48 : getback

19 5 4
                                    

yeonsu

buntu. dah tak tahu nak ngorat jungwon macam mana lagi. kau tahu, walaupun jungwon tengah single sekarang TAPI MAKIN SUSAH NAK MENGORAT DIA! yelah, sekarang pun jangankan like story, view story aku pun dah jarang jarang. orang kata tak baik kacau lelaki dah berpunya, masalahnya yang single pun tak nak buka hati langsung!

"move on jelah tak payahlah acah acah hati mati sangat. cuba notice aku yang suka kau ni." dah berchapter chapter tapi setakat itu sahajalah yang terjadi antara aku dan jungwon. memang takde progress apa apa pun. dahlah bertembung pun dah jarang. yelah, masing masing pun dah sibuk, maklumlah musim peperiksaan.

kalau nak jujur, jungwon versi boyfriend orang lagi mesra alam daripada jungwon versi single. sekarang lebih suka post video video galau dekat status, memang broken teruk budak itu. mati akal aku nak cucuk jarum macam mana.

buku teks yang terbuka serta nota nota yang berselerak di atas meja tidak aku hiraukan. tengah study tapi otak tiba tiba rindukan jungwon. aku pun satu, dah tahu jungwon tak nak buka hati pun tetap tak nak move on!

"takpe selagi aku tak habis sekolah, selagi tu aku akan ganggu jungwon!" tekadku.

yeony
jungwon esok orang exam tau
tak nak wish goodluck ke

jungwon
goodluck noona

tiba tiba sebak. nak move on macam mana, jungwon tak pernah hampakan aku. apa yang aku suruh dia buat, mesti dia buat. tak pernah tolak permintaan aku, kecuali like story. budak inikan kedekut like. lupa dia hanya like story girlfriend dia je. cuma girlfriend dia je dapat rasa privilege story dilike oleh yang jungwon.

yeony
eh bukan jungwon ada test gak eh
tak study ke

jungwon
photo
rajin kan

"EH COMELNYA TULISAN KO!" tahu tak tulisan dia itu tipikal tulisan lelaki tapi versi bulat bulat. aih memang jungwon ini comel versi manusia. apa yang dia buat, apa yang ada dekat dia memang tak lari daripada comel. tuhan kalau dapat ini akan kujaga dengan baik.

yeony
uish study sejarah mat
rajin rajin
photo
ingat dia je ke rajin

tak adil kalau jungwon je boleh flex dia punya nota, aku punya nota lagi banyak kot! nota nota yang berselerakan di atas meja aku snap sebelum hantar kepada jungwon. kiranya kitorang sama sama study hm petanda jodoh ke? ya, delulu yeonsu mulai memeluk diri. hey! gila ke tak delulu, bayangkan jungwon tengah study astu dia sanggup jedakan dia punya study gara gara nak balas mesej aku?

nikmat apa yang kau dustakan, kim yeonsu? walaupun jungwon tak balas cinta kau, sekurang kurangnya dia balas mesej kau. fast reply kot!

jungwon
lah study jugak eh
cantik tulisan

tersengih lebar aku. jungwon puji tulisan kita hehehe bukan nak riak tapi memang tulisan aku boleh dikategorikan sebagai tulisan yang cantik. hey! bukan syok sendiri okey, kau tahu, punyalah cantik tulisan aku sampai guru kelas aku selalu snap kerja sekolah aku gara gara tulisan aku cantik. fakta dan benar benar terjadi. itu kot bakat yang kim yeonsu ada dan boleh dibangga banggakan.

yeony
AHAHAH
sorry tau sebab ganggu dia study

jungwon
ish mana ada
ini pun tengah take a break kejap
dah sejam study

yeony
yelah tu
okeylah pergilah sambung study
tak elok break lama lama

jungwon
noona pun

"jungwon-ah, jom masuk universiti sama nanti?" hanya mampu kuluahkan sendiri. nak cakap, malu. tapi kalau betul nanti jungwon dapat satu universiti dengan aku, memang aku akan ngorat sampai dapat!

okey! dah selesai ujian aku. eh bukan csat lagi, ini ujian bulanan sahaja. tapi bolehlah aku nak santai santai, nak berfoya foya main tiktok 24 jam sebelum sambung study untuk csat yang sebenar.

buka instagram, jungwon tengah live. kali ini yeonsu dah matang, tak gelabah biawak macam dulu, aku terus tekan dan join live jungwon tanpa fikir panjang. okey, jungwon tengah makan makan dekat restoran dengan kawan sekelas dia. comel je dengan hoodie biru lejen dia.

baru nak angau tengok si jungwon dalam live, tiba tiba senyumanku perlahan lahan mati tika mataku dapat menangkap satu komen yang sedikit sebanyak menggoyahkan ketenangan aku sejak dapat tahu jungwon single.

solyona
ish kata sakit elok je lepak tu

kejap. bukan dah break up ke? tapi kenapa yoona komen dekat live jungwon?! aku menghela nafas yang dah mula tak teratur. instagram jungwon aku tekan. aku kena stalk following dia. dan—

hancur hatiku bila aku tengok username solyona berada di dalam following yang jungwon. "diorang— diorang getback ke?" aku cuba cari lagi instagram kedua yoona, jangan tanya macam mana aku tahu aku inikan stalker berjaya.

"oh." sah, diorang bercinta balik.

aku masuk lagi live jungwon. dan kali ini memang kaw kaw yoona spam ruangan komen jungwon. dan apa yang buat aku sakit hati, jungwon tak terlepas daripada baca komen yoona. siap balas dengan senyuman bahagia lagi.

solyona
kalau demam tu duduk rumah

jungwon kata "demam dah okey kasi chance lah nak lepak".

sudah sudahlah kim yeonsu. cukup cukuplah beria. tolong sedar diri, hanya seol yoona yang bertakhta di hati yang jungwon. tengoklah, masa jungwon single, ada ke dia bagi peluang dekat kau? takde kan? memang cinta mati yang jungwon itu hanyalah seol yoona. dan kau tahu itu.

aku uninstall instagram buat kesekian kalinya. dah lama tinggal tabiat ini tapi kali ini sekali lagi hati aku terluka. dahlah aku cuma ada dua bulan sahaja di sekolah ini. patut ke aku singkirkan perasaan bodoh aku terhadap jungwon?

atau luahkan apa yang aku terhadapnya sepanjang lapan bulan perkenalan kami? aku dah penat simpan perasaan ini. aku dah penat sakit hati dalam diam. aku dah penat beria macam orang bodoh. aku dah penat menagih perhatian jungwon.

dan aku tahu apa yang patut aku buat. aku kena confess perasaan aku dekat yang jungwon. tolak tepi kalau aku direject! jungwon kena tahu betapa sukanya aku dekat dia!

-tbc-

junior -yjwWhere stories live. Discover now