk bahuku. saat itu, terasa seperti ada sinar harapan yang terbit. jadi tak salahkan kalau aku suka jungwon?

"jadi kau redha jelah aku suka jungwon?"

"ececece siap tahu nama lagi, aku sendiri pun tak tahu nama dia. majulah kau, yeonsu-ya. share sikit macam mana kau tahu nama dia?" eunchae duduk di atas meja. haerin turut tersengih, bersyukur dia, eunchae dengan yeonsu tidak bermasam muka gara gara seorang lelaki.

"tadikan dia lalu tepi kelas kita, lepas tu aku pun apa lagi terus panggil dia, tanya nama. settle!"

"pergh, kau buat first move? eunchae, kau bagi jelah jungwon tu dekat yeonsu. lagipun kau tu cakap je suka tapi takde effort pun nak kenal dia. cuba jadi macam yeonsu kita, berani kerana suka." eunchae mencebik. crush secara suka suka perlu ke usaha? haerin ini, mentang mentang crush bagi pingat terus sembang pasal usaha? padahal yang approach dokyeom itu yeonsu.

"kau jangan nak sembang gegar kang haerin oi. yang pasal dokyeom tu kau lupa ke siapa yang approach? bukan kau pun welk!" sempat mereka berdua berbalah mulut. aku tidak ambik peduli, apa yang ada dalam kepala aku sekarang, mata cantik jungwon. kita remaja yang sedang dimabuk jungwon.

patut ke aku bergerak ke langkah seterusnya? okey, nama dia kita dah tahu. lepas ini nak tahu apa? nombor telefon dia? tak boleh, nampak macam tergesa gesa sangat lagipun tak sampai seminggu pun aku kenal dia. tolong jangan gelojoh wahai kim yeonsu.

"jungwon." okey sesiapa tolong kim yeonsu, kalau tak memang seharian dia akan sebut sebut nama jungwon macam baca jampi. hari itu kemain kata tak suka, tak nak jumpa siap berdoa semoga selepas ini tak bertemu tahu tahu tangkap cintan? dah kata nak benci seseorang itu jangan terlampau benci nanti jatuh cinta siapa susah? dasar kim yeonsu.

nak kata love at first sight tak relevan. kiranya kim yeonsu tersuka dekat jungwon at the second sight. ke enemies to lovers trope? lagi tak relevan sebab aku dengan jungwon jangankan nak jadi musuh, jadi kawan pun tak.

"nak berkawan dengan dia." mesti best dapat jadi kawan jungwon? tapi sekarang muka dia macam mana? harap dia tak maskfishing tapi kalau dia maskfishing sekalipun, aku mesti tak kisah sebab aku ini jenis bila dah suka memang terima seadanya. kau patut bersyukur jungwon, orang tak pandang rupa macam aku ini suka dekat kau.

aku merebahkan kepala di atas meja, sekarang ini seorang kim yeonsu dah jatuh cinta, harap perkara itu tak buatkan aku jadi lalai dalam pelajaran astu gred mata pelajaran aku turun. kalau turun, aku bercadang nak move on. nampak je aku cokia cokia tapi sebenarnya aku ini berpendidikan.

"yeonsu-ya, bagilah tips macam mana nak berani mulakan first move?" soal haerin, buatkan aku menoleh ke arahnya, tanpa mengangkat kepala dari meja. apa yang baru aku dengar?

"first move? aku baru buat first move ke? aku tanya nama dia jelah." ujarku. tanya nama pun dikira sebagai first move ke? bukan ke first move itu bila kita cuba pikat dia ke? aku tak pikat dia. cuma nak berkawan je.

haerin dan eunchae berpandangan seketika, sebelum mereka menepuk dahi. fahamlah diorang kenapa yeonsu berani mati pergi mulakan first move. rupanya dia tak tahu pun yang apa yang dia tengah buat itu dikira sebagai first move. aduh, dah 2022 wujud lagi rupanya manusia naif seperti ini. contohnya si kim yeonsu.

"tanya nama tu dikira first move gila! kalau tak tahu nama, macam mana nak suka? kau pernah dengar tak pepatah mengatakan 'jangan tahu nama dia kalau tak nak jatuh cinta?' jadi bila kau tahu nama dia, kau jadi makin sukakan dia. first move tu!" haerin geram bila tengok kawan dia punya selow kalah sloth! patutlah single tak laku!

"wo wo janganlah marah aku ni insan yang lemah kot, salah ke bertanya kalau tak tahu? bukan ke ada pepatah mengatakan 'malu bertanya sesat jalan' jadi aku tanya sebab aku tak nak sesat jalan." masa tu aku tahu kalaulah bunuh orang itu bukan satu jenayah dekat korea, mesti aku dah lama lepak underground.

-tbc-

junior -yjwWhere stories live. Discover now