30 : seol yoona

33 8 0
                                    

yeonsu

macam biasa, kalau ada momen antara aku dan jungwon dekat sekolah, memang akan berkobar kobar semangat dan rasa terujaku untuk menghantar mesej kepada jungwon. tengok atas mood jungwon juga, kalau dekat sekolah dia tak senyum, memang taknya aku nak mesej.

yeony
comellah dia dekat koperasi tadi

tersengih sengih aku seperti kerang busuk bila memori di mana mataku dan matanya bertatapan di koperasi kembali bermain di minda. tika itu, serasa yang jungwon itu memang ditakdirkan untuk aku acewah aku punya delusional, boleh pergi jauh. jauh daripada bumi. sudahlah sekolah pun belum habis lagi, ada hati nak cakap pasal jodoh.

"WEH DIA BACAAAAAA. SILA BERDEBAR." bila tengok online bertukar kepada typing... maka bermulalah sesi debaran tak sudah. jungwon ini memang tak nak bagi mesej aku bernafas dulu ke? baru hantar dah baca. macam mana aku tak tersuka bila jungwon berkelakuan seperti ini? kau jadi milik aku sekarang!

yang jungwon
comel dekat mana

yeony
mata dia lawa

yang jungwon
come on lah
https://vt.tiktok.com/XxSd3nqkWL/?k=1
cuba tengok komen

"huh? link tiktok?" tersenyum lagi seorang kim yeonsu. gila ke tak senyum, jungwon hantar link tiktok dekat aku! petanda dia betul betul dah anggap aku ini kawannya, yelah kawan rapat je main hantar hantar tiktok ini. yeay yeay jungwon anggap yeonsu kawan.

lekas link yang dihantar oleh jungwon aku tekan, dan link itu membawa aku ke aplikasi tiktok. hampir sahaja aku campak telefon aku bila link itu membawa aku ke-- akaun tiktok yang jungwon! jadinya, jungwon hantar link video tiktok miliknya dekat aku? dia izinkan aku tahu dia punya username tiktok?

jjuw0n. username tiktok jungwon. okey, sebenarnya aku dah tahu lama tiktok si jungwon, sebab bila si jungwon post video tiktok dia dekat status, aku terus menjadi stalker yang berjaya. tapi kali ini istimewa sikit, sebab tuan dia sendiri bagi izin untuk stalk akaun dia.

link video yang jungwon hantar aku tengok. baru sesaat, aku jedakan video itu. dan aku tatap tarikh video itu dipost. kau tahu kenapa? dalam video itu ada selca yang jungwon hantar dekat aku pada malam di mana aku luahkan rasa tak puas hati bila jungwon live sekejap. ya! selca jungwon berhoodie biru dan bermask. kiranya-- AKU DAPAT TENGOK DULU SEBELUM WARGA TIKTOK?

"i wanna be yours." eh jangan salah faham, itu lagu yang jungwon guna untuk video ini. hah sudah, yang pasti bila dengar lagu i wanna be yours, aku akan teringat dekat jungwon. kan mak dah kata, jangan kaitkan lagu dengan seseorang. tapi memang sesuai pun lagu itu kalau nak dikaitkan dengan jungwon, sebab aku memang mahu menjadi miliknya. ish, kembali ke realiti yeonsu, jungwon milik orang!

ruangan komen aku buka, yelah tadi jungwon beria ria minta aku baca komen yang terdapat pada videonya. yang pasti banyak juga komen dekat sini, wah ada bau bau ingin menjadi tiktokfamous nampaknya si yang jungwon.

rurijeeo
lawa mata

yxxxxg
untungnya mata lawa

yqyertow
mata tu kenapa lawa sangat

aku tersengih macam orang gila. seolah olah yang dipuji itu aku. tapi fakta, mata jungwon memang cantik, dan seronok untuk ditatap dalam jangka masa yang lama. fahamlah aku, bukan aku seorang sahaja yang puji mata dia, jungwon mesti dah lali. hm, untungnya siapa yang dapat dia.

"eh?" tak jadi nak scroll lagi, bila aku terjumpa satu komen yang mencurigakan. kenapa aku kata mencurigakan? kerana dalam banyak banyak komen yang terdapat pada ruangan komen, hanya itu satu satunya komen yang jungwon like. "siapa?" nak tahu komen itu seperti apa?

yoona
yoona's

"yoona's? hak milik yoona? siapa yoona?" okey, kena berdebar ke. profile pemilik akaun 'yoona' aku tekan. kena stalk, mana tahu dapat info terkini. aku berharap sangat apa yang bermain di kepala aku sekarang itu tidak benar dan cuma auta.

"seol yoona. okey, nama lawa." ada tiga video yang dipost. satu satu aku tekan. okey, sangat lawa, sesuai dengan nama seol yoona. eh tak bergurau, cantik cantik seperti ini, bukan lelaki je tersuka, dengan aku aku yang perempuan sejati pun tergugat iman di dada. ralit aku melayan video yoona itu.

sehinggalah aku bercadang untuk menekan profile picture milik yoona. dan brakk! ada bunyi sesuatu retak tak? ia, itu bunyi hati aku. kenapa retak? profile picture yoona itu gambar jungwon! macam mana aku tahu? baju itu yang dipakai oleh jungwon ketika pertemuan pertama kami, di mana dia datang menyelit dalam gambar geng aku.

telefon aku campak di atas bantal. air liur ditelan berkali kali. tak nak percaya dengan apa yang aku lihat. secantik itukah girlfriend yang jungwon? fahamlah aku, jungwon itu suka perempuan cantik. dan aku tidak tergolong dalam golongan itu. patutlah jungwon dingin je dengan aku.

aku mengetap bibir, tubir mata mulai terasa panas. aku nak menangis. tapi aku tahan. jangan menangis lagi, yeonsu. aku menghela nafas. tak nak menangis lagi, malam nanti baru nangis, nanti kan kalau menangis sekarang, tiba tiba eomma ceroboh bilik, nampak aku menangis macam mana?

aku kembali ke whatsapp. tarik nafas dulu, jangan diikutkan perasaan sangat.

yeony
uish ramainya puji mata dia
mata dia lawa sangat
sebab tu orang suka tengok mata dia

aku menghela nafas, membaca bait bait mesej yang kuhantar. bodoh kan aku, padahal dah terang terang dia sudah berpunya, aku masih lagi gatal nak menghantar mesej kepadanya.

yang jungwon
ye ye jelah

yeony
erm nak tanya boleh
dia okey ke berkawan dengan orang

yang jungwon
okey je
kenapa

yeony
orang tak nak dia paksa diri kawan dengan orang

tidak ditahan tahan, air mataku mengalir jua. jungwon terpaksa berkawan dengan aku ke? lupa nak cerita, semalam kitorang chat, dan aku ada tanya dia soalan. nak tahu soalan apa? 'kalau nak berkawan, kenapa orang je asyik tegur dia'. ya, selama perkenalan kitorang, hanya aku je memulakan langkah pertama. hanya aku yang memberi, dan jungwon cuma menerima.

jungwon balas apa? dia kata lepas ini kalau dia jumpa aku, dia akan tegur aku. sebab itulah hari ini, jungwon beria ria tegur aku, dua kali lagi. kenapa? sebab aku suruh, sebab aku rasa aku je yang nak berkawan. kalau aku tak suarakan hal ini, rasa rasa jungwon akan tegur aku tak? agaknya, sehingga tamat semester, cuma aku yang menegur jungwon.

"jungwon, tolong jangan paksa diri awak untuk jadi kawan saya. saya nampak semua tu, jungwon. kenapa awak terima saya sebagai kawan awak? sebab awak hormat saya sebagai senior? sebab apa, jungwon?" monologku dengan air mata yang berjuraian. ingat tak penat ke?

-tbc-

junior -yjwWhere stories live. Discover now