33 : no.2

30 9 0
                                    

yeonsu

jam di dinding aku tatap. lagi lima minit waktu rehat akan bermula. aku masih lagi berfikir sama ada nak nak makan dekat kantin atau beli makanan dekat koperasi je. faham tak, aku tak nak bertembung dengan yang jungwon. macam mana kalau sifat beria aku memunculkan diri lagi? takut ketika ini sahaja aku nak move on, tapi bila nampak muka jungwon, terus ranap.

"woi!" terjeda lamunanku bila ada satu tangan menepuk bahuku. aku angkat kepala. cis, kang haerin rupanya. haerin menatapku dengan kening diangkat. "menung apa, jomlah rehat. lambat nanti kena beratur dahlah panjang, trauma aku." ujarnya. tapi memang fakta, lambat seminit je pergi kantin, bukan main panjang lagi barisan. masing masing lapar nak nasi lepas seharian mengadap ilmu yang entah masuk ke tidak dalam kepala itu.

"aku-- rehat dekat koperasi jelah. kenyanglah, tadi pagi aku makan nasi goreng, tambah dua kali mat." ujarku. okey, bohong sunat padahal boleh kira dengan jari je aku makan sarapan. tak boleh makan banyak masa sarapan, nanti belum apa apa, aku ke tandas. mudah sangat membuang.

"betul ni?" haerin seakan berat nak bagi aku rehat dekat koperasi. lah, dekat koperasi kan ada roti, biskut, ingat kim yeonsu tak mampu kenyang ke kalau makan roti? tapi kena makan tiga bungkus kot baru kenyang.

"lah ko takyah nak acah caring ah, baik kau ngan eunchae pergi sekarang, kalau beratur panjang karang, tak payah salahkan aku." aku bangkit, bahu haerin aku pegang sebelum aku tolak haerin perlahan ke pintu keluar kelas. tak naklah gara gara aku, haerin dan eunchae tak sempat makan.

"yelah yelah aku pergi dulu. jom chae, kita lari!" aku hanya ketawa kecil, menghantar pemergian haerin dan eunchae ke kantin. "comel." aku bangkit, buku buku yang bersepah aku kemaskan. takpe lambat pun, koperasi jarang penuh, tak macam kantin. jadi takpelah terhegeh hegeh pun.

masuk ke koperasi, aku terjeda seketika. tengok! macam mana nak move on kalau di mana mana aku pergi, mesti ada momen yang pernah terjadi antara aku dan jungwon. huwa, petanda kena pindah sekolah ke. sabar yeonsu, sikit lagi kau nak habis sekolah, cuba sabar.

di kelas, lambat lambat aku kunyah roti. terpaksa makan sebab tak nak perut meragam, dahlah nanti subjek sejarah, ssaem garang nak mampos. kita trauma. aku menoleh ke arah tingkap, nak ambil angin sikit, healing kata orang.

tapi-- tak jadi nak healing bila ada seseorang yang lalu. yang paling tak kelakar dan diterima oleh akal ialah seseorang itu adalah yang jungwon. WEH JANTAN APA PASAL KAU LALU DEKAT SEBELAH KELAS AKU KAU TAK TAHU KE ADA INSAN LEMAH TENGAH PAKSA DIRI UNTUK MOVE ON? KAU MANA TAU DAH KAU TENGAH SYOK CINTAN CINTUN NGAN SEOL YOONA!

aku tak jadi nak mengunyah bila tatapannya terarah kepadaku. paling gila, kali ini tidak cuma tatapan biasa biasa, jungwon-- kau tahu dia buat apa? dia-- DIA ANGKAT TANGAN UNTUK LAMBAI KE ARAHKU.

eh jantan memang macam ini ke? bila kita beria dekat dia, kemain dia tak layan, buat kita macam hidung tak mancung pipi tersorong sorong? astu bila kita dah nak move on dan cuba untuk bina hidup baru tanpanya, eh masa itulah dia datang balik. kau memang meminta dimaki yang jungwon.

aku hanya tersenyum tipis, tidak membalas lambaiannya. dulu, aku selalu lambai ke arahnya, tapi jungwon hanya membalas dengan pandangan mata sahaja. macam hina sangat kalau balas lambaian aku, mungkin dia tak nak orang tahu aku kawan dengan dia. hina ke seorang kim yeonsu?

tamat waktu sekolah, aku bercadang nak teman haerin dan eunchae ke perhentian bas. diorang biasa balik dengan bas, aku naik motor wuhu! tapi takde lesen lagi, kau jangan pergi bagitahu polis pula.

"agak agaknya eomma aku masak apa petang ni? lapar siot." aku pandang haerin. dia ini setiap kali habis waktu sekolah, mesti dia akan cerita pasal masakan eomma dia. untunglah, eomma dia selalu siapkan makanan tengah hari awal awal. eh eomma aku pun masaklah, tapi jarang jarang. sebab aku balik sekolah terus tidur, tak makan pun.

"yeonsu-ya, jungwon!" haerin dan eunchae serentak berkata. ish, dasar shipper yeonwon. diorang tak tahu ke aku tengah nak move on, inilah nasib ada kawan terpaling shipper. aku hanya memandang ke arah yang haerin dan eunchae tuju. dapat aku lihat belakang badannya sahaja. belakang badan pun hands--

tak sempat nak puji bila gerangan itu berpaling. dan kami bertiga terus melopong. ITU BUKAN YANG JUNGWON! tapi-- tapi kenapa tubuh dia, muka dia ada iras dengan yang jungwon?

"weh yeonsu, mati mati aku ingat tu jungwon siot!" aku pun sama masalahnya, padahal jungwon itu crush kot, macam mana aku boleh tersalah orang?

"dahlah aku balik dulu, lapar." aku meminta diri dan berjalan ke arah garaj motosikal. kena balik awal sebab perut merengek meminta diisi. menyesal aku makan roti masa rehat tadi, tak kenyanglah gila! kim yeonsu sangat acah takde selera.

kaki dah mula mendekati motosikal, tapi terjeda bila-- "noona!" siapa pula seru aku ini? yang pasti bukan jungwon sebab aku kenal suara jantan itu. aku menoleh. terkejut sikit sebab yang panggil aku itu haruto? dahlah bukan dia sorang je ada dekat situ, ada juga beberapa orang rakannya yang lain. pahal pula haruto ini panggil aku, macamlah aku kawan dengan dia.

"noona, ni wonie no.2!" ujar haruto, memperkenalkan seseorang. aku bertatapan seketika dengan gerangan yang diperkenalkan oleh haruto. eh inikan lelaki yang aku salah anggap sebagai jungwon. dan kenapa haruto kata lelaki ini wonie no.2? dan wonie itu nama panggilan haruto kepada jungwon? pelbagai persoalan bermain di minda.

"tak nak, nak wonie no.1 jugak." ujarku selamba. tapi tak sampai seminit, aku tersedar sesuatu. bodohnya kau kim yeonsu, kau-- kau mengaku kau sukakan jungwon depan kawan dia? macam mana kalau si haruto ini bawa mulut, astu bagitahu jungwon? okey, petanda kedua untuk pindah sekolah.

"macamlah dia nak dekat noona." tersentap. YELAH AKU TAHULAH JUNGWON DAH ADA YANG PUNYA TAPI TAK PAYAHLAH BAGITAHU DEPAN MUKA AKU. cuba hormat sikit aku yang lahir dua tahun daripada kamu semua. aku pandang empunya suara. kim baekseung. dia pula lebih lebih, macamlah aku suka dekat dia. kau bukan jungwon, kau duduk diam jelah.

tanpa sengaja, aku bertatapan lagi sekali dengan 'wonie no.2'. kenapa-- kenapa muka dia ada iras jungwon? takdir sengaja ke nak seksa aku? dengan mendatangkan jungwon dan doppelgangernya? aku alihkan pandangan, cukuplah aku jatuh cinta dengan jungwon gara gara eye contact. aku tidak mahu lagi terlibat dengan benda bodoh ini lagi.

-tbc-

junior -yjwWhere stories live. Discover now