20 : liked by jungwon

38 7 0
                                    

yeonsu

baju blaus putih serta skirt labuh berwarna beige aku keluarkan daripada almari pakaian. hari ini aku, haerin dan eunchae bercadang nak lepak sambil makan makan dekat pusat beli belah. alang alang boleh shopping, dah lama aku tak keluar rumah rasanya. lima hari cuti, mampu mereput dalam rumah je.

sekejap sekejap aku buka telefon, kalau kalau ada mesej daripada haerin takpun eunchae. kitorang bercadang nak berkumpul dekat rumah haerin dulu sebelum ke pusat beli belah dengan teksi. nak bawa kereta sendiri, haerin je ada lesen kereta tapi appa dia tak bagi dia drive selagi tak habis sekolah.

"eomma, yeonsu keluar dulu." kasut jenis mary jane hitam aku pakai. motosikal aku hidupkan. ya, aku pandai menunggang motosikal. pergi sekolah pun dengan motosikal, itu pun lepas berjaya pujuk appa untuk kedua puluh kalinya. tahu kan, yeonsu nak jadi perempuan yang berdikari dan tidak hanya bergantung kepada appa eomma je.

"haerin oh haerin!" seruku bila motosikal aku sudah berjaya meloloskan diri ke dalam kawasan rumah haerin. "mana pulak perempuan ni, jangan kata dia tak siap lagi." gumamku. helmet segera aku buka sebelum telingaku menangkap bunyi kuakan pintu daripada dalam.

"uish, lawanya yeonsu-ya." ujar haerin ceria. aku pandang haerin atas bawah. uish, ootdnya perempuan ini. macam nak pergi dating dengan boyfriend. tapi haerin ini single sejak lahir. tak faham aku, perempuan secantik haerin pun single. kalau aku lelaki, dah lama aku ajak si haerin ini couple.

KIM YEONSU INI STRAIGHT ORANGNYA! tapi suka tengok orang cantik jelah!

"alang alang eunchae tak datang lagi, jom kita selfie. tengah cantik ni." cadang haerin, tersengih sengih. dah berjangkit dengan eunchae, bila rasa cantik terus kena selfie. bukan selalu nampak cantik. eh tapi aku hari hari cantik.

"guna phone kaulah. phone aku punya camera hauk huwa bilalah boleh beli telefon baharu." sempat lagi aku merungut. bukan apa, telefon yang aku guna sekarang itu model keluaran lama jadi kualiti kamera memang sedikit mengecewakan. aduh, bila boleh jadi orang kaya ini?

"macam tak biasa."apa lagi, terus kitorang selfie tak ingat dunia. kejap selfie pose ini, kejap pose yang itu. uish, lain macam lawa kitorang bila guna kamera haerin. hah, kepada storage haerin, sila bersedia sebab nak bergambar sepuas puasnya hari ini.

"YEONSU-YAAA, HAERIN-AAAAA, LETCHUGOOO!" serentak aku dan haerin menoleh ke punca suara. eunchae ini, datang datang terus buat bising. fikir sikit perasaan jiran sebelah yang masih lagi berada di alam mimpi.

pin! pin! panjang umur, teksi pun dah sampai. terus aku dan haerin berjalan ke arah eunchae, sebelum ketiga tiga kami meloloskan diri ke dalam teksi. jom lepak sampai muak!

"korang, jomlah makan dulu. aku tak sempat sarapan lagi." rengek eunchae bila kitorang mula memasuki pintu utama pusat beli belah. aku dan haerin berpandangan seketika, elok jugak idea si eunchae, lagipun aku pun tengah lapar juga.

"oh lupa nak bagitahu, aku dah book tiket wayang pukul 10 nanti. jadi kita sekarang...ada satu jam je lagi." ujarku sebelum menikmati makananku. telefon aku capai, alang alang tengah lapang sekarang, apa kata aku post gambar dekat story instagram hoho jarang tau boleh tengok kim yeonsu berootd selalunya dekat sekolah selekeh je memanjang.

"EH KORANG CEPATLAH MOVIE DAH NAK MULAAA!" berlari lari anak kitorang ke arah pawagam. tadi tak sengaja singgah dekat kedai pakaian, terus terleka tau tau lagi lima minit cerita nak mula. tak nak terlepas hatta seminit, dahlah tiket wayang mahal nak mampos. lepas ini kena fikir dua tiga kali kalau nak tengok wayang. lebih rela tengok dekat telegram.

"matikan telefon?" papan tanda pada pintu masuk pawagam aku baca. oh, dekat dalam pawagam tak boleh main telefon eh? jadi, bagi aku buka instagram kejap. uish, sedikit terkejut bila ada 20+ notifikasi. "eh ramai pulak like story aku kali ini. biasanya dua tiga orang je. tak haerin, eunchae." segera notifikasi aku tekan. dan--

ygjwooon_ liked your story.

kakiku seakan digam pada lantai pawagam. apa yang baru sahaja terjadi? aku kembali memandang skrin dan membaca satu persatu yang tertulis. ygjwooon_ liked your story. "NAK JERIT TAPI KENA TAHAN, NAK JERIT TAPI KENA TAHAN!!!!" monolog hatiku. kau kena faham, jungwon bukan jenis like story orang. selama ini dia pandai tengok je. berat sangat tangan nak like story. jadi bila dia tiba tiba like hari ini, jadi aku rasa aku tak boleh bernafas dengan baik.

dan ya, sepanjang tayangan dimulakan, aku langsung tak dapat nak fokuskan diri, semuanya gara gara yang jungwon. kenapa tiba tiba dia jadi pemurah nak sedekahkan like huwa kim yeonsu nampak terlalu cantik ke hari ini sehinggakan buatkan jari jungwon jadi ringan nak like?

"kau kenapa?" soal haerin bila tayangan sudah pun tamat. ingat dia tak perasan ke yeonsu langsung tak fokus dekat movie sebaliknya dia macam ada dalam dunia dia sendiri. tak menarik ke movie tadi? padahal dia sendiri yang pilih?

"haerin-ah!" kedua dua bahu haerin aku pegang. "jung--jungwon like story aku!!!!!!" bahu haerin aku goncang goncang dek kerana terlalu disampuk perasaan gembira dan bahagia. kau kena faham, yang like story kita itu crush siapa je tak meroyan? huwa tak menyesal tebalkan muka minta instagram jungwon tempoh hari.

"seriuslah, aku dapat rasakan yang jungwon itu suka kaulah." haerin ini sengaja kan, nak bagi aku jadi manusia paling delusional di bumi korea. tapikan, mana tau kalau kata kata haerin ada benarnya? kalau dia tak suka aku, kenapa dia like story aku? dahlah selalu reply awal bila aku chat. macam tertunggu tunggu je. kesimpulannya, yang jungwon kalau suka tolong confess sebab kim yeonsu pun suka.

"eh korang, tadi eomma aku call astu dia suruh aku beli barang dapur. jom teman masuk supermarket jap." ujar eunchae dari belakang, kembali menyimpan telefon dalam sling bag miliknya. tanpa banyak bunyi, kami bertiga melangkah ke supermarket yang terletak di tingkat dua. eunchae ini anak yang baik, tengah lepak pun tetap menurut arahan orang tua. rugi sape tak nak hong eunchae.

"eh haerin, apa kata kau tangkap gambar aku? outfit aku hari ni lawa jadi tak boleh sia siakan. kena post biar orang nampak betapa cantiknya kim yeonsu hari ni."

"padahal nak tunjuk dekat jungwon." ujar haerin, dibalas dengan jeliran daripadaku. itu alasan yang paling kukuh, aku ini bukanlah jenis suka kalau orang tangkap gambar aku. tapi lepas story gambar aku dilike jungwon, terus aras confident aku meningkat dengan pesat.

-tbc-

junior -yjwWaar verhalen tot leven komen. Ontdek het nu